Assalamualaikum
Selamat malam
lagi. Malam yang sepi yang kurang kalut berbanding dengan malam semalam sebab
malam semalam ada ura-ura cakap akan ada tsunami dasyat muncul lagi.
Sebelum tu seluruh
umat manusia saling berjaga-jaga. Nak nak pulak ada ramalan bagitahu
kemungkinan Georgetown dan Port Dickson akan dilanda tsunami pada sekian-sekian
masa. Semua orang yang ada sedara-mara, anak-pinak dekat dengan kawasan yang
sewaktu dengannya jadi tak keruan.
Dalam duk kalut
tu seluruh umat manusia kembali lega sebab tsunami tak jadi nak menghempas
segala isi perutnya dari dasar laut diluah ke bumi. Alhamdulillah. Syukur
kepada Allah.
HUJAN
RENYAI-RENYAI.
Semua manusia
kembali kepada keadaan biasa.
Kembali relek
buat macam tak ada apa-apa berlaku.
HUJAN
RENYAI-RENYAI LAGI.
Dari malam
merangkak masuk sampai la lepas subuh pagi tadi.
Manusia berwaspada
dengan amaran dari perut laut tapi manusia tak perasan dengan amaran yang
diberikan dari langit.
Terlepas dari
ancaman tsunami yang mampu menenggelam dan mengorbankan banyak harta dan jiwa tapi
rupa-rupanya ia diganti dengan ancaman banjir dan ribut yang datang dengan
tiba-tiba.
YA ALLAH.
No comments :
Post a Comment