Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 5, 2012

cerita tentang seorang lelaki


Assalamualaikum

Selamat petang yang sambil buat kerja sambil tu ngulor buat blog. Huahuahua.

Ini adalah kisah tentang seorang lelaki. Kalau cerita ni cerita tak betul maknanya aku tipu korang. Ekeke. Tapi betul la. Aku tak tipu. Orang baik macam aku apa barang nak main tipu-tipu pulak. Kalau time kecik-kecik dulu ya la aku rajin tipu-tipu. Kawan tipu-tipu, main tipu-tipu, kahwin tipu-tipu. Heh. Kalau kahwin betul-betul kan best.

Siapa lelaki yang aku nak cerita ni? Korang tak perlu tahu siapa lelaki tu. Haha. Tapi yang korang kena tahu lelaki ni mengalami fasa percintaannya yang terputus dan terpatah di tengah jalan sebab girl yang sedang jadi tunangan dia pada waktu tu mintak putus and nak kahwin dengan lelaki lain.

 

Tragis ya.
Haruslah tragis kan, sebab bila dah bertunang mesti la kita berangan nak kahwin. Bila dah kahwin, berangan dapat baby. Nak nak pulak dapat baby comel super cute. Ah. Heaven. 

Lelaki tu tak ensem ke sampai dia boleh kena tinggal macam tu je? Yup. Beliau tidak ensem ya. Dia cakap dia sedar yang dia dah la tak ensem muka huduh pulak tu. So tak ada siapa yang nak.

Pendek kata beliau PASRAH lalu BERSERAH.

Hancur luluh hati. Tapi apa nak buat kan, kalau orang dah tak suka tak kan nak hantar santau kot buat sampai orang tu suka kat kita. Tu dah kira pakai taktik lahanat la kalau macam tu. Lelaki tu terima takdir and of course hati dan jiwa dia sakit dan merana. Dia cakap dia tak ada pilihan lain melainkan mengadu nasib dia pada Tuhan.

Tiap-tiap hari lepas sembahyang je mesti dia berdoa dan berharap agar Tuhan anugerahkan dia seorang girl yang sanggup terima dia seadanya. Dan tiap kali lepas habis sembahyang jugak dia mesti tak lupa baca tiga perkara ni : Al-Fatehah [1x], Ayat kursi [1x] dan Ayat Seribu Dinar [3x].

Untuk kesekian kalinya lelaki tu PASRAH dan BERSERAH kepada Allah.


Nak dijadikan cerita, suatu hari tu ada orang datang meminang dia. Ya. Sila baca betul-betul. Pihak perempuan datang meminang lelaki. Perempuan tu dah la lawa. Serius cakap kalau orang tengok dorang berdua mesti orang akan kutuk-kutuk dan cakap bagaikan beauty and the beast. Memang tak padan ah. Silap-silap orang cakap pakai mandrem. Huhu. Tapi girl tu bukan takat lawa je, baik, berduit pulak tu. Kiranya lelaki tu dapat pakej 3 in 1. Full pakej. Tip top punya.

Dan bagaikan bulan jatuh ke riba, lelaki tu terima pinangan girl tersebut and sekarang ni dia cakap dia sedang hidup dengan bahagia bersama isteri dan seorang baby girl yang cute macam ibu dia.

Itulah. Kuasa Tuhan tak siapa dapat nak duga. kan? kan?



1 comment :