Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 16, 2012

melayu yang bodoh


Assalamualaikum

Waktu tu aku tengah temankan member aku. Teman sambil makan-makan. Tiba-tiba datang seorang perempuan. Vogue jugak. Berkebaya dan jalan agak lentik ponggongnya. Dan dia bergelar Datuk. Datuk S. Usia dalam akhir 30an. Mekap ala-ala udang celop tepung.

Bersusah payah datang dari selatan ke utara semata-mata nak jual air liur dia. Dengan harapan dia dapat pulangan yang berganda. Ya. Memang dia berjaya. Sebab orang yang terpedaya tu semua Melayu yang bodoh-bodoh belaka.

Bodoh?

Aah. Aku kata bodoh sebab orang Melayu ramai yang bodoh dan malas usaha tapi nak cepat kaya. Bodoh la tu kan?

Dia kata dulu dia pensyarah kat USM. Lepas tu dia meyakinkan orang yang bodoh-bodoh belaka tu bahawa seorang pensyarah pun boleh join bisnes melingkup orang Melayu apatah lagi cikgu. Apatah lagi kerani. Apatah lagi kuli.

Puii. Aku rasa nak ludah makanan yang aku kunyah tadi.  


Aku diam. Aku teruskan mengunyah makanan. Sambil makan aku tengok ramai pakat nak melabur sampai puluhan ribu ringgit. Datuk S merangkap mantan lecturer USM berusaha melariskan air liur dia. Sampai la ke satu tahap aku rasa sangat terlampau meluat sebab dia asyik ulang tayang ayat yang sama “untung RM40ribu” berulang-ulang. Ingat astro ke apa nak ulang-ulang? Semua pakat seronok nak dapat untung sampai RM40ribu. Dalam masa hanya 12 minggu. And then aku tanya dia,

“Apakah logiknya daripada manusia seramai 12 orang itu mampu memberikan pulangan hingga RM40ribu dalam masa 12 minggu?”

“oh! Itu senang je. Kamu cari 12 orang. Seminggu sorang. Lepas tu setiap orang daripada 12 orang tu akan cari 12 orang lagi dan lagi dan lagi sampai la 4000 orang ada kat bawah awak. Bila awak dah dapat ramai orang mesti awak nak tambah lagi ramai orang supaya pulangan awak lagi banyak dari dulu kan?”

“LOL mesti kat Johor tu dah habis semua orang Datuk sapu, sebab tu Datuk datang sini pulak kan?”


Datuk buat muka ketat.

Lalala!~

Kesian aku tengok orang-orang yang kena tipu. Itu la Melayu.




No comments :

Post a Comment