Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 5, 2012

macam mana nak elakkan rasa cemburu


Assalamualaikum

Selamat tenghari yang dah nak masuk ke petang. Boss tak dak. Jadi aku pun berparti sakan. Ya. Buat parti depan pc. Cemburu? Ohoi. Korang tak patut rasa cemburu dengan aku. Sebab tak ada faedah pun. Tak cemburu? Yeah. Bagus la kalau macam tu.

Cemburu dengan aku memang tak ada faedah langsung. Melainkan kalau korang cemburu sebab aku dapat laki handsome bangat stok ala-ala hero novel macam suami irma hasmi tu. Haih.

Orang cakap cemburu tu tanda sayang. Cemburu tanda sayang hanya wujud untuk orang bercinta. Mana mungkin cemburu tanda sayang tu boleh wujud antara aku dengan korang. Tak mungkin melainkan kalau korang cintakan aku. Haha. Puii.



Macam mana nak elakkan rasa cemburu antara kau dan dia. Eceh. Maksudnya cemburu membabi buta.

Perlunya untuk korang sentiasa komunikasi antara satu dengan lain. Kena jujur dan bagitahu keadaan sebenar. Let’s say, korang nak keluar dengan member. Ada pulak member lelaki join sekaki. Korang bagitahu kat partner korang dulu. Lepas tu time keluar tu korang call atau mesej la partner korang tu sekejap. And then time balik pun bagitahu, inform yang korang dah balik. Katakanlah kot tiba-tiba ada orang buat cerita tak best tentang korang, sekurang-kurangnya partner korang tahu hal yang sebenarnya.

Korang boleh selalu borak-borak tanya perkembangan dia hari tu. Maksudnya kat sini korang boleh borak santai-santai tanpa perlu untuk tanya macam tengah soal siasat sebab ini boleh buat partner korang jadi stress. Bila stress dorang boleh hilang mood nak bercerita. Bila hilang mood nak bercerita, korang tak akan tahu hal sebenar. Dan bila tak tahu hal sebenar, maka mulalah korang nak buat spekulasi yang bukan-bukan. Kan?  

Otak tu pun jangan la nak jumud sangat. Cuba berfikiran terbuka. Dan jangan judge sesuatu perkara tanpa usul periksa dan menghukum dengan membabi buta. Kang kena tinggal kang tak pasal-pasal korang jugak yang meroyan.  




2 comments :

  1. pelik lah suka men ludah2.hehehe..puii!! hahaha tahniah sbb dh dpt suami hansome banget ala2 mcm dlm novel ;D

    ReplyDelete