Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 3, 2012

kuey teow lagi sedap dari Doli : taiping


Assalamualaikum

Selamat petang kepada penggemar kuey teow kerang. Macam biasa kalau kat Taiping kuey teow yang popular famous amos adalah kat kedai yang bernama Doli. Macam nama kambing klon yang dah mati tu kan?

Orang luar asal datang je nak makan kat Doli. Tapi sebagai seorang yang lurus bendul lagi jujur, pada aku Doli punya kuey teow tak sedap mana pun. Biasa-biasa saja. Bukan aku je cakap, makcik-makcik dan orang-orang lama sini pun cakap macam tu. Dorang kata dah tak sesedap macam dulu.

Aku nak tunjukkan satu tempat kuey teow kerang yang sedap lagi lazat. Lebih lazat dari Doli. Kerang dia debab dan besar belaka. Banyak pulak tu kerang dia bubuh. Berbanding dengan Doli yang selalu letak baby kerang je. Nak makan pun rasa tak sampai hati.

Lokasi : Taman Mewah, Kamunting - bukan kedai tapi gerai kecik tepi rumah orang je.




Aku suka beli bungkus je sebab bila bungkus pakcik tukang masak tu akan bubuh banyak-banyak dan banyak sambil balut dengan daun apa ntah.

Sedap. Teringin nak pergi lagi tapi segan la pulak kalau selalu pegi. Haih.



No comments :

Post a Comment