selepas aku buat entri pasal perempuan menangis, aku terpikir, terpikir dan terpikir. kenapa lelaki tak menangis. betul ke orang lelaki tak menangis sebab mereka ni sebenarnya gagah, perkasa, kuat malah berhati waja? atau adakah mereka tak menangis sebab mereka sebenarnya menangis dalam hati? atau adakah mereka pendamkan sahaja perasaan sedih mereka? kalau mereka tak menangis, jadi macam mana mereka luahkan perasaan tak puashati, sedih dan berduka mereka ek? satu persoalan jugak tu.
secara jujur aku tak pernah tengok lelaki menangis live depan aku. kalau aku nak tengok lelaki menangis aku tengok drama korea. dalam tu banyak lelaki menangis. tak pun hindustan. drama melayu pun ada jugak. tamil pun ada. ah! pendek cerita semua drama lah ada. menangis sebab kena tinggal dengan girlfriend, sebab perempuan. tapi kalau secara live mengikut kepada kotak memori aku belum pernah tengok lagi kot.
bagus jugak kalau lelaki tak menangis. kalau perempuan menangis lepas tu lelaki pun menangis apa kes. tengok cerita sedih dua-dua menangis. dengar lagu sedih pun dua-dua menangis jugak. semua pakat menangis. tak ke haru dunia. tak bestnya. perempuan kalau menangis nampak cute la jugak [hoho], kalau lelaki yang menangis sah-sah nampak huduh, nampak macam pelik tapi benar.
tapi itu lah, kalau lelaki tak menangis apa diaorang buat ya? betul ke diaorang tak pernah menangis? entah-entah nangis dalam bilik air kot. =p dalam bilik air mana ada orang nampak. melainkan kalau ada cctv. jadi boleh lah menangis puas-puas. kalau menangis depan-depan tempat yang orang nampak jatuh la saham. tak gagah lah kalau macam tu kan.
ada pendapat mengatakan bahawa lelaki tak menangis sebab sesuai dengan fitrah kejadian mereka yang berjiwa kental, gagah lagi perkasa. orang lelaki dilahirkan dengan mempunyai kekuatan dan sesuai melakukan kerja-kerja kasar, yang memerlukan kekuatan tenaga. kalau lelaki tak kuat, perempuan tak kuat, lepas tu dua-dua pulak suka menangis, tak ke kelam kabut jadinya. cuba bayangkan, waktu si ayah tengah bertukang-tukang, tiba-tiba dia menangis kat atas bumbung tersedu sedan sebab kena buat kerja berat. kat dalam rumah pulak mak menangis sebab kerja rumah bersepah-sepah, anak pulak menangis sebab kelaparan. semua menangis, menangis, menangis. siapa yang susah?
p/s: bila tengok fahrin ahmad menangis nampak sangat tak kool.
Banyak sahabat2 Rasulullah S.A.W. menangis tapi x brmakna mereka lemah. Kadang2 menangis itu untuk membenihkan rasa cinta akan kehidupan dan luahkan rasa sakit kehidupan. Jadi tak salah lelaki menangis. Ingat, lelaki nangis bukan sebab perempuan je. Lelaki yang ikhlas meluluhkan airmata nya kadang lebih berat asbabnya. Untuk keluarga untuk anak kadang menangis apabila mereka tersesat. Perempuan memang fitrah mereka. Untuk mereka kuat. Lelaki menangis untuk cekal.
ReplyDelete