Assalamualaikum
Hah. Korang tengok
ni. Korang tengok. Kan aku dah cakap aku akan update entri seterusnya tentang
cerita bahasa cinta. Nampak sangat aku ni jenis janji ditepati. Jangan berani nak
dicapati. Bak kata pepatah popular zaman sekarang “Entri didahulukan Pembaca
diutamakan”. Terasa diri ini patriotic sangat. Terima kasih kepada Perdana
Menteri tersohor negara Najib Tun Razak. Tanpa perumpamaan ciptaan beliau maka
siapalah aku sebagai rakyat serba naïf lagi berstatus marhaen ini. Hidup Najib.
Yeaahh! Yeaahh! *sila sebut ikut nada bandi amuk*
Okeh. Jangan nak
merapu sangat. Orang perempuan kalau kuat merapu nanti tak akan jadi idaman
bakal ibu-ibu mentua. Kamu tak akan jadi rebutan kamu tahu. Hai gadis-gadis
comel sekalian. Yang ternanti-nanti akan update entri yang seterusnya. Kalau korang
tak ternanti makna kata korang tak comel. Aku puji untuk orang yang baca blog
aku je. Haha. Gelak kejam.
Dah jadi lumrah
manusia yang mempunyai jiwa inginkan kepada adanya hidup berteman. Bila cakap
pasal hidup berteman maksudnya orang tersebut bukan sahaja akan berkongsi serba
serbi baju, seluar, bantal, periok mahupun pinggan dengan korang. Masa jugak akan
jadi sebahagian daripada perkara utama yang harus untuk dikongsikan.
Awak, tengok ni.
Cantik tak baju yang saya pakai ni?
Cantik.
Pandang sekejap
dan kemudian focus kembali kepada televisyen.
Perempuan perlukan
masa untuk diluangkan bersama.
Kalau kita
bercakap tentang masa biasanya benda yang hinggap dalam minda adalah berapa
lama masa yang perlu aku luangkan untuk dia? Tak cukup ke masa aku dengan dia
selama ini? Aku kan sentiasa ada bersama dia? Jadi masa apa yang dia perlu kan
lagi? Hah? Hah?
Kadang-kadang
kita tengok orang tu ada je dekat kita tapi sebenarnya kepala otak dia ntah
melayang-layang ntah ke mana. Bak kata pepatah jasad didepan mata, namun hatimu
tidak dapatku tawan jua. Cewah. Gatai sangat bunyinya pepatah yang aku cipta. Puitis kan aku ni. Dah la puitis manis pulak tu.
Ada orang
perempuan yang anggap masa adalah sesuatu yang sangat penting dalam
hubungannnya. Kadang-kadang masa yang dorang nak tu bukan ambik masa sampai
berjam-jam lamanya. Apa yang dorang nak adalah perhatian. Contoh ya. Aku bagi
contoh. Kalau perempuan tu bersembang dengan korang, maknanya korang kena
bersedia untuk bagi perhatian terhadap apa yang nak di kata. Ala bukan susah
pun. Just korang bagi respond sepatah dua kata dan benda tu akan akan jadi
sesuatu yang sangat berbaloi untuk dia. Perempuan jenis ni dia suka kalau korang
bagi sepenuh tumpuan kat dorang. Dorang rasa macam ada orang ambik berat. Rasa macam
baby-baby gitu. Manja kan orang perempuan ni? Perempuan manja la best. Korang apa tahu. Huhuhu.
Orang jenis
macam ni kan, hati dia mudah terguris andai kata korang tak tepati janji. Tak baik
tak tepati janji tau. Bukan saja hati akan terluka malah Najib pun tak suka.
Okeilah. Sampai disini
je. Aku dah tak tahu nak buat ayat macam mana lagi dah. Cumanya aku nak
bagitahu sesuatu. Kalau pasangan korang ajak luangkan masa bersama maka cubalah
sedaya upaya untuk luangkan masa dengan segagah yang mungkin. Tu kira okeilah
tu dia ajak berborak, bergurau senda. Kalau di buatnya dia mintak emas
berkarung guni tak ke naya.
Jadi bolehlah
korang buat sujud syukur kalau dapat isteri macam ni ya.
Hihu.
Perempuan itu makhluk pencari perhatian (attention seeker) tapi hanya kepada yang dia sayang je..hee
ReplyDeletesetujul sangat. sep sikit. hehe.
DeleteGedik ngn suami xpe, xde halangan, digalakkan.
ReplyDeleteNi yg slalu aku nmpak awek tgedik gedik ngn pakwe, manja dia mngalahkn lakibini.
Tapi kita muslim melayu akhirnya masih pegang rekod kadar ceraiberai ttinggi.
ntah la..
Mcm xde kaitan gedik mkwe pkwe ngan kadar ceraiberai, ada ke xde? hehe.
ReplyDelete