Assalamualaikum
Selamat pagi
yang sejuk tak berapa nak sejuk. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ni
adalah sesuatu yang sangat normal kalau hingus kita meleleh dan batuk pulak
berkahak-kahak. Haktuih. Ludah jauh-jauh. Dan akhirnya terpalit jugak kat diri
sendiri. Huhu.
Hai gadis-gadis
comel yang sedang mengesat hingus dihujung tudung. Ala la la. Nape berhingus
tu? Nangis ke? Meh sini meh. Peluk skrin kuat-kuat. Huhuhu. Dan holla kepada encik-encik
hemsem sekalian. Yang sentiasa nampak kool and steady. Tapi hakikatnya mati
hati menanggung derita tak siapa yang peduli. Eceh.
Well. Aku tahu
tak ada orang yang tak ditimpa musibah. Tak ada orang yang tak ditimpa rasa
susah. Mustahil tak ada. Sebab Tuhan dah bagitahu awal-awal, bahawa
sesungguhnya setiap anak Adam itu pasti akan diuji dan setiap ujian yang diberi
itu adalah berkadaran dengan kudrat masing-masing.
Sometimes korang
akan rasa dunia sangat tak adil bukan? Kenapa aku perlu bersusah payah merempuh
segala onak dan duri dalam mencari cinta tapi kenapa Cik Ta boleh hidup
bahagia. Heh. Tetibe.
Jawapan dia
mudah je. Nasib kita berbeza. Nasib kita sesekali tak akan sama. Apa yang
penting adalah macam mana korang nak sattle setiap apa yang korang lalui dengan
penuh rasa tenang dan hikmah. Jangan putus harapan untuk terus berdoa. Allah
dah bagitahu mintaklah pertolongan dariNya dengan sabar dan solat. Jadi marilah
kita bersabar dan konsisten menunaikan solat. Yakinlah Allah akan bukak jalan
mudah bagi kita.
Sambil-sambil
korang baca entri ni korang pasang la lagu Maher Zain. InsyaAllah. Aku bet
mesti korang akan feeling habeh bila baca entri aku kali ni.
Apa?
Tak ada feel?
Huhuhu. Ye. Aku
tahu. Siapa la aku ni nak bagi nasihat kat orang.
Masalah sendiri
pun tak sattle-sattle. Kohkoh.
Okei la. Aku nak
kurek hidung jap.
Salam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)
thank you ZALORA. :)
Delete