Assalamualaikum
Selamat malam
kepada gadis-gadis comel yang selalu rasa sedih. Sedih sangat bila kena tinggal
dengan boipren ye. Ololo. Kesian dia. Jangan sedih-sedih tau. Aku doakan semoga
korang dapat pengganti yang lebih baik dan ensem macam suami Irma Hasmi. Uhuh.
Bila rasa sedih,
kebanyakkan daripada kita memang tak boleh nak control perasaan tu untuk suatu
jangka masa yang pendek. Contohnya macam kalau korang ditimpa musibah, rasa
sedih dan kecewa tu kadang-kadang berlarut-larut sampai berbulan-bulan lamanya.
Nak nak pulak kalau yang melibatkan emosi dan perasaan. Putus cinta contohnya. Mahu
bertahun kot frust.
Berbanding dengan
waktu korang tengah suka, tengah hepi. Benda ni biasanya berlaku untuk tempoh
jangka masa tertentu je. Dan aku rasa kebanyakkan daripada kita lebih banyak
mengalami rasa sedih dan kecewa berbanding rasa suka. Walaupun untuk suatu
benda yang kecik je. Betul tak?
Kenapa bila
seronok rasa kejap je berbanding dengan rasa sedih?
Well. Bila korang
rasa seronok otomatik kebanyakkan daripada korang kadang-kadang lupa kat Tuhan
kan? Tu tandanya Tuhan sayangkan korang. Korang tu je yang tak paham-paham. Dia
nak kita kembali kepada Dia. Ingat balik apa yang dibagi dan diambik balik tu
berada dalam kekuasaan-Nya. Tempoh kesedihan tu adalah tempoh untuk kita tebus
kembali dosa-dosa yang kita dah buat selama Dia bagi kita keseronokan dan pada
masa yang sama nak kuatkan semangat dan diri kita supaya baiki diri untuk jadi
lebih baik. Ye la kan, kadang-kadang bila kita dah seronok tu, kita selalu rasa
hidup dan diri kita dah sempurna. Rasa macam, “ini semua usaha aku”. Kan?
p/s: semoga
kesedihan itu mampu jadikan kita lebih kuat.
No comments :
Post a Comment