Assalamualaikum
Ini bukan tajuk
novel. Apatah lagi tajuk drama swasta.
Hai. Selamat malam
kepada gadis-gadis yang sangatlah merendah diri. Yang rasa diri tu tak secomel
Nora Danish. Nora Danish comel. Buat apa pun nampak comel. Dan selamat malam
jugak kepada hemsem-hemsem boy yang rasa down bila orang cakap kamu tak sepadan
dengan pasangan kamu. Bagaikan beauty and the beast. Statement yang sungguh
kejam, makan dalam.
Dia sangat huduh?
Dia sangat buruk?
Dia tersangat
macam nenek kebayan?
Owh ya. Kamu pernah
tengok nenek kebayan? Tak pernah? Kalau tak pernah sila pergi diam. Jangan mengata
orang. Mengata orang maknanya kamu jugak mengata ciptaan Tuhan.
Setiap manusia
itu cantik. Bukan manusia ja. Tapi setiap makhlukNya. Semua cantik-cantik
belaka. Manusia itu diciptakan sesempurna kejadian. Manusia itu unik. Dan uniknya
manusia itu menunjukkan bahawa Allah itu Maha Sempurna.
Cepat. Pergi
tengok cermin.
Tapi jangan
terlebih konfiden macam Kak Ton. Takut riak pulak. Eheh.
No comments :
Post a Comment