Assalamualaikum
Malu sungguh aku
kalau suami aku baca blog ini. Huhu. Selamat pagi. Pagi-pagi selamat. Hai gadis
–gadis comel yang dah lah comel pandai pulak bab agama. Dan holla kepada
hemsem-hemsem yang dah semestinya hemsem. Kehemseman itu semakin nyata bila
mana korang tahu bagaimana nak hormat ibu dan bapa. Haih. Kamu boleh buat hati
para gadis seluruh Malaya cair tahu.
Zaman sekarang
adalah zaman yang sangat mencabar minda. Serba serbi mencabar. Nak nak pulak
bila kita nak membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia dunia dan
akhirat. Nak buat keluarga bahagia bukan macam kita main game one happy family tu. Cabut-cabut kad, bila cukup korum sebut laju-laju, one happy family. No. No. Bukan
macam tu. Ia sebenarnya lebih rumit. Atau dalam bahasa internasionalnya
complicated.
Keluarga bahagia.
Bahagia sampai
syurga.
Mempunyai anak-anak
adalah suatu perkara yang sangat membahagiakan. Dan yang paling penting anak
itu mampu menjadi penjamin untuk kita ke syurga kelak.
Tapi bukan
senang nak dapat anak yang macam tu. Yang soleh dan yang solehah. Nak didik
anak jadi soleh lebih susah daripada didik anak jadi dokter, lawyer mahupun
majestrit. Serius susah. Benda ni bukan macam main pondok-pondok. Bukan macam
main playdoh. Bukan macam main plaster sin. Dan bukan jugak macam main lego. Apatah
lagi bukan macam filem atau drama. Yang kita boleh cipta skrip yang ending
dia semua happy masuk syurga. Bukan macam tu. Bukan.
Kita selalu pikir
tentang bakal anak yang akan jadi penjamin bagi masa depan. Tapi sebenarnya
kita tak banyak berfikirpun tentang diri kita yang sememangnya adalah penjamin
syurga untuk ibu bapa kita. Itu sebenarnya yang lebih penting.
Sebelum kita
membentuk anak untuk dijadikan sebagai penyumbang doa bila kita dah tak ada nanti,
ada baiknya kalau kita perbetulkan diri kita dulu. Mulakan dari diri kita
supaya kita tidak lupa untuk sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita.
Tak apa. Buat pelahan-lahan.
Tapi kerap. Konsisten. Istiqomah. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama boleh
jadi habit. Sungguh.
insyaAllah. Didoakan
supaya anak-anak kita nanti kelak akan melakukan perkara yang sama terhadap
kita. Memang. Orang cakap iman itu tidak dapat diwarisi. Tapi kita kena ingat
kalau niat betul kerana Allah, lillahitaala, insyaAllah Allah akan permudahkan.
Allah akan perkenankan. Percayalah.
Okei. Sekian sahaja
daripada aku. Menyampaikan daripada Aman Jaya Convention Center, Ipoh. Aku sebenarnya
tengah berkursus ni. Tapi disebabkan human resource department salah hantar
orang maka dengan itu aku tak paham kejadah apalah yang penceramah tu membebel.
Dah la tak kasik candidates ambik note. Siap tak izinkan lagi. Wuhu. Tak baik
tahu. Nak sebar ilmu tapi kedukut. Tahu la beliau dah pandai. Expert. Ahli panel.
Boss yang dimuliakan oleh ramai golongan bawahan. Tapi ilmu itu ilmu Allah kot. So,
sudahnya aku tak faham apa-apa. And then as a solution, aku ambik pendekatan
dengan buat blog.
No comments :
Post a Comment