Assalamualaikum
Selamat petang
jumaat. Aku tertidur. Sedar-sedar je mata sebelah kanan membengkak. Merah.
Berair macam sedih sangat je kekdahnya. Keadaan pembengkakan yang berlaku
selari dengan kadar tidur aku. Semakin lama tidur maka semakin membengkaklah
ia. Huuu. Taik mata pun penuh. Hoih. Tonyoh-tonyoh. Sakit pulak bila taik mata
melekat kuat.
Hai gadis-gadis
comel yang sedang bekerja di waktu petang. Tepat jam 5 tajam bolehlah korang terus melompat dari kerusi. Berjalan
sambil pebetul tudung untuk pulang ke pangkal pintu rumah setelah penat bekerja
5hari seminggu 8jam sehari. Untungla kerja dengan government. Huhu.
Cakap berkias.
Ada makna yang
mendalam.
Yang tersirat
lebih daripada yang tersurat.
Dulu time belajar
aku punyalah pelik, apahal lah student kena buat karangan isi tersirat. Cikgu
bagi chart and then nah ambik kamu kena describe apa yang tersirat disebalik
chart itu. Huhu.
Tapi manusia
sekarang dah lain dah. Apa yang dibaca diterima bulat-bulat. Walhal ayat yang
digunakan itu ayat perli. Atau mungkin malas nak berfikir agaknya. Apa yang
dibaca dihadap dan dihadam bulat-bulat. Petak-petak. Dan akhirnya kesimpulan
yang dibuat tak mencapai justifikasi dan spesifikasi yang ditetapkan. Jauh
tersasar dari landasan.
Kadang-kadang
bila bercakap atau penulisan secara direct dikatakan sebagai sesuatu yang
terlalu lantang. Tidak menjaga etika. Tidak beradab. Tidak berlapik. Tidak jada
perasaan orang lain. Tapi bila berlapik lain pulak tafsirannya. Tak apalah. Manusia
itu unik. Otak kona-kona. Cara masing-masing guna pun berbeza.
Okei guys. Mata
dah bengkak teruk sangat ni. Nak pergi korek taik mata jap.
No comments :
Post a Comment