Assalamualaikum
Okei. Sudah lama dan terlalu lama aku tak update blog aku ni. Mood nak menaip tak berapa nak ada sebab internet yang aku bayar tiap-tiap bulan bagaikan meminta penendang sulong daripada kaki aku yang halus mulus ini. Sementara mood internet aku berada dalam keadaan baik sihat sejahtera adalah baik kiranya aku terus pergi ke topik utama aku iaitu nak menulis entri pasal sebuah bandar comel yang dikenali sebagai Taiping. Baca topik pun macam bosan kan? Tapi tak pa. Aku cuba jadikan ia tak bosan okei. Disebabkan aku sekarang tinggal di bandar Taiping yang aman lagi sejahtera ini maka dengan bangganya aku nak cerita pasal Taiping. Aku dapat idea ni pun sebab curi daripada idea en.Faizal atau lebih dikenali sebagai Faizal Fatah. Kalau nak berkenalan sila pergi ke mukabuku beliau ya.
Kalau bercerita pasal Taiping ni mesti anda biasa dengar tagline dia yang ala-ala romantik gitu “from Taiping with love”. Aku tak tahu kenapa dibubuh tagline macam tu. Mungkin orang Taiping ni romantik kot. Aicehh. Ha. Ni view bandar Taiping. Aku snap dari aras atas ofis aku. Pic tak berapa nak cun sebab snap guna hp cikai cap ayam je. Bandar Taiping tak padat lagi mampat macam kat Kuala Lumpur tu. Aku panggil bandar comel sebab pusing-pusing kona-kona last-last jumpa tempat yang sama jugak.
[pic macam lukisan katon]
::LAKSA::
Taiping ni fames dengan banyak benda. Salah satunya makanan. Kat sini antara makanan yang aku paling suka laksa. Banyak kedai laksa yang ada kat sini. Salah satunya laksa pulas. Laksa dia very yummy. Kedai dia dekat dengan Simpang. Menghala ke Cangkat Jering. Aku tak tahu kenapa dia dipanggil laksa pulas. Mungkin tuan kedai tu buat laksa sendiri melalui teknik pulas memulas kot. Tapi laksa dia memang syiok. [mengikut selera tekak aku la]. RM2 je semangkok. The very the sedap. Selain tu aku jugak selalu makan laksa kat Lake Garden aka Taman Tasik. Tepi ofis aku je. Lompat dari tingkap pun boleh sampai. Aku suka beli bungkus je. Sebab kalau bungkus dia bubuh banyak. Lagi pun kalau makan kat kedai tak boleh menghirup lalu menjilat mangkok. Tak sopan tau tambah-tambah aku perempuan. Keayuan mesti dijaga. Orang ofis aku jugak cakap laksa yang sedap jugak boleh dimakan di Pokok Assam. Sedap sebab laksa dia makan sekali dengan sambal sotong. Aku tak pernah cuba lagi. Oh! Mesti super yummy.
::CHAR KUE TIAW::
Ha. Selain laksa, kat sini famous dengan Char Kue Tiaw. Kedai dia dekat belakang rumah aku je. Lokasi Kampung Jambu. Untuk lebih spesifik lagi ia dekat dengan koperasi guru-guru [NCER : projek Pak Lah tu]. Kedai dia macam nak tak nak je wujud. Mungkin tuan kedai dia mengamalkan konsep low profile. Asal kenyang sudah. Aku tak pernah pergi ini kedai walaupun jarak dia hanya sekangkang monyet je dari rumah aku. Sebab aku tak obses sangat dengan char kue tiaw ni. Tapi ramai orang cakap char kue tiaw dia sedap and yummy. Dibuka pukul 6.30petang sampai larut malam. Tiap-tiap hari memang full. Sedap kot tu sebab full je memanjang.
::KUE TIAW GORENG DOLI::
“Doli, Doli sebut aaa..” okei ini bukan nak cerita pasal ubat gigi colgate. Aku nak cerita pasal restaurant Doli. Dengan tagline dia “The Famous Kue Tiaw Goreng”. Taiping ni kalau tanya, semua mengaku famous [hoho]. Penggemar kue tiau goreng sila pergi restaurant Doli kalau anda memang betul-betul peminat kue tiaw goreng sejati.
::SAFARI NITE::
Taiping sangat sinonim dengan zoo. Zoo Taiping Safari Night. Kalau bawa budak-budak best la. Bawa anak-anak, bawa adik-adik. Nak release tension pun okei juga pergi zoo. Tengok binatang boleh menenangkan jiwa tau. Tapi jangan lah tengok binatang yang nak tak nak ja hidup. Buat sakit hati je. Disebabkan zoo Taiping ni besar jadi aku lebih suka naik keretapi zoo rather than jalan kaki. Tak larat tu nak tawaf. Night Safari pun best jugak. Tapi anda kene asah mata tajam-tajam sebab gelap dan samar-samar. Nak tengok binatang pun kadang-kadang jenuh tenung-tenung renung-renung. Kalau nak bawa boyfriend [s] or girlfriend [s] kenal binatang pun okei jugak.
Aku sempat cerita sampai takat ni je dulu sebab kekangan dan halangan daripada beberapa hal yang tak dapat nak dielakkan. tapi untuk episode yang akan datang aku akan cerita lebih banyak lagi benda and tempat best yang ada kat sini. siap dengan pic cun lagi cumil. Promise okei. wink* wink*
p/s : Buat masa ni aku tak berkesempatan nak snap pic sebab lately aku agak busy mengalahkan YDP.
No comments :
Post a Comment