Assalamualaikum
Selamat pagi. Hai
gadis-gadis comel yang bermulut becok macam murai. Bercakap tak tentu hala. Lepas
tu bila orang lain nak bercakap dipangkah bulat-bulat. Petak-petak. Dan holla
kepada hemsem-hemsem yang pendiam sekalian. Orang nak mengurat pun takut. Huhu.
Pendapat. Idea.
Zaman sekarang
ni ramai sungguh pejuang. Pejuang yang bukan memikul senapang. Tapi berjuang
guna papan kekunci. Atau dalam bahasa internationalnya key board worrior. Duduk
depan komputer dengan penuh emosi lalu taip apa yang terbuku dalam hati. Maki hamun.
Menghina dengan membuta tuli. Membuat kesimpulan tanpa usul periksa. Tanpa tahu
hujung pangkal cerita. Apa yang penting nak jadi pahlawan. Lagak bagaikan
ala-ala the last worrior. Dialah pejuang yang benar lagi hakiki. Nak nak pulak
kalau dapat sokongan atau like ribu-ribu dari umat manusia aliran pemikiran
yang sama. Iaitu berani disebalik screen komputer semata. Mereka anggap itu
adalah tembok kalis peluru untuk mengelakkan berlakunya serangan hendap
barangkali. Haih.
Bagi pendapat. Luahkan
idea.
Manusia kena
faham fitrah kejadian manusia. Masing-masing ada akal. Yang mampu bagi pendapat
berbeza. Pendapat yang tak sama. Pendapat yang langsung tak serupa. Tapi kalau
tak suka tak semestinya kita perlu membangkang dengan cara menghina. Dengan cara
kekerasan hingga menampakkan keaiban sesama kita.
Cikgu cakap,
kalau nak lontarkan idea yang tak sama dengan orang lain, jangan cantas
cepat-cepat. Jangan pintas dengan cara yang boleh menimbulakn kehinaan pada
dirinya. Gunakan kata mula, pada pendapat saya dan teruskan dengan hujah-hujah
bernas tanpa menyakitkan hati manusia lain.
Nampak macam
skema. Tapi kita kena ingat dengan hanya sepotong kata-kata ia boleh menghiris
jiwa manusia sampai bila-bila. Secara nipis-nipis. Secara dalam-dalam. Berbekas
dan bersisa sampai habis nyawa.
No comments :
Post a Comment