Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 17, 2011

selamat hari guru : hepi teacher's day

Assalamualaikum cikgu!~

ok. selamat hari cikgu buat insan-insan tersebut :


mama : 
thanks sebab ajar kami kenal dunia. ajar kami suap makan sendiri. ajar kami berjalan. berlari. ajar berdikari [konon] dan macam-macam lagi lah.

abah : 
thanks sebab ajar kami dari kecik sampai besar. ajar kami kenal duit [itu sangat penting ya]. ajar kami baca papan tanda tiap kali ronda-ronda. ajar kami baca laju-laju ikut subtitle kat tv. lepas tu ajar kami subjek geografi walaupun sampai sekarang kami tak faham pasal longtitut, latitut ntah menda apa ntah yang sewaktu dengannya. paling tak boleh lupa ajar kami drive sampai abah terpaksa makan ubat hipertensi. huhu. sori ya dedi. anakmu ini berkaki kayu. tapi anakmu kini dah boleh drive sendiri walaupun tak lepas nak parking sisi.

cikgu zainab dan kak uji: cikgu tadika kemas [kampung cegar, bidor]
thanks a lot to both of you. sebab tanpa cikgu zainab mesti kami tak kenal apa itu ABC, 123. oh cikgu zainab. walaupun cikgu garang tapi cikgu sangat best. cikgu sangat komited ajar kami mengenal huruf dan nombor ketika kami tak tahu apa-apa. bayangkan, daripada tak tahu apa-apa lama-lama kami tahu apa-apa. entah apa yang aku tahu waktu tu aku pun tak tahu. haha. ok. untuk kak uji, thanks sebab sudi masak sedap-sedap untuk kami semua. sampai sekarang saya ingat laksa kak uji dan air susu yang terpaksa kami minum pagi-pagi. rasa agak pelik dan unik. nak tak nak terpaksa telan jugak. kang kak uji and cikgu zainab puk puk.semoga kak uji dan cikgu zainab cepat sembuh.

cikgu-cikgu sekolah kebangsaan bidor:
cikgu dari tahun 1 sampai tahun 6. tak nak senaraikan nama cikgu sebab nanti ada yang kecik ati pulak kalau tertinggal nama. cewah. padahal aku lupa nama-nama cikgu tu. huhu. apa pun walaupun lupa nama tapi aku ingat muka. kira ok la jugak tu kan. terima kasih cikgu ajar kami nyanyi lagu macam-macam waktu darjah 1 dulu. lagu "papaku pulang dari kota", lagu "ais kacang", lagu "labah-labah panjat perigi" banyak lagi lah yang aku tak ingat. 

cikgu-cikgu SMK syeikh abdul ghani bidor :
terima kasih cikgu-cikgu yang ajar dari form 1 sampai form 3. 

cikgu-cikgu smt kuala kangsar:
thanks to cikgu-cikgu kat sana jugak. kepada warden yang selalu rocall kitorang sampai kul 2,3 pagi. selalu jugak kami kena denda. kena hambat pergi prep. thanks a lot sebab sudi jaga kami yang nakal ntah apa-apa.

cikgu-cikgu smk buyong adil tapah:
terima kasih cikgu. dah tak berapa ingat cikgu punya nama tapi still ingat rupa. huhu

auntie tuition:
thanks teacher sebab ajar kami. hehe 

teacher wife cikgu tharu:
teacher! thanks sebab ajar kami adik-beradik. walaupun tiap-tiap kali tuition kitorang asyik telelap sebab teacher selalu pasang lagu tamil, tapi teacher tak pernah marah. huhu. suka tengok teacher tanda buku kitorang. sangat comel tulisan teacher. tapi kenapa ek, tiap-tipa kali kami datang , waktu tu lah cikgu tharu masak kari ikan. kari ikan. kari ikan. kari ikan. huhu. pening lor. teringat kat kucing teacher si tiger yang garang dan super ganas. thank u teacher!

ustaz dan ustazah [sar kampung dato' kamaruddin]:
terima kasih ustazah dan kepada Allahyarham ustaz Hadi al-fatihah. sangat terharu bila tiap-tiap kali jumpa abah atau adik, ustaz mesti akan tanya pasal aku. T_T 

tokey driving school:
hoho. sori la tokey. kalau nak tahu aku dan adik aku merupakan student dia yang paling kurang sopan dan kuat melawan berbanding dengan student lain. mulut dia dah la laser tapi nasib baik kitorang ni jenis tak sentap. bila dia laser kami pun laser ganda dua jugak la. haha.

lecturer kat UUM:
ulu-ulu malaysia atau pun UUM. hehe. memang ulu pun nak buat macam mana kan. tapi ulu-ulu pun last-last kat situ jugak aku menimba ilmu. timba la konon. anyway thanks to all my lecturers. sepertimana cikgu, hanya certain lecturer ja aku ingat nama and rupa. ada setengah aku ingat rupa tapi tak ingat nama. ada juga yang ingat nama tapi langsung tak ingat rupa. huhu.

ada banyak lagi cikgu-cikgu especially yang telah menjadi "cikgu" aku secara tidak langsung. hepi teacher's day to all of you. jasamu dikenang ya wahai para guru. muaaxxx!~ muehehe.





No comments :

Post a Comment