Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 3, 2014

tiga oktober 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Hari ni ofis lengang. Lengang ya bukan lenggang. Ye la. Kan hari ni hari jumaat. Korang jangan buat-buat tak tahu pulak, hari jumaat adalah hari paling heaven sekali sebab waktu itulah waktu yang paling afdal untuk campak segala fail dan dokumen jauh-jauh ke tepi. Apa yang penting adalah fikiran kita waktu tu fokus kepada satu perkara yang sangat membahagiakan iaitu cuti. Aku suka cuti. Sebab bila cuti aku boleh tidor. Huhu.

Semenjak dua menjak ni aku bukan je kuat tidor tapi aku jugak malas serba-serbi. Boleh tak aku nak cakap ini semua adalah sebab dari pembawakan budak? Eh. Budak pulak disalahkan padahal hakikatnya aku memang malas nak membanting tulang ini. Huhu lagi.


Tapi malas aku bukan malas biasa-biasa tau. Aku sebenarnya malas nak buat benda tertentu je sebenarnya. Contohnya aku malas nak pam tayar. Bila aku nak pam tayar aku rasa malu sangat. Aku rasa macam seolah-olah ada je mata-mata orang hemsem yang memerhatikan diri ini. Eh. Eh. Tetibe. Padahal aku tak reti nak mengepam sebenarnya. Aku takut bila pam aku pulak yang terpelanting ke belakang sebab tekanan angin kan kuat. Korang tak kesian ke kat aku. Dah la kecik. Terpelanting-pelanting pulak tu. Tak terpeliharalah keayuan aku nanti.

Aku ada cita-cita tau. Buat masa ni cita-cita aku nak orang pandang aku sebagai orang dewasa. Maksud aku hormat kat aku. Hari tu aku nak beli langsir. Lepas tu dari satu kedai ke satu kedai tak ada siapa pun nak layan aku dengan baik. Sambil cari langsir sambil tu aku menangis dalam hati. Bila aku buat muka macam gabenor bank negara, tahu pulak dorang takut ya. Cis. Tak guna betul lah manusia zaman sekarang ni. 

Okei lah. Nanti aku sambung lagi. Selamat menyambut hari raya korban.




3 comments :

  1. salam aidiladha cik puan,

    sah itu adalah pnyakit(bahasa sains pasar) pmbawaan bby, org pmpuan ni lain sikit, dia kalah kat prubahan hormon, pnyakit ni dtg stiap kli period, bunting dan menopos.

    bnyk2 bsabar trutama tuan hubby tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunting? huhuhu. rasa macam kucing pulak diri ini.

      Delete
  2. org muor yg ddk kmpung2 pnggil bunting, hek3.

    ReplyDelete