Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 25, 2011

perempuan suka cakap berkias : double meaning

Assalamualaikum

aku pasti kalau korang blogger tegar mesti korang pernah singgah blog The Other Khairul kan. entri dia banyak yang best dan salah satu entri yang aku suka baca tentang Girls vs Boys vs Double Meaning. agak menarik bila baca macam-macam komen dan pendapat daripada readers dia. and mostly adalah perempuan. sebagai perempuan ramai la jugak yang backup kaum-kaum yang seangkatan. ok. ramai kaum-kaum yang bertentangan dengan aku tanya;

"apasal girls suka cakap kias-kias ya. tak kias tak boleh ke? cakap direct kan senang."

girls cakap berkias sebab tu adalah cara dia nak berkomunikasi tanpa berkasar atau berbalah. benda ni jadi sebab memang dalam diri perempuan tu ada sifat melindungi dan juga sifat nak kekalkan keharmonian.

macho husband: [tengah drive]
cute wife: awak nak kopi panas?
macho husband: tak pa. tak perlu. ["baiknya bini aku ni" cakap dalam hati]
cute wife: [terus diam. senyap. sunyi. sepi]
macho husband: awak ok??
cute wife: ok [ringkas. muka ketat]
macho husband: dah tu tiba-tiba je diam. ada masalah ke?
cute wife: awak tak mahu berhenti...
macho husband: awak ingat saya dapat baca apa yang ada dalam kepala awak??
cute wife: huhuhu


bagi lelaki cakap berkias boleh buat kepala dorang pening dan berserabut. rasa semak kepala pulak bila kena pikir apa benda la yang perempuan ni nak sampaikan. bila jadi macam ni, lelaki akan anggap yang perempuan ni makhluk alam yang tak pandai nak sampaikan maksud secara baik dan jelas. senang cerita tak reti nak cakap direct. bagi aku bukan tak reti, tapi macam aku bagitau sebelum ni, cakap secara berhemah. girls kan penuh dengan kelembutan, ada nilai seni dan unik. [hoho]. 

tapi untuk girls, cakap berkias tu biarlah bertempat. kalau korang tengah bagi direction, pakai pulak ayat berbunga-bunga berkias, silap hari bulan tak pasal-pasal kena makan penampar dibuatnya.

tapi ironinya, perempuan cakap berkias dengan perempuan adalah normal. dan dorang akan faham apa yang nak disampaikan dengan baik. dan sebab tu lah kalau kita tengok, makcik-makcik kalau nak tegur mesti pakai ayat berkias. tak pun nak mengata. mesti pakai ayat kaw-kaw punya sindir. bagi yang otak cepat pickup mesti makan dalam punya.

No comments :

Post a Comment