Assalamualaikum
Wah. Tajuk aku kemain. Rasa malu pulak bila baca. Selamat tengahari.
Hai gadis-gadis comel yang kelaparan. Dah makan ke belum? Kalau dah makan
tentulah korang tak kelaparan. Ye dak? Haih. Soalan apalah yang aku tanya. Dan holla
kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang tak sabar hendaknya menjamah makanan dengan
orang yang tercinta. Yang tersayang. Yang dikasihi. Yang jadi suri honey hati
korang. Wah. Makan sama-sama sangat best kamu tahu. Makan sambil
pandang-pandang, tenung-tenung dan renung-renung lauk partner.
Orang cakap
perempuan ni syurga dia di dapur. Perempuan dan dapur tak dapat dipisahkan. Bagai
ombak dengan pantai. Bagai laila dengan majnun. Bagai romeo dan juliet. Orang jugak
cakap kalau dah bergelar isteri adalah termaktub bahawasanya korang kena pandai
memasak. Bila korang pandai masak maknanya makanan korang sedap. Bila makanan
korang sedap maknanya suami korang akan makan dengan happy dan tambah
berkali-kali. Bila dia tambah berkali-kali maknanya tak lama lagi dia akan
gemok. Bila dia makin gemok maknanya korang kena pasrahlah dengan perubahan
fizikal dia tu. Lagi pun orang cakap kalau suami gemok dan buncit itu tandanya
dia penyayang. Hoih. Bertabahlah.
Dalam Islam,
orang perempuan yang memasak untuk suami dan famili dengan penuh gaya
keunggulan, dilimpahi dengan selautan kasih sayang dan dicurahi dengan perasaan
cinta yang hakiki nescaya korang akan dapat pahala yang berlipat kali ganda. Peluh
yang menitis bukan saja dapat menjimatkan kapasiti pembelian garam, tapi peluh
juga bermakna korang akan perolehi ganjaran yang sewajarnya. Oleh itu kalau
korang masak sampai berpeluh maka tenung dan renunglah titisan peluh itu
dalam-dalam dan bisiklah dihati dengan penuh semangat waja, oh ini bukan peluh
ini pahala. Hidup peluh! Hidup perpeluhan! Sambil angkat senduk tinggi-tinggi.
Kalau masak tak
sedap normal la tu. Korang kena ingat dapur tu bukan saja tempat untuk kumpul
pahala masuk syurga tapi dapur jugak berperanan sebagai makmal. Korang tahu
makmal tu apa? Makmal tu maksudnya tempat untuk korang buat eksperimen. Maknanya
time memasak tu macam-macam kemungkinan akan berlaku. Samaada eksperimen korang
akan terus jadi dengan jayanya atau pun eksperimen korang akan fail. Dan orang
yang akan makan masakan korang tu pulak ibarat macam tikus eksperimen. Eh. Tak.
Tak. Bukan tikus. Tapi arnab eksperimen. Arnab comel dari tikus. Nak lebih
canggih korang letak nama kat perkakasan dapur korang. Contohnya apron korang
panggil lab coat. Dapur boleh dipanggil penunu bunsen. Huhu. Baru nampak
berteknologi dan futurisktik gitu dapur korang. Sejajar dengan hasrat kerajaan
nak lahirkan umat Malaysia yang berdaya maju, berteknologi tinggi pada tahun
2020 nanti. Huhu.
Orang lelaki
jangan kondem-kondem kalau isteri korang masak tak kena dengan tekak dan
citarasa korang. Korang kena ingat bahawa sesungguhnya isteri kamu tu sedang
buat pahala. Kalau korang kondem kaw-kaw sampai dia sentap-sentap korang jugak
yang dapat dosa. Apa korang ingat korang tengah jadi juri untuk program master
chef ke apa? Hoih. Payah la kalau cenggitu. Kalau isteri masak tak sedap cakap
je berlapik macam ni, emmm teruskan usaha. Saya yakin kalau awak berusaha
dengan gigih awak boleh menuju ke puncak kejayaan memasak dengan rasa yang
lebih baik dan unggul. Kipidap girl. Sambil bagi kiss kat pipi isteri.
Haaa. Pahala memasak dapat. Pahala suami isteri pun dapat.
Sweet kan? Oleh itu cepatlah kahwin.
wife jenis memasak kat umah sbb dia tau saya budget makan kat luar. sy pun bawa bekal ke tempat kerja memang jimat budget.
ReplyDeletebagus la kalau macam tu. duit jimat. kasih sayang bertambah berkat. ^^
Delete