Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Makan roti hirup milo sambil buat blog. Sambil mengadap luar rumah. Didepan rumah
ada sebatang sungai. Tak jauh. Cuma 30 meter saja jaraknya. Tak jauh kan? Yang menampakkan
ia jauh hanya kerana kawasannya berbukit
sedikit. Apa ada disungai itu? Aku sendiri pun tak tahu. Dan tak pernah nak
ambik tahu. Walhal ia betul-betul ada didepan rumah aku.
Kembali ke jalan
yang benar.
Jalan yang
lurus.
Jalan yang
diberkati.
Jalan yang
diredhai.
Orang cakap
makin tua makin kena taubat. Makin kena banyakkan ibadat. Dan cita-cita aku nak kembali menjadi hambaNya. Kembali kepada
fitrah kejadian aku yang sebenarnya. Aku jadi macam ni sebab dah tua? Kalau korang
kata aku tua, memang tak la. aku muda okei. Haha. Salah satu nikmat Tuhan bila
Dia bagi aku muka muda. Alhamdulillah.
Banyak sangat nikmat
yang Tuhan bagi pada aku. Aku ada kenderaan yang boleh bawak aku pergi kerja. Aku
ada tempat tinggal. Aku ada suami kerja buat kapal. Aku ada baby yang
tengah duk menjerit-jerit sebab aku tak dukung dia. Ada jiran yang selalu bagi
makanan. Tapi aku asyik lupa nak pulangkan pinggan dia sampai hari ni. Aku ada
famili aku. Aku ada famili mentua. Aku jugak ada boss yang super kool and
steady. Aku jugak ada kucing yang tiba-tiba datang tumpang nak beranak kat
rumah ni. Aku ada semuanya. Diri aku dan semua sekeliling aku.
Alhamdulillah.
Cumanaya aku
sangat bercita-cita untuk kembali ke pangkal jalan Allah. Jalan itu ada.
kadang-kadang sebagai manusia aku lupa dan lalai kepadaNya.
Kalau kita tak
cuba lihat apa yang ada kat depan sampai bila-bila kita tetap akan berada di
tempat yang sama. Macam sungai tadi. Ada dekat je dengan rumah. Terdetik hati
nak pergi tapi rasa macam tak perlu
lagi.
Semoga segalanya
dipermudahkan.
Amin.
No comments :
Post a Comment