Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 5, 2015

aku tahu aku teruk. maaf.


Assalamualaikum

Selamat petang. Mata aku berpinar-pinar pulak bila baca blog sendiri. Hai gadis-gadis manis yang sangat merindui hasil penulisan aku. Dan holla kepada encik-encik hemsem yang selalu menantikan buah fikiran yang selalu tak berguna dari diri ini. Apa kabar korang semua? Baik? Baguslah kalau sepanjang peninggalan aku ni korang boleh berdikari merayap ke blog orang lain demi kelangsungan hidup. Huhu.

Aku mintak maaf.
Aku tahu aku teruk.


Orang cakap penantian itu suatu penyeksaan. Dulu aku pelik kenapa orang selalu cakap penantian itu meyeksakan. Tapi bila dah ada dalam fasa dewasa ni baru aku faham. Apa erti nanti, ternanti dan terus menanti. Apa erti seksa, terseksa lagi menyeksakan. Nak nak pulak kalau ia melibatkan hati dan perasaan. Huuu. Pedih sangat kamu tahu.

Tapi kalau dalam bab blog ni aku tak pasti kalau-kalau korang rasa korang terseksa bila tunggu entri baru dari aku. Tapi yang pasti setiap entri aku mesti akan menyeksakan jiwa korang kan? Sebab entri aku semua macam bongok-bongok je. Haha.

Lainlah kalau aku ni dalam kategori dambaan mahupun ikutan ramai macam blogger Maria Elena mahupun adik iparnya Fatin Liyana. Berbanding dengan aku ni ibarat macam dulang tembaga bergandingan dengan dulang emas. Haruslah yang emas itu ditatang-tatang. Huhu.

Maaf.
Aku tahu aku teruk.




No comments :

Post a Comment