Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 25, 2014

blogger cantik hazanis


Assalamualaikum

Selamat tengahari yang dah nak masuk ke petang. Kalau korang perasan entri aku untuk bulan ni banyak dimulakan mukadimahnya dengan ayat terima kasih itu, terima kasih ini. Maaflah kalau korang boring. Aku sedar blog aku ni memboringkan, tak macam blog orang lain. Aku dah la tak lawa. Tak cun. Apatah lagi comel. Aku selama ni perasan sensorang je. Eh tak. Bukan perasan tapi aku nak tingkatkan keyakinan diri. Huhu. Biar orang nak cakap apa pun. Ciptaan Tuhan kan?



Tengok macam blogger comel sorang ni yang bernama hazanis.blogspot. Dah la comel ramai orang suka tengok kecomelan beliau. Bubuh la cerita apa pun orang tetap suka baca. Nak banding aku dengan beliau memang sangat berbeza. Bagai langit dengan bumi. Bagai matahari dengan bintang. Tak akan sesekali berjalan seiringan. Aku buat blog sampai ada orang cakap syok sendiri. Sebab apa syok sendiri? sebab asal aku buat entri je tak ada manusia pun yang nak komen. Apatah lagi nak baca. Jangan haruslah. Haha. Sobs. Sobs.



Apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada hazanis.blogspot sebab sudi follow blog aku ni. Terkejut jugak aku tengok tetibe je dia follow. Bukan apa aku ni agak sibuk sikit. Sibuk sebagai suri rumah teres. Lepas tu sibuk sebagai suri hati honey untuk suami tercinta. Sibuk nak membantu sektor kerajaan tingkatkan hasil dan pendapatan negara. Sibuk nak kira-kira cukai. Sibuk nak drawing. Sibuk berdepan dengan public sambil kontrol kecomelan dan tahap emosi bila kena maki-maki. Huhu.



Hazanis ni antara blogger yang popular. Terima kasih sebab sudi jadi follower yang ke-73. You see, blog dah masuk 4tahun tapi follower aku tak sampai 100 orang. Korang jangan ejek-ejek aku pulak kata aku syok sendiri ke apa. Aku mengamalkan konsep don’t judge the blog by it’s follower tau. Huhu. Ayat nak cover malu dan segan sebenarnya. Tapi tak apalah. Aku redha.




terima kasih nuffnang dan UMobile Prepaid Free Meal


Assalamualaikum

Selamat pagi yang dah nak masuk tengahari. Hai gadis-gadis comel yang sedang membeli topup. Beli yang jenis masuk terus. Bagi nombor kat tokey kedai. Dan kebetulan ada orang hemsem sedang menunggu giliran untuk membuat belian topup yang sama. Hah. Apa lagi. Dengan rendah hati aku memohon agar korang ambik kesempatan yang diberi untuk salin cepat-cepat nombor yang tertera laju-laju. Mana tahu kot itu jodoh. Sekurang-kurangnya korang menunjukkan tanda-tanda usaha gitu. Yang penting niat kena baik punya. Kalau idea ni tak jalan tak apa, nanti kot aku ada idea lain aku sebar kat korang okei. Huhu



Oh ya. Aku nak ucapkan sekian terima kasih lagi sayang mencintai kepada Nuffnang dan UMobile Prepaid Free Meal sebab sudi bagi duit. Bagi siapa-siapa yang guna UMobile ni korang untung tahu, sebab dorang tengah buat promosi baik punya. Menurutnya, barang siapa yang menopap RM30 nescaya korang akan memperolehi air Revive Isotonic Original 500ml secara percuma atau dalam bahasa modennya free. Dan barang siapa yang menopap RM50 maka nescaya korang akan dapat air Revive Isotonic Original 500ml dan Mamee Express Cup Curry yang rasa dia sedap nyami-nyami tu.



Sambil berborak manja boleh korang minum air barang seteguk dua. Rasa energy gitu. Lepas tu agak-agak lapar time berborak boleh pulak makan Mamee. Dan jangan lupa ajak-ajak ayam kekasih anda tu makan. Bukan apa kalau ajak betul-betul kang dia pehabih macam tu je makanan korang. Kalau dia merajuk korang cepat-cepat pujuk. Korang topupkan dia dengan Umobile punya pakej free ni lepas tu aku bet mesti dia terharu. Kalau agak-agak dia demand semacam korang ambik balik topup tu and suruh dia pegi beli sendiri sambil bagi syarahan perdana ehwal islam. Bagi dia insaf sikit barang seminit dua.

Haha. Sweet kan idea aku ni?
Tak?
Okei.
Fine yang penting aku nak ucap terima kasih kat Nuffnang dan Umobile Prepaid Free Meal.




Tuesday, June 24, 2014

tips simpan duit untuk anak dari masa depan


Assalamualaikum

Selamat petang sekali lagi. Hai gadis-gadis comel yang sedang berangan main dengan baby sendiri. Berangan lepas tu tersengeh. Kan? Kan? Haha. Jangan malu-malu. Normal la tu. Apa yang penting time korang berangan mohon pastikan keadaan sekeliling bebas daripada manusia. Bila bebas dari orang disekeliling maka dengan itu bolehlah korang berangan kuat-kuat and then sengeh lebar-lebar dengan penuh yakin dan iltizam yang tinggi.

Sambil berangan-angan tu aku nak bagi tips dan panduan macam mana nak buat saving untuk baby yang bakal tiba dari masa depan. Korang sebenarnya dah boleh start simpan duit untuk baby korang bermula sejak dorang duduk-duduk dalam perut korang lagi. Which mean sejak sebelum berlakunya kelahiran. Paling minimum aku rekemenkan agar korang simpan RM50 sebulan. Ala nak ringankan sikit beban saving korang share-share la dengan encik suami korang yang tercinta tegap lagi gagah tu. Sorang RM25 kira okei la tu kan.


Saving sebelum kelahiran : RM50 x 9 bulan : RM450
Selepas kelahiran : RM50 x 12 bulan : RM600 setahun
                                     RM600 x 18tahun : RM10800 + RM450 : RM11250

Lepas sekolah saving untuk dorang adalah RM11250. Hoih. Umur dah cukup 18 tahun. Boleh buat hantaran meminang anak dara orang. Haha. Waktu ni korang dah boleh tarik nafas lega sebab duit untuk anak sambung study dah ada. 

Tapi kalau korang nak buat simpanan untuk prepare sekolah anak-anak pun boleh jugak. 

Sebelum kelahiran RM50 x 9 bulan : RM450
Selepas kelahiran RM50 x 12 bulan : RM600 setahun
                         RM600 x 7 tahun : RM4200  + RM450 : RM4650

Mula sekolah je korang dah ada duit siap-siap RM4650. Dah tak payah pening pikir nak cari duit yuran buku pakaian apa bagai. Tapi dalam masa yang sama korang kena continue buat simpanan macam biasa dan cuba berjimat dan berbelanja secara berhemat even korang dah ada duit yang cukup. 

Hah. Bijak macam sang kancil tak idea aku?  
Tak bijak? Okei aku tahu aku tak pandai.                       
Nak pergi tengok gosip artis jap.




terima kasih nuffnang dan stadium astro world cup party


Assalamualaikum

Selamat petang yang panas membahang memancar cahaya hingga ke ufuk bumi merentasi segenap dimensi. Mungkin fenomena elnino sudah bermula barangkali. Hai gadis-gadis comel yang suka tengok orang hemsem bermain bola. Berlari dan berkejaran dengan penuh gaya kehemseman boleh menyebabkan hati anak gadis bergetar seketika. Tatkala itu akan teserlah nilai-nilai ketegapan dan kegagahan anda. Woha.



Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Nuffnang dan Stadium Astro World Cup Party yang sudi bagi duit. Walaupun bukan berkati-kati apatah lagi berguni-guni tapi sekurang-kurangnya ada. Alhamdulillah.



Zaman sekarang adalah zaman gadis-gadis dah mula menunjukkan putik dan bibit-bibit cintakan bola. Walaupun hakikatnya lebih ramai yang cenderung tengok player yang hemsem berbanding dengan skill yang ada, tapi sekurang-kurangnya ada semangat kesukanan disitu. Melihat orang bermain bola juga boleh dianggap sebagai sukan mata tahu. Terapi untuk mata yang letih bekerja.  Huhu.

Dan untuk menunjukkan semangat cintakan pemain bola yang hemsem-hemsem, sekarang ni korang boleh guna aplikasi painting bendera kegemaran kat muka yang ala-ala futuristik gitu. Korang dah tak perlu untuk pinjam water colour adik-adik korang dah lepas ni. Dengan aplikasi yang ada muka korang akan tetap nampak bersih suci semurni sabun top.

Kalau korang nak tengok dan conteng muka ikut sedap rasa boleh pergi ke website yang tertera.

Sekian terima kasih Nuffnang dan Stadium Astro World Cup Party.

Muah muah.




terima kasih nuffnang dan Invest Smart Campaign


Assalamualaikum

Selamat petang yang meloyakan tekak. Hai gadis-gadis comel yang sedang kira duit. Kira punya kira tapi duit takat tu jugak. Tak bertambah makin kurang adalah. Huhu. Pedih hati bila keadaan macam itu berlaku. Kalau dapat tackle anak menteri kan best. Untung-untung boleh naik Lamborgini Aventador macam Nora Danish. Kalau tidak, dapat tackle helikopter sebijik pun dah kira bersyukur-syukur sangat dah. Bak kata pepatah bagaikan cinta Fasha dan Jejai. Bila dipisahkan bertemu jua. Hoih. Merepeknya.


Terima kasih lagi sayang menyayangi kepada Nuffnang dan Invest Smart Campaign. Sebab sudi bagi duit. Invest Smart Campaign atau dalam bahasa melayunya Bijak Labur adalah badan dibawah inisiatif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF).


Boleh semak status skim pelaburan
Untuk korang yang berjinak-jinak nak melabur eloklah kiranya korang try tengok kat website ni. Sebab macam-macam jenis panduan berguna ada tau. Melalui Invest Smart Campaign ni dia akan ajar korang macam mana nak rancang pelaburan dengan lebih bijak bestari macam sang kancil. Dan elakkan korang daripada ditipu oleh skim pelaburan yang entah kita tahu ke tidak sahih kewujudannya. Korang jugak boleh check pelaburan yang tak berlesen samaada yang dijalankan oleh individu mahupun kampeni di website ini.

Pelaburan untuk kanak-kanak
Melabur sebenarnya kena bermula sejak dari korang kecik-kecik lagi. Tapi disebabkan sekarang ni korang dah bukan dalam kategori kecik maka dengan itu bolehlah kiranya korang bawak anak-anak umur antara 10tahun hingga 12tahun join program Kids and Cash under Invest Smart Campaign ni untuk pupuk minat melabur. Pada peringkat ni peringkat semai minat. Macam jinak-jinak merpati gitu. Huhu. Korang jangan ingat asal melabur je untuk orang dewasa. Kanak-kanak pun kena melabur jugak tau. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama bertimbunlah duit.

Pelaburan untuk remaja
Zaman remaja adalah zaman yang sangat mencabar. Time nilah kebanyakan daripada remaja mengalami kecelaruan identiti. Timbulnya perasaan nak mengurat anak dara orang. Dan wujudnya perasaan untuk mempunyai abang tegap yang boleh dijadikan sebagai pelindung masa depan katanya. Oh. Pehlish. Makan pakai, seluar dalam pun mak ayah beli lagi korang dah nak fikir tentang hal yang jauh terkedepan. Tolonglah jangan nak berangan lebih-lebih sangat.

Daripada menghabiskan masa macam tu je, para remaja boleh join program macam mana nak manage duit dengan betul. Korang kena kenal apa keperluan dan kehendak korang dalam hidup. Dan belajar simpan duit. Kadang-kadang simpan duit ni susah untuk remaja yang baru nak up. Tapi tak apa. Korang anggap je pelaburan ni sebenarnya untuk korang simpan dijadikan sebagai hantaran untuk kekasih dari zaman sekolah korang tu. Serius. Anggaplah ini sesuatu yang serius. Dan joinlah program Teens and Cash under Invest Smart Campaign ini. Tak rugi. Nanti korang dah besar tengok-tengok eh, duit dah banyak. Seronok weh time tu. Percayalah kata-kata aku yang dah mengalami zaman itu.

Pelaburan untuk pelajar universiti/kolej 
Bila nak masuk Universiti tu target utama adalah nak dapat best result. Lepas tu most of the students akan dapat duit pembiayaan. Samada melalui PTPTN atau badan lain. Selain daripada study korang jugak sepatutnya dah mula belajar tentang investment. Sebab pada peringkat ni korang dah mengalami peringkat kematangan yang wajar. Korang boleh join program Cash @ Campus. Mana tahu untung-untung boleh jadi macam millionaire sisters ni. Umur 21tahun dah boleh pakai Porsche Boxster. Huhu. Time ni penting tau sebab pada waktu ni korang dah kena ada matlamat hidup. Kena ada saving nak beli rumah kereta bagai. Nak nak pulak dalam menghadapi dunia pekerjaan yang lebih mencabar lepas study.

Okei. Kalau korang nak maklumat yang lebih mendalam tentang pelaburan atau dalam bahasa kampungnya menabung, yang lebih padu jitu dan mempunyai kadar kepadatan yang tinggi bolehlah pergi ke website dorang.

Aku nak berehat kejap. Kepala pening tak sudah-sudah. Huhu.
DAn terima kasih sekali lagi untuk Naffnung dan Invest Smart Campaign. Muah muah lah.





Thursday, June 19, 2014

dapur adalah tempat romantik yang boleh dapat pahala


Assalamualaikum

Wah. Tajuk aku kemain. Rasa malu pulak bila baca. Selamat tengahari. Hai gadis-gadis comel yang kelaparan. Dah makan ke belum? Kalau dah makan tentulah korang tak kelaparan. Ye dak? Haih. Soalan apalah yang aku tanya. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang tak sabar hendaknya menjamah makanan dengan orang yang tercinta. Yang tersayang. Yang dikasihi. Yang jadi suri honey hati korang. Wah. Makan sama-sama sangat best kamu tahu. Makan sambil pandang-pandang, tenung-tenung dan renung-renung lauk partner.

Orang cakap perempuan ni syurga dia di dapur. Perempuan dan dapur tak dapat dipisahkan. Bagai ombak dengan pantai. Bagai laila dengan majnun. Bagai romeo dan juliet. Orang jugak cakap kalau dah bergelar isteri adalah termaktub bahawasanya korang kena pandai memasak. Bila korang pandai masak maknanya makanan korang sedap. Bila makanan korang sedap maknanya suami korang akan makan dengan happy dan tambah berkali-kali. Bila dia tambah berkali-kali maknanya tak lama lagi dia akan gemok. Bila dia makin gemok maknanya korang kena pasrahlah dengan perubahan fizikal dia tu. Lagi pun orang cakap kalau suami gemok dan buncit itu tandanya dia penyayang. Hoih. Bertabahlah.


Dalam Islam, orang perempuan yang memasak untuk suami dan famili dengan penuh gaya keunggulan, dilimpahi dengan selautan kasih sayang dan dicurahi dengan perasaan cinta yang hakiki nescaya korang akan dapat pahala yang berlipat kali ganda. Peluh yang menitis bukan saja dapat menjimatkan kapasiti pembelian garam, tapi peluh juga bermakna korang akan perolehi ganjaran yang sewajarnya. Oleh itu kalau korang masak sampai berpeluh maka tenung dan renunglah titisan peluh itu dalam-dalam dan bisiklah dihati dengan penuh semangat waja, oh ini bukan peluh ini pahala. Hidup peluh! Hidup perpeluhan! Sambil angkat senduk tinggi-tinggi.

Kalau masak tak sedap normal la tu. Korang kena ingat dapur tu bukan saja tempat untuk kumpul pahala masuk syurga tapi dapur jugak berperanan sebagai makmal. Korang tahu makmal tu apa? Makmal tu maksudnya tempat untuk korang buat eksperimen. Maknanya time memasak tu macam-macam kemungkinan akan berlaku. Samaada eksperimen korang akan terus jadi dengan jayanya atau pun eksperimen korang akan fail. Dan orang yang akan makan masakan korang tu pulak ibarat macam tikus eksperimen. Eh. Tak. Tak. Bukan tikus. Tapi arnab eksperimen. Arnab comel dari tikus. Nak lebih canggih korang letak nama kat perkakasan dapur korang. Contohnya apron korang panggil lab coat. Dapur boleh dipanggil penunu bunsen. Huhu. Baru nampak berteknologi dan futurisktik gitu dapur korang. Sejajar dengan hasrat kerajaan nak lahirkan umat Malaysia yang berdaya maju, berteknologi tinggi pada tahun 2020 nanti. Huhu.


Orang lelaki jangan kondem-kondem kalau isteri korang masak tak kena dengan tekak dan citarasa korang. Korang kena ingat bahawa sesungguhnya isteri kamu tu sedang buat pahala. Kalau korang kondem kaw-kaw sampai dia sentap-sentap korang jugak yang dapat dosa. Apa korang ingat korang tengah jadi juri untuk program master chef ke apa? Hoih. Payah la kalau cenggitu. Kalau isteri masak tak sedap cakap je berlapik macam ni, emmm teruskan usaha. Saya yakin kalau awak berusaha dengan gigih awak boleh menuju ke puncak kejayaan memasak dengan rasa yang lebih baik dan unggul. Kipidap girl. Sambil bagi kiss kat pipi isteri.

Haaa. Pahala memasak dapat. Pahala suami isteri pun dapat.
Sweet kan? Oleh itu cepatlah kahwin.  




terima kasih nuffnang dan Bulgogi Brothers Korean BBQ


Asslamualaikum

Selamat pagi yang badan rasa lemau. Kepala pening-peniang sebab letih berkursus 3hari 3malam tak habis-habis lagi. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang sedang meraih secebis rezeki. Dengan harapan dari yang secebis tu jadi selembar tak lama lagi. Eh. Bahasa apa lah yang aku pakai. Tak apa. Yang penting maksud aku dengan harapan rezeki yang korang cari lama-lama semakin dimurahkan. Mudah-mudahan.

Aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih dan sayang kepada Nuffnang dan Bulgogi Brothers Korean BBQ kerana sudi bagi duit. Nanti untuk korang nak makan korean foods tak payahlah bersusah payah memerah keringat terbang jauh-jauh. Kat Malaysia pun dah ada.



Sebelum ni dapat melalui Nuffnang IKEA-CHILDREN. Begitu jugak dengan Nuffnang Xasis Auto dan Nuffnang Xasis MEN. Jasamu dikenang-kenang. Dirindu-rindu. Disayang-sayang.

Huhu. 




Saturday, June 14, 2014

buat baik-baik. sampai hati


Assalamualaikum

Selamat malam. Hai gadis-gadis comel yang dah lah comel. Baik hati pulak tu. Dah rupe Cinderella dah ha. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang berbudi pekerti macam anak raja. Wah. Ada ke macam tu? Haih.

Baik. Baik itu maksudnya adalah baik. Molek. Bagus. Elok. Dan yang sama waktu dan sekutu dengannya. Orang tua-tua cakap buat baik berpada-pada. Beragak-agak kalau nak buat baik dengan orang. Jangan sampai  orang ambik kesempatan.

Adalah sesuatu yang normal bila kita buat baik ia dibalas dengan hinaan, herdikan mahupun cacian. Apatah lagi bila kita buat tak baik. Maka dengan itu bertingkat-tingkatlah hinaan, cercaan dan herdikan yang diterima. Tu la. Siapa suruh buat tak baik. Ye dak?

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fwww.picturescollections.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2013%2F03%2FBlue-Color-Photography-04.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.picturescollections.com%2Fi-love-blue-color-why%2F&h=485&w=730&tbnid=wLpRtXh5If3JiM%3A&zoom=1&docid=ps7RS-1XFUyOnM&ei=A2WcU972EcOxuASUvIDIDA&tbm=isch&ved=0CB4QMygGMAY&iact=rc&uact=3&dur=423&page=1&start=0&ndsp=16

Tapi kalau kita buat baik dengan orang adalah disarankan untuk diset awal-awal dalam otak bahawa sesungguhnya tatkala kita berbuat baik dengan orang belum tentu ia akan dibalas denagn sesuatu yang baik. Ikhlaslah supaya kita jadi lebih redha.

Macam aku dengan internet. Aku punyalah buat baik dengan dia. Tiap-tiap bulan aku bayar bil. Tapi line internet lembab jugak, aku pendam je perasaan ini dan masih berbuat baik dengan berusaha bayar bil internet dengan hati yang telus dan terbuka. Tanpa prejudis dan tak ada langsung perasaan nak buat khianat. 

Sampai hati internet lukakan hati aku. Dia tak tahu ke hati perempuan ni lembut. Nampak je luaran tabah. Tapi hati menangis sangat sakit tahu. Aku dah cuba buat yang terbaik dengan internet. Cuba berkompromi. Cuba berlembut. Gigih bekerja mencari nafkah untuk dibayar pada internet. Tapi ini habuan yang dibalas. Hoih. Sakit jiwa. 




pengkhianatan cinta abadi


Assalamualaikum

Selamat tengahari. Aku nak tidur tapi manusia ramai pulak berkeliaran time-time lunch macam ni. Nape dorang tak pergi makan? Pergi la makan. Kalau tak nak makan pergi la keluar opis. Aku nak tidur pun susah. Huuu. Hai gadis-gadis comel. Yang bersopan santun. Baik tuturkata. Berbudi pekerti macam Cinderella. Dah la comel. Pandai. Baik. Pendek kata pakej lengkap ah. Yang boleh membuatkan perut ibu yang mengandung rasa sejuk-sejuk beku gitu. Yang boleh membuatkan hati bapa kembang bangga. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang dah lah hemsem. Anak mak pulak tu. Haih. Kalau nak ngorat anak, kena ngorat mak dulu gayanya.

Anak.
Arjuna Beta.

Siapa pernah dengar lagu Anak? Tak pernah? Mohon untuk korang dengar dengan kadar segera. Lagu anak tu kalau aku dengar kompem jiwa aku boleh menangis. Kalau tak nangis betul-betul aku nangis dalam hati. Wuuu. Sakit tahu nangis dalam hati ni. Apa korang ingat lagu Bahagiamu Deritaku je yang boleh buat korang nangis? Lagu ni bukan je buat korang nangis. Silap-silap boleh buat korang menyesal tau. Serius. Untuk korang yang ada hati perut limpa dan perasaan, lagu Anak boleh meresap dalam jiwa korang.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fgraphicslava.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2012%2F12%2FHot-Love-Photography1.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fgraphicslava.com%2F25-romantic-collection-of-love-photography%2F&h=431&w=510&tbnid=0RuwVnhrD9kX_M%3A&zoom=1&docid=UWAZxZ2EVkyCbM&ei=K1WcU6yfJcWJuASan4C4DA&tbm=isch&ved=0CIcBEDMoUjBS&iact=rc&uact=3&dur=1588&page=5&start=75&ndsp=21 

Korang pernah dengar lagu Arjuna Beta? Fynn Jamal korang kenal? Kalau kenal maka cintalah korang. Eh. Aku ambik pepatah tak kenal maka tak cinta. Sebab tu ayat aku berterabur. Bila aku dengar lagu tu mesti otomatik aku terfikir, betapa hancurnya hati dia andai kata anak yang disayang-sayang itu mengkhianat cintanya. Bila aku dengar lagu tu aku rasa macam dia  buat lagu tu dengan penuh harapan. Ikhlas dari hati untuk anak tercinta.

Pengkhianatan cinta abadi

Anak tak akan tahu dan tak akan faham perasaan ibu bapa selagi mereka belum bergelar ibu bapa. Kadang-kadang kita tengok benda yang kecik dan remeh temeh je. Tapi tahap kekalutan ibu bapa tu mengalahkan taufan. Sebab kasih ibu dan bapa mengatasi segalanya. Kalau pasal korban usah cakaplah. Macam-macam korban dah dibuat. Korban perasaan. Korban jiwa. Korban duit. Korban harta.

Nantikan bila korang dah kahwin, perasaan untuk mempunyai anak sangat membuak-buak. Betul, aku tak tipu. Tak kira la korang tu lelaki atau perempuan. Perasaan nak anak makin menjadi-jadi bila tengok orang lain punya anak. Apa perasaan kalau benda yang korang tatang dan tunggu selama ini tiba-tiba buat korang terluka. Hancur bukan?  Rasa kecewa usah cakaplah. 

Jangan khianat cinta yang ibu bapa dah semai sejak korang belum wujud lagi kat mukabumi ini. Sekali korang buat khianat neraka tempatnya. Ibu bapa adalah syurga. Kita kena ingat apa yang kita buat semuanya adalah untuk syurga kita.



mencari penjamin ke syurga


Assalamualaikum

Malu sungguh aku kalau suami aku baca blog ini. Huhu. Selamat pagi. Pagi-pagi selamat. Hai gadis –gadis comel yang dah lah comel pandai pulak bab agama. Dan holla kepada hemsem-hemsem yang dah semestinya hemsem. Kehemseman itu semakin nyata bila mana korang tahu bagaimana nak hormat ibu dan bapa. Haih. Kamu boleh buat hati para gadis seluruh Malaya cair tahu.

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar minda. Serba serbi mencabar. Nak nak pulak bila kita nak membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Bahagia dunia dan akhirat. Nak buat keluarga bahagia bukan macam kita main game one happy family tu. Cabut-cabut kad, bila cukup korum sebut laju-laju, one happy family. No. No. Bukan macam tu. Ia sebenarnya lebih rumit. Atau dalam bahasa internasionalnya complicated.

Keluarga bahagia.
Bahagia sampai syurga.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fwww.artfido.com%2Fblog%2Fwp-content%2Fuploads%2F2014%2F03%2Fla-famille-children-family-photography-alain-laboile-26-1.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.artfido.com%2Fblog%2Ffather-of-six-takes-magical-pictures-of-his-kids-as-they-grow%2F&h=593&w=880&tbnid=IPi5W1l_85cySM%3A&zoom=1&docid=GyR1eMcvVmP-EM&ei=k0ScU7LAG46iugSBq4DADA&tbm=isch&ved=0CEUQMygiMCI&iact=rc&uact=3&dur=1192&page=2&start=17&ndsp=25

Mempunyai anak-anak adalah suatu perkara yang sangat membahagiakan. Dan yang paling penting anak itu mampu menjadi penjamin untuk kita ke syurga kelak.

Tapi bukan senang nak dapat anak yang macam tu. Yang soleh dan yang solehah. Nak didik anak jadi soleh lebih susah daripada didik anak jadi dokter, lawyer mahupun majestrit. Serius susah. Benda ni bukan macam main pondok-pondok. Bukan macam main playdoh. Bukan macam main plaster sin. Dan bukan jugak macam main lego. Apatah lagi bukan macam filem atau drama. Yang kita boleh cipta skrip yang ending dia semua happy masuk syurga. Bukan macam tu. Bukan.

Kita selalu pikir tentang bakal anak yang akan jadi penjamin bagi masa depan. Tapi sebenarnya kita tak banyak berfikirpun tentang diri kita yang sememangnya adalah penjamin syurga untuk ibu bapa kita. Itu sebenarnya yang lebih penting.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fwww.123inspiration.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2014%2F03%2Falain-Laboile-Family-Photography-8-600x600.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.123inspiration.com%2Fla-famille-father-takes-beautiful-pictures-of-his-children-as-they-grow-up%2F&h=600&w=600&tbnid=fZkDZ8YR8JVJeM%3A&zoom=1&docid=n6EMUUAYTtmcMM&ei=k0ScU7LAG46iugSBq4DADA&tbm=isch&ved=0CC0QMygTMBM&iact=rc&uact=3&dur=1277&page=2&start=17&ndsp=25

Sebelum kita membentuk anak untuk dijadikan sebagai penyumbang doa bila kita dah tak ada nanti, ada baiknya kalau kita perbetulkan diri kita dulu. Mulakan dari diri kita supaya kita tidak lupa untuk sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita.

Tak apa. Buat pelahan-lahan. Tapi kerap. Konsisten. Istiqomah. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama boleh jadi habit. Sungguh.

insyaAllah. Didoakan supaya anak-anak kita nanti kelak akan melakukan perkara yang sama terhadap kita. Memang. Orang cakap iman itu tidak dapat diwarisi. Tapi kita kena ingat kalau niat betul kerana Allah, lillahitaala, insyaAllah Allah akan permudahkan. Allah akan perkenankan. Percayalah.

Okei. Sekian sahaja daripada aku. Menyampaikan daripada Aman Jaya Convention Center, Ipoh. Aku sebenarnya tengah berkursus ni. Tapi disebabkan human resource department salah hantar orang maka dengan itu aku tak paham kejadah apalah yang penceramah tu membebel. Dah la tak kasik candidates ambik note. Siap tak izinkan lagi. Wuhu. Tak baik tahu. Nak sebar ilmu tapi kedukut. Tahu la beliau dah pandai. Expert. Ahli panel. Boss yang dimuliakan oleh ramai golongan bawahan. Tapi ilmu itu ilmu Allah kot. So, sudahnya aku tak faham apa-apa. And then as a solution, aku ambik pendekatan dengan buat blog.   




Monday, June 9, 2014

perasaan bila akad nikah


Assalamualaikum

Selamat petang. Dan macam biasa aku pening. Huhu. Hai gadis-gadis comel yang bertambah comel tatkala memakai baju kahwin. Ada ropol-ropol gitu. Dan holla hemsem-hemsem yang nampak tegap bila korang memakai baju melayu. Pakai samping. Touch up sikit bulu hidung bagi rata. Bubuh bedak baby kat muka. Lepas tu pandang cermin dan tarik nafas perlahan-lahan, dalam-dalam sambil tersengeh lalu berkata, “alhamdulillah. Lepas ni tak payah basuh baju dah.”

Okei. Dah get ready. Telephone bakal isteri jap.
Awak saya on the way ni. Famili saya datang tak ramai. 4biji kereta je. Sebiji kete dalam 3orang.

Fuhhh. Aku lega. Tak ramai bermakna tak banyak mata yang akan jadi saksi nikah nanti. Tak ramai juga bermakna taklah aku rasa malu sangat jap lagi. Tapi sebenarnya tidak. Bukan 4bijik. Tapi berbiji-biji. Huuuu. Hoih. Dia bagi ayat penyedap hati je rupanya.


***

Perasaan bila nak akad nikah.

Korang pernah pergi interview? Orang yang tak prepare apa-apa tetibe kena attend interview. Tak buat ulang kaji. Lepas tu orang keliling expect korang boleh pass dengan jayanya. Sekaligus dapat mengharumkan nama keluarga, nama penduduk kampung, nama saudara mara. Sebab orang keliling ingat korang dah get ready and prepare kow-kow. Padahal hakikat sebenarnya korang asyik tidur je. Bila dah nak interview gelabah biawak. Lepas tu ada pulak candidate yang provoke konon dorang hebat. Hahaha. Macam tulah perasaan aku bila akad nikah. Yang nak akad pihak lelaki. Tapi perasaan kalutnya macam aku yang nak kena berjabat tangan dengan tok kadi. Hukhuk.

Kamu tahu kenapa aku gelabah?

Time dah nak menikah tu dan dan pulak dayang-dayang pengiring aku tanya. “wei, ko dah hafal ke?” pengantin perempuan pun kena hafal-hafal jugak ke. Huuuu. Sobs. Nak nangis dah ni. Tok kadi dah ada kat ruang depan. Mana sempat ak bukak buku apa bagai. Aku nangis jugak kang. Huhu. And then nasib baik adik dan adik ipar aku ada. Dia pujuk-pujuk dan cakap everything will be alright. Aku lega sekejap. Sekejap ok. sekejap.

Pengantin lelaki dah ready. Tepuk-tepuk bahu sikit. Bagi semangat dan aura.

Aku terima nikahnya..

Sah! Sah! Sah!

***


Perasaan bila dah nikah.

Perasaan dia lain. Tak reti nak cakap macam mana. Orang yang rasa je tahu. Dan orang yang hadap je yang faham akan perasaan itu. Dan last sekali aku bet kebanyakan daripada korang mesti akan cakap macam ni, ini rupanya suami aku. Betul tak? tak betul? Lantaklah. Janji dah nikah. Haha. 


Alhamdulillah.




Saturday, June 7, 2014

surat untuk awak yang sudah tiba dari masa depan


Assalamualaikum

Untung Nobita ada doraemon. Tak payah tulis surat kalau rindukan Sizuka.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fdata.whicdn.com%2Fimages%2F17152297%2FLittle-Box-Man-1_large.jpg&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.glogster.com%2Fllp909%2Fdon-t-stop-believing-little-boxes%2Fg-6l27qro0d6comc9difvu6a0&h=331&w=500&tbnid=cAmtDkrXEXGHoM%3A&zoom=1&docid=O5SMY7jtMYs_kM&ei=94mSU8raKoWVuASE4oH4Dg&tbm=isch&ved=0CIsBEDMoRDBE&iact=rc&uact=3&dur=899&page=4&start=55&ndsp=22

Dear you. Uhuk uhuk.
Tetibe I sakit tekak. I tak nak tanya you sihat atau tidak sebab you sekarang dah ada disisi i. oh. By the way I speaking sikit-sikit dengan you tak apa kan? Bukan I nak berlagak bongkak bagaikan merak tapi I saja-saja nak ubah mood. You suka tak? Tak suka? Okei fine. Ada I kisah. Haha.

Dear you my husband.
Terima kasih berkati-kati sebab sudi menjadi suami. Suami buat isteri yang suka sangat masak ikut tekak sendiri. Huhu. I bukan apa I sebenarnya tak tahu apa lauk kegemaran you. Bila I tanya you cakap you makan je apa yang I masak. I ni dah la suka masak benda yang sama. I bukan malas nak masak lauk lain-lain tau.

You jangan pandang senget kat I pulak. Sebab orang putih cakap practice makes perfect. So I nak buktikanlah yang teori tu betul bukan dusta semata-mata. Huhu. Bijak macam sang kancil kan I ni? Kancil yang comel tu pun tak sebijak macam isteri you ni tau. Berbanggalah dan kembangkanlah hidung mu itu barang sesaat dua.

Dear only you.
Selamat ulang bulan yang ke-4. Baru sambut bulan dah nak kecoh. Huhu. Tapi tak apa. I catat dalam blog. Even I tahu you tak baca  I tak kisah. Asalkan I luahkan apa yang I rasa itu dah memadai. Tapi I harap sangat you bukak blog I ni. Blog I famous macam blog fatin liyana tahu.

Tak percaya cuba you tengok visit number I. Almost tak ada kadang-kadang tu. Huaaaa. Sobs. Tapi I nak you tahu bahawa sesungguhnya blogging is my passion. I love writing even dow apa yang I tulis macam bangang-bangang sikit isinya. Apatah lagi bahasa. Tapi you jangan risau tau. Sikit je bangangnya. Tak banyak.

Dear you my chenta hatiku.
I sebenarnya ada banyak benda nak cerita kat you. Tapi I tak boleh nak mengadap computer lama-lama. Makin lama mengadap makin banyak pulak taik mata ni keluar. Haih. Nak korek-korek sakit. Nanti lah I cakap apa yang terbuku dalam hati comel ini dengan you face to facebook. Eh.

And again. Dear you. My soul. My heart. My love. My heaven.
Next time kalau I sempat ponteng kerja lagi I akan tulis lagi surat cinta untuk you. Okei. I cuba nak bahagiakan you sampai syurga. Sampai bila-bila. Selamanya. Woha. Romantiknya isteri you ini.

Until here.
Pecah kaca pecah tong. Lepas baca harap gantung.

Tata with love.
From your wife yang orang selalu cakap comel. Tapi you je yang tak tahu. Huhu.