Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 10, 2012

bila nak jadi mak?


Assalamualaikum

Selamat malam lagi. Mata ni dan dan makin malam makin aktif pulak. Eloknya tidor la kan? Haish.

Hello boys yang soleh dan hello girls yang solehah sekalian? What’s up? Sayang mak ayah korang tak? mesti la sayang kan? Kalau tak sayang macam mana pulak boleh jadi anak soleh dan solehah. Ya tak?

Hari tu aku borak-borak dengan sorang makcik ni. Rajin betul aku tengok dia duk layan internet cari maklumat untuk anak dia sambung study. Dia cakap dari sebesar-besar anak dia, sampai lah anak dia yang kecik semua dia yang isikan borang nak sambung belajar. Dari isi sampailah pilih kursus. Dan anak-anak dia semua ikut je. Alhamdulillah. Makcik sangat bertuah. Aku cakap kat makcik tu, sejuk perut makcik kan? Makcik sengeh.. ngeee..


Makcik: dulu waktu dorang sekolah makcik selalu pikir boleh ke dorang masuk U. bila dah masuk U makcik selalu pikir boleh ke dorang kerja. 

Aku: bila dah kerja mesti makcik pikir pasal kawen dorang pulak kan makcik?

Makcik: hah. Dah tentu la makcik pikir. Selagi makcik boleh pikir selagi tu makcik akan pikir. Rasa risau.

Aku: agak-agak makcik kan, sampai bila makcik akan pikir tentang anak-anak makcik?

Makcik: Sampai makcik pejam mata. Nanti bila kamu dah jadi mak kamu tahu la apa yang mak kamu rasa.

Aku: hehe [sengeh]


p/s: itu la yang selalu mama cakap




No comments :

Post a Comment