Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 4, 2012

berdosa ke kalau belum dapat baby lagi?



Assalamualaikum

Hai girls yang selalu mengidam jadi ibu mengandung yang comel and hai boys yang selalu berangan jadi bapa mithali. Apa khabarkah anda? Mestilah sihat dan bagus-bagus saja pemikiran korang kan. How about your dream to get a baby?

Baby?
Ya. baby.


Orang yang tak kahwin pun boleh berangan nak dapat baby apatah lagi orang yang dah kahwin. Nak nak pulak kalau dorang tu pasangan yang dah bertahun-tahun lamanya kahwin dan bertahun-tahun lamanya tunggu agar impian dorang termakbul.

Ada tekanan ya di situ kalau dorang tak dapat baby lagi. Nak nak pulak tekanan tu orang keliling yang cipta. Ramai orang akan cakap bukan-bukan. Cakap itu cakap ini. Aku tak faham kenapa orang perlu dan kenapa orang harus cakap macam-macam tentang benda ni. Dorang tak tahu tu yang baby tu rezeki yang Allah bagi.


Aku jugak lagi tak faham, apa dorang ingat asal kahwin je memang boleh dapat baby terus ke? Asal kahwin je komfirm dalam masa 9 bulan 10 hari lepas akad nikah pasangan tu memang akan dapat baby? Kalau tak dapat tu tandanya mandul?

Ada setengah orang bangga ja tunjuk betapa hebatnya dia sebab dapat baby. Padahal baby yang dibanggakan tu belum tentu mampu membela nasib dia bila dia dah tua kelak.

So, kepada orang-orang yang berjaya dapat baby tu, beringatlah. Jangan dihina orang lain. Anak-anak yang korang banggakan tu belum tentu akan jaga korang. Silap-silap orang yang tak ada anak hidup dia lebih terpelihara. Kan? Kan? 


Kalau tak kena kat batang hidung sendiri boleh lah nak mengata. Bila dah kena kat keturunan korang menyesal pun dah tak guna.  

  


2 comments :

  1. Anak adalah anugerah Allah yang memang sudah di tentukan olehnya sebelum kita lahir lagi. hanya dia sahaja yang maha mengetahui segalanya. Bersyukurlah dengan segala pemberianya ada ke xde anak ke, Tu semua kerja Allah kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha...Selebihnya tawakal..

    ReplyDelete