Assalamualaikum
Selamat pagi
yang sejuk suam suam kuku kakiku. Dah sejuk suam la pulak. Huhu. Apa pun tak
boleh. Hai adik-adik manis comel yang sedang mengira duit dalam tabung. Kira duit
dengan harapan yang tinggi menggunung. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang
sedang mengumpul duit. Kumpul kuat-kuat dengan penuh istiqomah dan tawaduk. Supaya
kelak di masa depan bolehlah hendaknya beli rumah. Nanti dah kawen tentulah
korang nak duduk rumah sendiri dengan suri honey korang ye dak.
Ada rumah
sendiri sangat best tau. Boleh berlari berkejaran. Boleh belumba golek laju-laju
dari ruang tamu sampai ke hujung pintu dapur dengan penuh yakin dan confident. Mahu
tak confident, korang dah ada aset untuk masa depan, so tak payahlah nak
pening-pening kepala nak pikir. Nak nak
pulak nilai rumah pada zaman wawasan 20sen 20sen sekarang ni macam tak ikhlas je
harganya. Sadis sangat perasaan ini.
Malaysia tempat ke-15 kenaikan harga rumah. Dan tempat ke-5 di Asia. (klik untuk artikel lanjut)
Hah. Tak ke
bangga tu. Tempat ke-15 daripada 54 negara. Kamu ingat senang ke nak dapat ranking yang cukup bagus macam tu. Kalau
kat sekolah ranking macam tu dah kira sebagai sangat baguslah sangat. Jalan-jalan
dalam sekolah pun boleh kembang-kembang hidung. Dan kita sebagai rakyat
Malaysia juga patut mengalami kadar pegembangan hidung yang selari dengan kedudukan
negara kita dimata dunia. Ya. Sebagai rakyat Malaysia yang setia jiwa dan raganya,
marilah kita bersama-sama kembangkan hidung secara berjemaah waktu nak bayar duit rumah nanti. Kalau tak dapat bayar, dapat kembangkan hidung waktu
tengok harga rumah pun jadilah. Sekurang-kurangnya semangat patriotik dan
cintakan negara tetap ada. Kira ok la tu kan. Kita berjaya potong Israel laknat tu.
Akhir kata dari
saya, rumah burung dibina-bina, rumah manusia merempat jua.
Haih. Kesat peluh kat dahi jap. Marilah kita sambung bekerja dan kumpul duit tabung. Semoga murah rezeki kita semua.
development and location factors make this problem occurs. land become scarce day by day even second by second the price getting increase. msia do not hv enough space anymore and people stil want to live in city. they hv to bear the impacts. =)
ReplyDeletehokhok. setuju. ^^
Delete