Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 24, 2014

tips simpan duit untuk anak dari masa depan


Assalamualaikum

Selamat petang sekali lagi. Hai gadis-gadis comel yang sedang berangan main dengan baby sendiri. Berangan lepas tu tersengeh. Kan? Kan? Haha. Jangan malu-malu. Normal la tu. Apa yang penting time korang berangan mohon pastikan keadaan sekeliling bebas daripada manusia. Bila bebas dari orang disekeliling maka dengan itu bolehlah korang berangan kuat-kuat and then sengeh lebar-lebar dengan penuh yakin dan iltizam yang tinggi.

Sambil berangan-angan tu aku nak bagi tips dan panduan macam mana nak buat saving untuk baby yang bakal tiba dari masa depan. Korang sebenarnya dah boleh start simpan duit untuk baby korang bermula sejak dorang duduk-duduk dalam perut korang lagi. Which mean sejak sebelum berlakunya kelahiran. Paling minimum aku rekemenkan agar korang simpan RM50 sebulan. Ala nak ringankan sikit beban saving korang share-share la dengan encik suami korang yang tercinta tegap lagi gagah tu. Sorang RM25 kira okei la tu kan.


Saving sebelum kelahiran : RM50 x 9 bulan : RM450
Selepas kelahiran : RM50 x 12 bulan : RM600 setahun
                                     RM600 x 18tahun : RM10800 + RM450 : RM11250

Lepas sekolah saving untuk dorang adalah RM11250. Hoih. Umur dah cukup 18 tahun. Boleh buat hantaran meminang anak dara orang. Haha. Waktu ni korang dah boleh tarik nafas lega sebab duit untuk anak sambung study dah ada. 

Tapi kalau korang nak buat simpanan untuk prepare sekolah anak-anak pun boleh jugak. 

Sebelum kelahiran RM50 x 9 bulan : RM450
Selepas kelahiran RM50 x 12 bulan : RM600 setahun
                         RM600 x 7 tahun : RM4200  + RM450 : RM4650

Mula sekolah je korang dah ada duit siap-siap RM4650. Dah tak payah pening pikir nak cari duit yuran buku pakaian apa bagai. Tapi dalam masa yang sama korang kena continue buat simpanan macam biasa dan cuba berjimat dan berbelanja secara berhemat even korang dah ada duit yang cukup. 

Hah. Bijak macam sang kancil tak idea aku?  
Tak bijak? Okei aku tahu aku tak pandai.                       
Nak pergi tengok gosip artis jap.




2 comments :