Assalamualaikum
Selamat pagi
yang sangat mengantuk. Konon nak jadi perempuan melayu terakhir dibumi bertuah Tanah
Malaya, gigih aku bangun pagi-pagi semata nak siapkan sarapan untuk perut
sendiri. Rasa perut ini dihargai pulak.
Hai gadis-gadis
comel yang selalu rasa diri itu tidak sempurna. Nak nak pulak bila mana korang
dapati bahawa sepatutnya sekarang ni korang perlu berada dalam fasa golongan
mak-mak orang hendaknya. Yeah. Dah kehendak Allah tentukan macam tu, dah
kenapanya mulut-mulut manusia lain bergigihan nak menjoyah tak tentu pasal kan?
Dan tak lupa jugak kepada encik-encik hemsem sekalian. Aku tahu lelaki pun ada
jugak yang mengalami masalah yang sama. Nak timang anak sendiri, tapi bakal ibunya
pulak tak jumpa sampai kini. Huuuu.
Muka macam kena
kapak tapi dapat girl macam Miranda Kerr.
Kegilaan apakah
ini?
Heh.
Jodoh. Jodoh itu
pasangan. Pasangan yang dah ditetapkan Allah sejak korang belum wujud kat atas
katil bersalin lagi. Tapi kalau sebut pasal jodoh mesti orang akan berimiginasi
bahawa sesungguhnya orang yang berkahwin itu haruslah mempunyai tahap kesepadanan
yang tinggi. Kalau boleh kebarangkalian mempunyai persamaan itu mencecah hingga
360 darjah. Hampir sama. Hampir tepat. Nanti barulah boleh dikatakan sebagai
sekufu dan bersekutu. Kalau dari segi rupa kena ada gaya. Senget sikit muka
maka kata-kata caci akan diterima. Tu belum lagi masuk bab ekonomi. Poket mesti
kukuh sejajar dengan kedudukan mata wang terkini.
Allah Maha Kaya.
Dia jadikan mata setiap daripada manusia tu berbeza-beza. Mempunyai perspektif
dan penilaian yang tak sama. Mungkin korang nampak muka lelaki tu macam kena
kapak. Tapi pada girl tersebut itu bukan bekas kapak. Pada dia itu adalah kesan
seni yang sangat dramatik sebenarnya. Nampak unik. Lain dari yang lain. Huhu. Penerimaan
setiap orang tak akan sama bukan?
Apa yang penting
jangan duk kalut sangat mengata orang. Jaga diri sendiri. Jaga mata sendiri. Korang
jangan nak samakan taste korang sama dengan taste orang lain. Tak pasal-pasal
nanti kena kebas tak ke naya. Jadi bersyukurlah kalau orang kata pasangan kita
huduh. Walhal hakikatnya pasangan kita tu sebenarnya jelmaan Cinderella. Jadi cantik
waktu malam je. Ye la. Malam-malam kena melaram lebih untuk suami. Hahahaha.
Okeilah. Malas nak
merepek.
Aku nak sambung
makan roti sardin.
Menteri cakap
sardin ni makanan orang kaya tahu.
Bangganya aku. Makan
sambil kembangkan hidung.
No comments :
Post a Comment