Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 16, 2014

pertandingan menulis manuskrip novel, cerpen dan puisi 2014 : tarikh tutup 5 ogos 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Baru bangun tidor ni sebenarnya. Nampak boss lalu cepat-cepat buat muka segar bagaikan fresh and white. Dengan harapan agar boss tak perasan bahawa sesungguhnya diri ini telah melakukan hibernasi super hebat sebentar tadi. Teknik berjaya nampaknya. Fuhh. Selamat. Hai gadis-gadis comel yang suka bermadah, bergurindam, berangan. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang sealiran seperti gadis-gadis comel itu jugak. Zaman aku sekolah dulu aku kena baca cerpen, novel dan puisi. Pernah baca cerita bertajuk Kelapa Nan Sebatang, tapi haram nak faham. Huhu.

Okei. Untuk korang yang sangat berminat dan ada bakat terpendam untuk tulis novel, cerpen mahupun puisi yang super awesome, korang boleh join pertandingan menulis manuskrip. Hadiah agak lumayan. RM12,500 dan manuskrip korang akan diterbitkan sekiranya korang menang. Kalau tak menang jangan bimbang, korang boleh terbitkan sendiri dalam blog. Sekurang-kurangnya korang boleh buktikan kat orang yang korang pernah join pertandingan yang bukan super calang-calang itu kan. Huhu.


Untuk korang yang berminat bolehlah asah bakat yang ada. Tapi kadar pemikiran korang perlu ditahap pada kelajuan yang tinggi ya. Sebab tarikh tutup pun dah dekat iaitu 5 ogos 2014. By the way, kalau korang rasa masa nak submit sangat singkat, korang boleh join pertandingan penulisan novel, cerpen dan puisi anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tarikh tutup 31 januari 2015.

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat pada sasarannya mohon untuk ke laman web mycreative.com.my ini ya.




No comments :

Post a Comment