Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 18, 2012

perlukah pekerja bertaraf kontrak (contract of service) memohon kerja lain melalui ketua jabatan?


Assalamualaikum

Hai para pekerja yang gigih bekerja. Mahu tak gigih, tambah pulak kerja yang tak menentu sekarang ni. Nak meminang anak dara orang pun sikit punya payah bila bakal pak mentua duk tanya tentang status kerja.

Ok. Sekarang ni ramai orang yang bekerja taraf kontrak (contract of service). Dan persoalannya kalau nak apply kerja lain perlukah dorang ni memohon melalui ketua jabatan?

Jawapan dia perlu. Sebab penting sebagai rekeman dari pihak majikan. Sekurang-kurangnya bila bos korang rekemen maka agak kukuh la korang punya borang kerja tu. Ada la jugak backup daripada tak dak kan?

What? Malu nak apply melalui ketua jabatan? Kamon bebeh. Abaikan semua tu. Yang penting masa depan korang.

Dan yang kedua penting untuk gaji korang. Contohnya macam ni, korang kerja taraf kontrak dah 5 tahun sebagai pembantu tadbir. Lepas tu korang apply kerja untuk jawatan yang sama tapi taraf dia tetap. So, bila korang apply melalui ketua jabatan, maka gaji untuk jawatan yang baru tu boleh dinaikkan berdasarkan kepada pengalaman dan kehandalan korang dalam bidang kerja selama 5 tahun tu. Nanti gaji tak dak la pada takuk yang sama macam korang mula-mula masuk kerja. Dengan syarat jawatan yang sama. Kalau jawatan lain-lain tak boleh la.

Ok. Ni satu lagi persoalan yang sangat penting. Adakah pekerja taraf kontrak dan sambilan ni akan diserap jadi tetap?

Sehingga entri ni ditulis JPA cakap menurut pekeliling tak ada jaminan bahawa pekerja-pekerja ni akan diserap jadi tetap.

Kesimpulan, punah harapan. Kena cari kerja lain la jawabnya. Wuwuwu.



No comments :

Post a Comment