Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 26, 2011

muka kami muka tak berduit ;P

Assalamualaikum

situasi 1:
hobi aku tengok orang. tadi sambil buat kerja ada tiga orang manusia datang ke opis untuk promote pasal kad kredit. tiga orang manusia tu sangat bersungguh-sungguh bercerita pasal kad kredit yang dorang promote tu. lepas tu aku tengok dorang pergi dari satu meja ke satu meja dan jumpa dari satu staff ke staff yang lain untuk promosi kad kredit dorang. dorang promote kat semua orang, kecuali aku.

situasi 2:
waktu aku pergi shoping dengan adik aku dan abah aku, macam biasa kat shopping kompleks mesti akan ada promoter bekerja dengan tekun mempromote barangan dorang. setiap kali ada orang lalu mesti akan jadi sasaran dorang. dan macam biasa sasaran itu bukan aku, bukan adik aku dan juga bukan abah aku. bahagia sungguh rasanya bila berjalan tak ada orang nak kacau.

situasi 3:
aku dan abah pergi beli ink. abah duduk luar kedai sambil makan biskut kegemaran, sambil tengok orang lalu lalang. lepas tu aku tengok berlegar-legar sorang dua manusia ni edar risalah depan abah aku. setiap orang yang lalu mesti dorang akan bagi risalah and promote pasal barang dorang. dorang bagi kat semua orang kecuali aku dan abah aku.

best jugak bila macam ni sebab tak ada gangguan dari anasir-anasir luar.
kesimpulannya: kenapa kami tak diganggu? mungkin kerana poket kami dilindungi. hik!~

No comments :

Post a Comment