Assalamualaikum
Hai gadis-gadis yang sungguh baik dan sangatlah terlurus bendul.
Yang suka berkata benar. Tak reti nak pusing-pusing ayat dan hello kepada
jejaka-jejaka yang orang perempuan selalu cop korang sebagai orang yang suka
cakap bohong. Padahal korang tak bohong pun, korang tipu-tipu je. Eheh.
Kenapa orang menipu dan kenapa orang suka menipu?
Kalau korang pernah tipu maka korang tahu jawapannya. Mustahil untuk
kita tak pernah menipu. Sangat mustahil ya. Nak nak pulak kalau time tu korang
kecik-kecik. Kawan tipu-tipu adalah perkara biasa. Dulu waktu kecik-kecik dulu
pun aku ada tipu mama dan abah aku jugak. Tipu report kad. Aku bukan tipu
sebenarnya tapi aku sorok. Hoho. Sakit tahu kena tibai dengan rotan.
Kenapa menipu? Tak boleh ke cakap betul-betul?
Boleh cakap betul-betul tu pun kalau dorang boleh terima apa yang
kita cakap. Kalau dorang tu jenis open minded tak apa la jugakkan. Ni kalau
dapat yang jenis tak berfikir panjang tak ke payah. Habis-habis gaduh pulak
kang. Bak kata tok nenek kita kerana pulut santan binasa, kerana mulut macam
joyah porak-peranda hidup manusia. Eceh.
Kadang-kadang menipu bukan untuk menutup kebenaran tetapi kebenaran
itu muncul pada waktu tak tak sesuai untuk didengari apatah lagi untuk
diketahui. Nak cakap tipu senang tapi kalau nak cakap betul cukup susah.
Sebabnya bukan semua orang suka dengar benda yang benar. Perkara yang benar itu sangat menyakitkan hati
sungguh.
Sebenarnya perkara yang paling sesuai untuk mengelakkan kita dicop
penipu dan mengelakkan kita dalam dilemma untuk bagitahu perkara yang benar
adalah dengan cakap cara berhemah lagi berkias dan berlapik. Itu pun kalau
dorang nak faham. Kalau tak faham sound direct je lepas tu lari laju-laju
sejauh yang mungkin. Huhu. Mampukah?
No comments :
Post a Comment