Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 11, 2012

random talk part 2


Assalamualaikum

Selamat malam. Malam yang seisi umat manusia jadi gundah gulana. Sebab ada gempa bumi magnitude 8.9 kat barat sumatera.

8.9 bukan calang-calang punya nombor. Lebih kurang ibarat macam gred A kalau dalam exam. Stok-stok best student je yang boleh rembat nombor sehebat tu. Jarang ada best student yang tak skema. Kalau ada pun cuma dalam filem dalam drama.

Sekarang ni aku dah jarang sangat tengok drama. Apatah lagi nak tengok filem. Jangan haruslah aku nak mengadap cerita lama-lama sebabnya nanti aku akan tertidur dan paling kuat pun aku akan buat-buat tidur. Heh. 


Kalau aku tengok tv pun aku jarang sangat layan cerita yang ada. Aku cuma nak dengar bait kata-kata lontaran vocal dorang semata-mata nak jana idea untuk aku bubuh dalam entri-entri dalam blog ni.   

Malam ni mata aku aktif. Otak aku tak nak berhenti berfikir. Akibatnya aku tak boleh nak tidor. Ni la penangannya bila tidor siang tak pandang-pandang. Haih.

Panjang umur esok aku masuk kerja balik. Dan macam biasa rutin aku buat-buat busy. Padahal aku buat blog. Haha. Boss sila jangan marah. Kalau marah nanti saya nangis.




No comments :

Post a Comment