Assalamualaikum
tadi waktu aku pergi korek-korek makanan kat sebuah kedai [pukul 12.36 pm] ada sorang makcik ni suruh aku tengok matahari. lepas tu aku yang tengah lapar ni, blur blur. apasal pulak dia suruh aku tengok matahari. aku tengah lapar gila ni.
"nape dengan matahari tu makcik?"
"ada benda pelik, macam pelangi"
"erk. lawa la kalu macam tu makcik"
"kamu tengok la bukan selalu macam ni"
"makcik jangan kerap tengok nanti rosak mata makcik"
"tak rosak makcik tengok ikut kereta"
"owh.. huhu.."
kalau makcik tu tak cerita pasal matahari tu sampai ke sudah aku yang berada dalam ketegori katak bawah tempurung besi ni tak akan tau menda macam ni. lagi pun aku berjalan bukan dongak ke langit. aku sentiasa tunduk lagi tawaduk melihat bumi. hoho.
ok. guys. ini fenomena pelangi mengelilingi matahari ataupun dikenali halo matahari terjadi di sekitar bandar taiping. berlaku sebab ada apungan-apungan kristal. nak tahu lebih lanjut sila kelik kat sini. boleh tambah ilmu. nanti tak la kita terkejut tak tentu pasal bila tengok benda-benda pelik fenomena alam.
picture ni aku grab daripada tuan empunya en.azreen. kredit untuk beliau. lokasi penthouse majlis perbandaran taiping.
p/s: setiap sesuatu yang terjadi hanya Allah yang lebih mengetahui. ^^
No comments :
Post a Comment