Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 30, 2012

hanya kerana dia dijadikan ayam


Assalamualaikum
Ini bukan cerita tentang ayam golek bersalut madu sempena bulan puasa. Ini adalah cerita tentang ayam golek yang terperangkap dalam perangkap musang berjanggut.

***
Aku suka pergi kedai buku. Walaupun aku ni bukan ulat buku tapi aku suka jugak pergi kedai buku dengan harapan kot-kot boleh jumpa jodoh dalam kedai buku macam cerita dalam novel tak pun drama. Haha. Ok. Aku tipu. Aku suka cari buku-buku unik sebenarnya. Heh. Alasan.

Kedai buku tu letak betul-betul depan sebuah hotel budget bagus. Hotel yang tak dak rupa hotel langsung. Macam sarang mak hayam je aku tengok. Sebagai musafir kat tempat orang, aku cuba tanya kat mamber aku kenapa hotel tu macam tempat ayam golek je. Dia cakap tu memang tempat ayam golek pun. Waktu malam selalu je dia nampak anak-anak ayam golek berkeliaran kat tingkap hotel. Seksi dan comel ayam-ayam itu.

Ada anak ayam golek lambai tangan. Tak tahu apa maksud dorang. Atau mungkin mereka mintak tolong untuk diselamatkan?

***


Macam biasa, orang selalu hina manusia yang nampak keji pada pandangan mata dorang. Walaupun kadang-kadang kekejian yang dilemparkan tu sebenarnya tak sekeji macam mana dorang sangkakan. Kita tak tahu macam mana berakhirnya hidup seseorang. Boleh jadi orang yang kita nampak baik itu akan mati dalam kekufuran. Dan boleh jadi orang yang kita nampak jahat itu akan mati dalam keimanan. 




No comments :

Post a Comment