Assalamualaikum.
Ya. Harapan dan peluang nak bangkit tu sangat cerah. Semua tu bergantung kepada mind set korang. Macam entri sebelum ni. Aku suruh korang bangkit balik dari rasa sedih dan kecewa tu. Ok. Bagi yang dapat result cukup-cukup makan alas perut je, korang masih ada peluang nak berjaya. Ada banyak jalan lagi untuk korang terus ke depan. Biasanya bagi budak SPM, apa yang dorang fikir, lepas SPM orang yang berjaya dapat result baik dorang dapat peluang masuk U dan orang yang dapat result kurang bernasib baik peluang mereka akan tersekat. No! That is not true!
Macam aku dulu waktu sekolah secara jujur dan berterus terang kami langsung tak didedahkan tentang hala tuju kami bila kami habis SPM. Apa yang kitaorang fikir waktu tu nak masuk U tapi tak tahu jalan yang perlu kami lalui. Serius kosong. Tak tahu apa-apa langsung. Cikgu-cikgu pulak cakap dah habis SPM masuk U, masuk U, masuk U. Belajar pandai-pandai boleh masuk U. Kalau tak pandai tak boleh masuk ke?
Tips bagi yang berminat sambung belajar
Mana ada orang belajar tak nak masuk U. Mesti nak punya. Dan macam biasa mind set kita, orang berjaya ni hanya orang yang masuk U. Habis orang yang belajar bukan dekat U tu tak berjaya ke? Ok. Kat sini aku nak cerita sikit beberapa peluang dan ruang kepada korang yang masih berminat nak sambung belajar. Khusus untuk korang yang dapat result kurang berjaya macam aku dulu :
1) STPM :
peluang dan ruang yang paling hampir dengan korang adalah STPM. Tapi aku tahu dan aku berani gigit kuku yang majoriti daripada korang tak nak ambil STPM. Alasannya STPM susah dan serik. Cammon bebeh! Awal-awal lagi aku dah pesan JANGAN PUTUS ASA! STPM tak susah la. Tak percaya tanya aku. Aku pernah ambil STPM. Tak susah mana pun.
korang bayangkan SPM dulu korang ambil subjek sampai 9, 10 subjek. STPM ni paling banyak 5 paper. Wajib ambil 4 paper je pun. So aku dengan yakin seyakinnya tahu bahawa korang mesti boleh score. Tapi dengan syarat mesti RAJIN. Belajar 2 tahun untuk 4 paper. Tak kan tak boleh score beb.
Lagi satu mentaliti orang tentang STPM ni hanya layak untuk orang yang tak pandai dan kurang berjaya. Sekali lagi aku nak tegaskan disini benda tu sama sekali tidak benar ya. Budak sekolah aku dapat SPM 10A pure science. Lepas tu dia ambil STPM art stream sebab dia bercita-cita nak jadi journalist. Sekarang dia belajar kat Universiti Singapura dalam bidang kewartawanan.
Kalau korang nak ambil STPM ambil paper yang betul-betul korang minat. Dalam STPM korang boleh pilih. 1 paper wajib [pengajian am], 3 paper lagi korang boleh pilih ikut suka hati korang lah nak ambil apa pun. asalkan relevan dengan result SPM korang. Contohnya sebelum ni korang ambil pure science, korang boleh ambil art stream bila STPM. Tapi kalau SPM art stream lepas tu STPM nak ambil pure science, minta maaf lah ya. Sebab kalau tak ada basic yang kuat waktu SPM alamatnya umpama korang jerat leher sendiri lah.
So tak payah takut. Jangan peduli dengan stigma orang yang STPM ni untuk orang tak pandai, untuk orang yang tak ada pilihan dan masih terkongkong dengan peraturan sekolah. Seingat aku dulu student STPM ni agak “bebas” dari kongkongan sekolah. Kitaorang memang tak campur dengan budak-budak level SPM dan kebawah. Jaga standard kot. Hoho.
2) KOLEJ :
Bagi aku kalau masuk kolej ni hanya untuk orang yang mampu. Sebab masuk kolej nak kene pakai banyak duit. Walaupun korang dapat PTPTN ke apa jenis pinjaman tapi kalau tak manage duit dengan betul memang lingkup poket. Tambah-tambah kalau kolej tu jenis makan duit banyak. Kolej banyak kes tipu. So kalau korang memang nak pilih kolej aku sarankan korang buat semakan pengiktirafan. Nanti tak pasal-pasal sijil/diploma yang korang dapat tu tak diiktiraf. Duit dah bayar. Utang pinjaman nak kene sattle. Kerja tak dapat. Ada setengah kes tengah study tengok-tengok kolej kena tutup sebab kolej tu kolej tipu. Ada jugak kes, kolej tipu duit student. Jadi aku sarankan korang pilih kolej yang betul-betul ok. Lepas tu jangan pilih kolej yang nama pelik lagi aneh. Ingat pesan aku buat semakan dulu sebelum pilih. Semak kolej dan semak bidang yang dorang offer. Jangan jadi TIPAH TERTIPU.
Abang aku adalah hasil daripada anak didik kolej. Dapat UiTM, belajar 2 sem lepas tu dengan bijaknya beliau telah lari belajar ke UNIKL. Sebabnya jiwa beliau tidak suka dengan benda yang libatkan membaca. Beliau suka teknikal dan komputer. Menurut cakap-cakap orang, belajar kolej atau universiti swasta lebih banyak didedahkan dengan latihan praktikal berbanding dengan awam. Yup. Memang betul. Abang aku sekali lagi aku jadikan contoh. Beliau ambil network apa entah. Buat praktikal lepas tu ada company offer kerja jadi assistant engineer. Abang aku kerja kejap je sebab beliau protes terhadap penindasan dan ketidakadilan [konon]. Company tu pujuk and offer jawatan technical engineer tapi abang aku sekali lagi bertindak dengan terlebih bijak dengan lari ke company lain. Kawan-kawan dia ada juga belajar sekerat jalan je. 3 sem. Lepas tu berhenti. Tapi waktu tu kat Cosmopiont. dorang belajar 3 sem dah ada orang offer kerja jadi network programmer. Gaji ribu ruban pulak tu. Otak dorang memang superb.
So kesimpulannya disini, pilih lah kolej yang diiktiraf dan bidang yang betul-betul korang boleh bawa dan minat kena ada. Kalau ada minat, insyaAllah korang boleh berjaya.
3) LATIHAN KEMAHIRAN :
ok. Kalau korang rasa korang memang dah fadeup dengan study. Memang tak boleh nak carry on dengan menda alah yang berkaitan dengan buku-buku. Otak pun dah beku. Jadi aku sarankan korang masuk lah mana-mana pusat latihan kemahiran. Korang asahlah segala bakat dan minat yang korang ada. Latihan kemahiran ada peluang yang cerah untuk ke depan kalau korang sendiri pandai ambil peluang dari ruang yang ada. Mencelah-celah itu penting kalau nak berjaya. Contohnya kalau korang minat jahit-jahit dan berfesyen korang boleh ambil kelas jahitan. Jahitan ni korang jangan ingat jahit baju kurung je. Jahit macam-macam benda boleh tau. Boleh jadi macam rizalman yang berkulit gebu tu. Tak pun macam jimmy choo. Tom abang saufi pun ok jugak. Keluarkan design dan jenama sendiri. Yang penting kena minat, serius dan bercita-cita besar. Usah pedulik lah apa orang nak cakap. Bukan korang pakai duit orang lain pun. Kalau korang pedulik ada dorang nak bagi duit. Tak kan? So. Jangan pedulik cakap-cakap orang ok.
Contoh lain jugak, kalau korang minat masak, korang pegi lah ambil latihan memasak. Boleh jadi chef. Masak pun ada banyak cabang. Bukan macam masak kat dapur tu. Korang boleh ambil bidang khusus. Kalau korang minat buat kek dan roti boleh ambil pastri. Kalau korang suka makan chicken chop boleh ambil western. Ambil lah apa-apa yang korang minat nak masak. Gaji masyuk tu. Ribu riban. Korang tengok chef wan tu. Relek je masak sambil buat duit. Korang pun boleh jugak apa.
Kemahiran lain pun macam tu jugak. Ambil bidang kemahiran yang betul-betul korang minat. Ikut kehendak korang bukan orang lain sebab yang nak hadapinya korang. Susah senang korang jugak yang nak kena tanggung. So kesimpulannya cubalah ambil peluang yang ada dan perbaiki diri sebaik mungkin.
4) POLITEKNIK :
Politeknik pun ok jugak kalau korang nak sambung belajar kat situ. Sijil boleh diploma pun boleh. Poli yang paling glamer PUO. Politeknik Ungku Omar. Kawan-kawan aku ramai lepasan dari situ. Lepas habis PUO dorang sambung dekat UTM dan ramai jadi engineer. Kebanyakan daripada mereka lepasan sekolah teknik sebab bidang dari sekolah teknik banyak yang relate masa dorang study kat sekolah dulu. So senang kot dorang nak carry on waktu study. Peluang lebih banyak.
Dalam banyak-banyak pilihan aku lebih suka pilih STPM. Agak bias sebab aku pernah ambil STPM. Tapi bagi aku STPM ada banyak ruang untuk korang teroka lebih banyak bidang bila masuk U nanti. Untuk entri akan datang aku akan tulis tentang bidang apa yang korang boleh ambil bila masuk U nanti based on your subjects. Khusus untuk yang nak ambil STPM sebab kalau selain STPM aku tak reti sangat selok belok dia.
No comments :
Post a Comment