Assalamualaikum
Selamat hari
jumaat yang mulia.
Hai adik-adik
manis. Macam mana dengan hidup korang hari ni? Tak sempurna? Ololo. Jangan sedih-sedih
tau. Cuba buat yang terbaik ye dan berserah kepada Tuhan. InsyaAllah akan jadi
sempurna hidup tu.
Saya rasa saya
tak cantik. Saya tak pandai. Saya tak dapat suami kaya macam dia dapat. Body saya
tak cun macam dia. Saya tak tinggi macam model. Saya kerja tak hebat. Gaji saya
tak lebat. Kulit saya tak gebu. Saya tak... bla.. bla.. bla
Hamboi aih,
kalau semuanya korang rasa tak, tak dan tak belaka baik korang tak payah hidup.
Membazir oksigen je bagi kat korang sedut hari-hari tapi tak reti nak bersyukur.
Jangan bandingkan
diri korang dengan orang yang korang rasa hebat melainkan kalau korang jadikan
benda tu sebagai semangat untuk jadi lebih baik daripada apa yang korang ada
sekarang.
Lepas tu jangan
lupa pandang belakang. Tengok-tengok la jugak keliling tu. Supaya korang lebih
bersyukur dengan apa yang korang ada. Supaya korang tahu yang hidup korang sebenarnya
tak seteruk yang korang sangka.
Sebenarnya kadang-kadang
hidup kita ni tak teruk mana pun. Tapi sebab tak reti nak bersyukur tu yang
buat kita rasa teruk dan jadi makin teruk.
ada baik gak bandingkn dri dgn ssorg tu.lau xde pebandingn xleh gak tu ;D
ReplyDeletehehe. you are right. ^^
Delete