Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 25, 2011

masalah dalam menyelesaikan masalah

Assalamualaikum

secara jujur tulus dari hati yang suci murni, aku seharusnya akui bahawa aku memang tak ada bakat langsung dalam menyelesaikan masalah orang. nak sattlekan masalah sendiri pun terkial-kial ini kan pulak nak selesaikan masalah orang lain. tapi bila orang cuba mintak tolong selesaikan masalah, aku kadang-kadang tak dapat nak tolak pelawaan dorang. sebabnya aku kesian. rasa tak best pulak tengok dia sorang je yang bemasalah. rasa macam tak adil pulak biarkan dia dengan masalah dia walaupun masalah tu tak ada kena mengena pun dengan aku. 

semua orang ada masalah. aku sendiri pun ada masalah. masalah yang aku sendiri cari. haha. padan muka aku. masalah tu berbeza-beza dan biasanya bergantung keapada apa status korang, apa tanggungjawab korang. orang yang tak bertanggungjwab je yang rasa dia tak ada masalah dan dia banyak mendatangkan masalah.


dalam banyak-banyak masalah ada satu masalah yang kita semua kongsi sama-sama. masalah DUIT. ada duit masalah tak ada duit lagi masalah. bila ada duit, kita akan pikir macam mana nak tambah tambah dan tambah lagi duit. lepas tu bila dah banyak duit rasa takut pulak kot-kot duit kita tu orang lain nak sebat. orang yang tak berduit pulak akan pikir macam mana nak cari cari dan terus mencari duit. lepas tu bila tak dapat duit kita akan terus pikir sampai nak pecah kepala macam mana nak dapatkan duit. arghh! tensen ok.

macam aku bagitau sebelum ni masalah tu semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. kalau korang ada boi/girl friend maka masalah yang korang hadapi tu berkaitan dengan benda tu lah. kalau korang ada family, masalah dengan family, yang kerja masalah dengan kerja pulak. lepas tu tak ada kerja masalah tak bekerja. kalau study masalah dengan study. macam-macam lah.


bila orang mintak tolong aku carikan jalan penyelesaian, aku sendiri pun buntu. aku tak pandai nak bercakap apatah lagi nak nasihat. kalau aku bercakap ayat yang aku pakai tu tonggang terbalik. ayat yang kat belakang akan pergi ke depan. serius aku memang bukan pencakap yang baik. aku lebih suka menulis sebabnya bila aku tulis kalau ada mistake aku boleh padam, aku boleh liquick, aku boleh undo atau aku boleh delete. kalau bercakap aku memang tak boleh blah. tu sebab aku suka silent handphone aku sampai abah aku pun bosan. huhu. kalau cakap merapu tu boleh lagi, tapi kalau cakap benda yang serius aku tak boleh nak bagi idea on the spot. sebab aku ni lumpy. T.T

kalau orang mintak nasihat aku lebih suka advice dorang supaya kembali ke pangkal jalan. renung kembali. berbalik kepada ajaran agama. itu je yang mampu aku bagitahu. semua masalah yang berlaku ada hikmah. tapi bila aku cakap macam tu dorang tak boleh nak terima la pulak. ah! aku tahu korang memang nak mengada-ngada dengan aku kan.



p/s: tawakal dengan setiap perkara yang aku hadapi ^^

No comments :

Post a Comment