tadi aku dengar motivasi pagi. konon nak bagi semangat kepada orang pemalas macam aku ni pergi kerja. topik dia pasal menghargai orang lain. biasanya kita hargai orang bila orang tu buat sesuatu yang sangat bermakna buat kita. waktu tu kita akan rasa dia tu lebih kurang macam hero kitalah. lepas tu mesti akan terdetik dalam hati kita;
"nasib baik ada budak ni, kalau tak naya aku kena buat banyak kerja",
"fuhh!~ nasib baik dia boleh diharap"
kalau dalam bab kerja, kadang-kadang kita akan tengok yang orang tu dari mula-mula start kerja sampailah dia dah nak pencen asyik buat kerja yang sama ja. kita nampak macam tak ada apa-apa pada orang tu. nampak biasa-biasa. tapi walaupun dia kerja biasa dan kita tak nampak luar biasa, kita jugak sebenarnya kena hargai apa yang dia dah buat tu. walaupun dari dulu sampai sekarang dia buat rutin yang sama tapi tak semestinya dia tak bagi apa-apa sumbangan. benda yang dia buat hari-hari tu lah sumbangan dia untuk kita. sesuatu yang kita tak nampak hanya kerana ia rutin harian.
lagi satu, kita tak semestinya hargai orang lain hanya kerana dia boss kita. sebab dia boss maka kita kena kipas dia laju-laju. kipas sampai lebam. lepas tu orang lain yang tak ada pangkat yang kerja biasa tapi buat kerja dengan penuh ikhlas dan komited kita buat tak pandang ja. korang jangan pandang orang lain macam korang ja yang ada biji mata. sebab kita tak tahu masa depan dia macam mana. kita jugak tak tahu masa depan kita jugak macam mana. mana tahu orang yang korang tak nak pandang tu satu hari nanti jadi boss korang. tak pun orang yang korang kata tak bagi apa-apa sumbangan tu yang korang kena mintak bantuan. tak ke malu tu.
p/s: untuk APC 1st July 2011 ni, tahniah kepada yang terpilih dan aku sangat tak suka bila kena pakai baju koporat sebab orang cakap aku nampak macam pencil bila pakai baju tu. argghh!!!~
No comments :
Post a Comment