Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 25, 2011

sudah tiba masanya untuk kembali ke alam purba

Assalamualaikum

tadi waktu borak-borak dengan gang-gang perempuan kat opis sambil makan hasil makanan yang telah berjaya dorang pau daripada big boss, salah sorang daripada dorang cakap suatu hari nanti zaman cucu cicit dia nanti akan kembali makan ubi macam mana dia lalui dulu. bila aku pikir-pikir memang betul pun. sebabnya dia cakap barang sekarang kalau takat RM50.00 nak beli barang dapur apa sangatlah yang nak lepas. tu zaman sekarang belum lagi zaman akan datang.

orang cakap zaman akan datang adalah zaman yang penuh dengan kemajuan. yup kemajuan yang akan membawa kepada merempatnya generasi akan datang. kalau krisis ini tak diatasi dengan baik. sasaran pada masa akan datang adalah untuk meningkatkan pendapatan penduduk hingga capai berapa ribu ntah aku pun tak ingat. tapi aku yakin bahawa meningkatnya hasil pendapatan tidak akan menjamin bahawa akan meningkatnya kualiti isi rumah. sasarannya adalah tahun 2020. kira-kira 9 tahun lagi. oh! rasa tuanya diri ini T.T


kita tak payah nak tengok nak tenung nak renung jauh-juah. tengok masa sekarang dah lebih daripada cukup. sekarang nilai duit dah makin kecik. harga barang makin naik. minyak nak naik kot. sekali dia naik habih semua pun pakat nak naik. hantaran pun naik. gila ah. nak kawen pun susah kalau macam ni. 

sekarang ni orang macam aku tak ada pilihan. terpaksa memerah keringat untuk kumpul duit untuk masa depan. tapi nak kumpul bukan senang. sebab gaji pun ciput. uhuh. nak bayar itu ini. yang tinggal cukup makan je. wuwuwu.

aku sokong cakap makcik opis aku. generasi akan datang akan kembali ke zaman purba. tapi bagi aku tak payah tunggu akan datang sebab benda tu sudah bermula dari sekarang. tanpa kita sedar.. (--)"

No comments :

Post a Comment