Assalamualaikum
Selamat petang
yang sangat syahdu. Syahdu sebab tengah sedap-sedap tidor bila terjaga
rupe-rupenya diri ini ada kat ofis sebenarnya. Huuu. Sedih sangat. Kalau ada
kat rumah kan best. Tak ada lah nak rasa tak syok macam ni.
Hai gadis-gadis
comel yang hidup merantau. Hidup jauh dari keluarga. Jauh dari sedara mara. Dan
jauh dari orang tercinta. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang gigih
merayap merata tempat pelosok alam mencari siapalah bakal surihoney hati yang
selalu buat tulang rusuk itu bergegar lagi bergetar. Kadang-kadang bila cari
dekat-dekat rupanya jodoh kita dengan orang jauh. Bila cari jauh-jauh
rupa-rupanya ada dekat-dekat. Haih. Cinta itu tak kenal penat lelah sebenarnya.
Cewawawah!
Pepatah ada
cakap kalau sayang isteri tingggal-tinggalkan. Tapi ini bukan bermakna suami
boleh buat eksperimen tinggal isteri tanpa sebab yang kukuh, padu lagi jitu.
Apatah lagi tinggal dengan alasan tipu-tipu. Itu sangat tidak bagus untuk
kesihatan dan kerukunan rumah tangga okei.
Kalau dah sayang
kenapa tinggal?
Kata sayang?
Tinggal-tinggalkan
itu orang dulu-dulu nak kita rasa apa erti bila kita kehilangan orang
tersayang. Dan dorang nak kita hargai orang yang kita cintai itu bila dia ada
dengan kita. Ye la. Kadang-kadang bila kita dah ada depan mata bukan nak hargai
penat lelah kita. Ye dak? Nak nak pulak orang perempuan. Kami ni pergi kerja
kena buat kerja . Balik kerja pun masih buat kerja. Nak tidur pun kena buat
kerja juga. Eh. Hahaha.
Jadi hargailah
kami sebagai perempuan okei. Bila kami tak ada baru kamu orang tahu bahawa
sesungguhnya seorang perempuan boleh menjadi ayah dan ibu tetapi seorang lelaki
belum tentu boleh jadi seorang ibu yang baik. Huhu.
Kesimpulannya.
Suamiku, isterimu nak hadiah bila balik nanti ya. Nak hadiah best-best.
Besar-besar. Dan banyak-banyak. Kalau tak mahal, hadiah bernilai tinggi pun tak
apa. Heh.
bila berjauhan rindu rinduan:)
ReplyDeleteyeah. betui tu. ^^
Delete