Assalamualaikum
remember when everything ends, memories begin. you will cry.
Wow. Malam-malam
buta nak speaking London pulak ye. Hahak. Oh my English macam tu la kekdahnya.
Selamat malam
kepada gadis-gadis yang berangan dapat suami macam Izzue Islam. Alah, stok
budak sekolah je yang berangan macam tu. Dan selamat malam jugak kepada
jejaka-jejaka yang gigih main Candy Crush Saga. Nampak sangat comel okei bila
main game tu. Aku tak layan game Candy Crush sebab aku tak reti . Aku layan
game Shaun The Sheep. Sakit otak nak bagi kambing gemok tu melompat. Dah la
badan berlemak-lemak. Nasib baik kamu comel. Gigih jugak la aku mengadap.
Orang main game
sebab banyak sebab yang bersebab. Ada yang main game sebab bosan. Ada jugak
yang main game sebab nak hilangkan stress. Ya stress bila berdepan dengan
masalah cinta. Salah satu daripada punca stress la jugak tu.
“arghh! Macam mana
dia boleh ada kat sini pulak? buat rosak mood aku yang aman
harmoni ini”
Mata laju-laju
buat tak tahu. Ada orang cakap hadap. Ada orang cakap tak payah nak menyusahkan
diri nak hadap benda yang dah buat kamu sakit hati. Ah. Itu semua terpulang
pada diri masing-masing. Kalau kamu kuat kamu hadaplah. Kalau tak mampu pergi
peluk bantal kuat-kuat.
Ikut hati mati.
Pakai akal sebelum biarkan diri makan hati.
“kalau aku jumpa
dia kompem aku nangis” - kata perempuan yang dah berkahwin itu.
Pang! Mahu boleh melekat pelempang seliang. Diulangi. Ikut hati
mati. Mati di tangan laki sendiri. Apa kejadah pulak, dah bersuami tapi nak
nangis keluar air mata tak terperi? Parah la kalau macam tu.
No comments :
Post a Comment