Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 25, 2014

drama yang macam drama part 3


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang suka tengok drama dan yang suka berangan bila tengok movie. Tengok movie yang bertemakan ala-ala romatik boleh menyebabkan hati gadis-gadis berbunga lalu tersenyum dengan tersipu-sipu. Ah. Syoknya kalau dapat jadi heroin tu. Dah la comel. Baik. Ayu. Jelita. Menawan. Jadi rebutan. Beberbudi pekerti menjunjung undang-undang dan perlembagaan. Heh. Tetibe.

Drama yang macam drama.

Sejak dua menjak ketiga menjak menghampiri empat menjak ini, aku rajin jugak tengok cerita Melayu. Ye lah. Aku pakai channel kerajaan. Ada RTM dengan TV3 je. Tu pun aku rasa dah hebat sangat dah. Kerajaan dah bagi subsidi tengok rancangan free jadi aku perlu bersyukur. Tapi korang tak tahu, aku tengok tv bukan sebarang tengok. Aku tengok sambil buat analisis data terperinci dengan maklumat lengkap dan jitu. Orang selalu cakap, selain dari tidur aku ni asyik tengok tv je. Tapi orang tak tahu aku tengok sambil scan data tahu. Lepas tu aku perlu tidur untuk memproses data-data yang ada. Korang ingat senang ke. Tapi aku tak cerita kat orang. Aku pendam je sebab aku tak nak riak. Huhuhuhu.


Drama zaman sekarang ni sebenarnya banyak yang macam ala-ala bawang putih bawang merah. Bagaikan cinderalla kena sepak terajang lalu jumpa dengan orang kaya hemsem kacak bergaya gagah perkasa bagaikan pahlawan yang jadi rebutan anak-anak gadis desa. Watak perempuan yang jadi heroin selalu kena aniaya. Kena aniaya dengan famili, atau mungkin dengan boss merangkap hero, atau mungkin dengan sedara mara mahupun rakan taulan.

Lepas kena aniaya bawak diri pergi ke kota. Dan dan pulak jumpa dengan orang kaya. Orang kaya tu hero. Hero yang sombong, bongkak, riak, takbur, bubur semua adalah. Lepas tu heroin kena aniaya lagi. Kena buli.


Orang kaya tu pulak ada girlfriend. Jahat. Seksi. Ala-ala model. Hati busuk. Kaki busuk. Bila hero suka kat perempuan teraniaya famili pulak dah ada calon. Tak pun kalau stail kena kawen paksa atau kawen jenis sorok asal usul dan identiti. Bila kawen tengok-tengok eh anak orang kaya rupanya. Buat-buat la adegan romatik dan hidup pun happy sampai meninggal.

Lepas tu kalau watak jahat mesti kena ada adegan rogol. Kalau tak rogol hampir-hampir rogol. Paling koman niat nak rogol. Lepas tu bab mengumpat. Watak mengumpat ni biasanya didominasi oleh makcik-makcik kampung. Dan port nak mengumpat adalah dalam kedai runcit. Tepi kedai runcit atau on the way nak ke kedai runcit. Pendek kata kedai runcit adalah backdrop paling penting kalau nak mengumpat. Buat muka keji sikit. Lepas tu pandang macam tak puas hati dan sessi mengumpat pun bermula.

Haih.

Okeilah. Nak tengok panaskan enjin jap. Hari ni nak balik kampung. 




2 comments :

  1. wek..ee.
    aku pling geli tengok drama tempatan ni, nak2 yg jiwang urban datok datin u dan i tu, tido lg bagus.

    ReplyDelete