Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 27, 2012

bukan senang nak mengorat


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang rasa sepi je hati sebab tak berteman. Nak cari teman malu lah pulak. Kang orang cakap perigi cari timba. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang gigih mencari surihati. Gigih dengan harapan akan ada mana-mana gadis tersangkut lalu jatuh hati. Oh. Sweetnya.

Nak mengorat bukan senang. Orang lelaki pun kadang-kadang rasa susah nak mengorat apatah lagi perempuan yang sememangnya pemalu. Orang perempuan memang pemalu. Dan bila dorang malu otomatik muka dorang nampak sangat comel. Serius. 


Benda yang jadi masalah adalah bila nak buat ayat untuk mengorat. Senang cerita ayat untuk berkenalan. Kang kalau pakai ayat bunga-bunga kang orang perempuan cakap jiwang tak sudah-sudah. Kalau pakai ayat direct pulak orang cakap gelojoh. Ye dak? Last-last luahkan dalam hati. Huhu. Sakit tu.

Jadi nak tak nak kepada lelaki yang gagah perkasa, korang try and error je mengorat mana-mana gadis bertuah yang korang berkenan sangat tu. Mana tahu kot dapat. Kalau tak dapat cari lain. Huhu. Bak kata cold play, if you never try you never know bebeh. 

Macam biasa aku ulang ayat yang sama. Orang yang berjaya mengurat anak orang adalah orang yang berani menanggung risiko. Risiko kot girl tu isteri orang. Atau kemungkinan dia tak berkenan langsung kat korang. Atau mungkin jugak dia tak berminat dengan lelaki. Haha. Selamat maju jaya.  




1 comment :

  1. Ermm, ekpresi diri perlu dan bila sudah menepati 'chemistry'nya pasti semua okay: asalkan cermin diri tidak dinodai kepalsuan. Hati yang bersih sering terpancar pada senyuman menawan yang terus menikam kalbu...Dengan izin Allah pasti 'response'nya positif. Tak percaya? Cubalah menyamar dulu dengan penuh ikhlas dan bukan atas rasa empati atau kasihan! Biarlah segalanya berjalan lancar secara kebetulan dan tanpa juga dirancang (-:D

    ReplyDelete