Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 14, 2014

buat baik-baik. sampai hati


Assalamualaikum

Selamat malam. Hai gadis-gadis comel yang dah lah comel. Baik hati pulak tu. Dah rupe Cinderella dah ha. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang berbudi pekerti macam anak raja. Wah. Ada ke macam tu? Haih.

Baik. Baik itu maksudnya adalah baik. Molek. Bagus. Elok. Dan yang sama waktu dan sekutu dengannya. Orang tua-tua cakap buat baik berpada-pada. Beragak-agak kalau nak buat baik dengan orang. Jangan sampai  orang ambik kesempatan.

Adalah sesuatu yang normal bila kita buat baik ia dibalas dengan hinaan, herdikan mahupun cacian. Apatah lagi bila kita buat tak baik. Maka dengan itu bertingkat-tingkatlah hinaan, cercaan dan herdikan yang diterima. Tu la. Siapa suruh buat tak baik. Ye dak?

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fwww.picturescollections.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2013%2F03%2FBlue-Color-Photography-04.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.picturescollections.com%2Fi-love-blue-color-why%2F&h=485&w=730&tbnid=wLpRtXh5If3JiM%3A&zoom=1&docid=ps7RS-1XFUyOnM&ei=A2WcU972EcOxuASUvIDIDA&tbm=isch&ved=0CB4QMygGMAY&iact=rc&uact=3&dur=423&page=1&start=0&ndsp=16

Tapi kalau kita buat baik dengan orang adalah disarankan untuk diset awal-awal dalam otak bahawa sesungguhnya tatkala kita berbuat baik dengan orang belum tentu ia akan dibalas denagn sesuatu yang baik. Ikhlaslah supaya kita jadi lebih redha.

Macam aku dengan internet. Aku punyalah buat baik dengan dia. Tiap-tiap bulan aku bayar bil. Tapi line internet lembab jugak, aku pendam je perasaan ini dan masih berbuat baik dengan berusaha bayar bil internet dengan hati yang telus dan terbuka. Tanpa prejudis dan tak ada langsung perasaan nak buat khianat. 

Sampai hati internet lukakan hati aku. Dia tak tahu ke hati perempuan ni lembut. Nampak je luaran tabah. Tapi hati menangis sangat sakit tahu. Aku dah cuba buat yang terbaik dengan internet. Cuba berkompromi. Cuba berlembut. Gigih bekerja mencari nafkah untuk dibayar pada internet. Tapi ini habuan yang dibalas. Hoih. Sakit jiwa. 




2 comments :