Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 25, 2012

puasa, raya dan perempuan


Assalamualaikum

Hello. Hello. Wah baru dua tiga hari puasa tv pun pakat sakan buat iklan raya. Dan macam biasa orang perempuan adalah antara insan comel yang terpaling kalut. Kalut duk pikir baju apa nak pakai raya nanti. Nak belit tudung gaya macam mana pulak lepas ni. Kuih raya belum beli tunjuk lagi. Langsir pulak fesyen lama. Tu belum lagi perabot. Nanti nak buat rumah terbuka nak masak apa. Tak kan nak masak benda yang sama. Ke nak upah catering ja. Eh. Tak. Tak. Raya tahun ni nak beraya kat mana?

Orang lelaki relek je. Dah nak habis puasa kang baru dorang kalut nak pikir tentang baju raya. Tu pun kalau dorang nak terfikir. Kalau tak serlum baju lama ja. Sudah.


Orang perempuan pulak lain. Kalut je memanjang. Nak nak pulak bila dah dekat nak raya. Tapi kekalutan orang perempuan ni menyebabkan orang lelaki rasa macam ntah apa-apa. Ye ke nampak ntah apa-apa? Pada aku tak kot. Sebab dorang kalut bukan untuk diri sendiri. Untuk family jugak. Kalut beli kuih muih raya. Kalut tengok resepi nak try buat kuih raya sendiri walaupun tahu tak akan menjadi. Kalut hias rumah apa bagai. Tapi itu untuk versi mak-mak lah. Kalau yang stok mak-mak kalut nak bersiapkan untuk family. Untuk tetamu lagi. Macam-macam lah. Selagi belum masuk waktu raya sampai lah nak habis raya semedang je kalutnya.

Versi bukan mak-mak pun kadang-kadang kalut jugak. Kalut mengalah orang yang berpuasa penuh. Ha, kalau macam ni memang nampak macam ntah apa-apa. Hihi. Kalut order baju macam-macam fesyen. Seminggu sakan pakai baju raya. Tapi kadang-kadang bagus jugak orang macam ni sebab kalau tengok orang sekarang ni bukan suka pakai baju raya. Pakai kejap je tak sampai setengah hari dah terlondeh ganti dengan seluar jin.  


Pada aku kekalutan ni kadang-kadang boleh memeriahkan lagi suasana. Bila orang-orang yang suka buat kalut ni dah tak dak, barulah korang akan tahu bertapa sunyi dan tak meriahnya raya korang. Tapi janganlah kalut nak pehabiskan duit. Nanti tak pasal-pasal lepas raya nganga. Padan muka. 




No comments :

Post a Comment