Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 24, 2014

terima kasih nuffnang dan stadium astro world cup party


Assalamualaikum

Selamat petang yang panas membahang memancar cahaya hingga ke ufuk bumi merentasi segenap dimensi. Mungkin fenomena elnino sudah bermula barangkali. Hai gadis-gadis comel yang suka tengok orang hemsem bermain bola. Berlari dan berkejaran dengan penuh gaya kehemseman boleh menyebabkan hati anak gadis bergetar seketika. Tatkala itu akan teserlah nilai-nilai ketegapan dan kegagahan anda. Woha.



Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Nuffnang dan Stadium Astro World Cup Party yang sudi bagi duit. Walaupun bukan berkati-kati apatah lagi berguni-guni tapi sekurang-kurangnya ada. Alhamdulillah.



Zaman sekarang adalah zaman gadis-gadis dah mula menunjukkan putik dan bibit-bibit cintakan bola. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang cenderung tengok player yang hemsem berbanding dengan skill yang ada, tapi sekurang-kurangnya ada semangat kesukanan disitu. Melihat orang bermain bola juga boleh dianggap sebagai sukan mata tahu. Terapi untuk mata yang letih bekerja.  Huhu.

Dan untuk menunjukkan semangat cintakan pemain bola yang hemsem-hemsem, sekarang ni korang boleh guna aplikasi painting bendera kegemaran kat muka yang ala-ala futuristik gitu. Korang dah tak perlu untuk pinjam water colour adik-adik korang dah lepas ni. Dengan aplikasi yang ada muka korang akan tetap nampak bersih suci semurni sabun top.

Kalau korang nak tengok dan conteng muka ikut sedap rasa boleh pergi ke website yang tertera.

Sekian terima kasih Nuffnang dan Stadium Astro World Cup Party.

Muah muah.




No comments :

Post a Comment