Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 29, 2014

dua puluh sembilan disember 2014


Assalamualaikum

Korang mesti tak percaya kan kalau aku bagitahu kat korang yang aku sebenarnya tengah baring atas kerusi ofis sambil menaip entri untuk hari ni. Kaki pulak aku letak kat atas motherboard. You see. Betapa kecik molek comel cutenya aku, sampaikan aku boleh baring-baring atas kerusi ofis. Syurga sangat kamu tahu. Nak nak pulak dengan teknik ini jugak orang lain tak perasan akan kewujudan aku kat sini. Bhaha. Nak nyorok pun boleh. Syurga. Syurga.

Eh. Eh. Tapi korang jangan silap sangka pulak. Aku bukan tak buat kerja. Aku rehat-rehat je. Sambil rehat aku cari idea nak update entri. Aku sebenarnya suka baca entri-entri aku yang lepas. Dah baca aku gelak-gelak kecik. Rasa kelakar dan cute sangat diri ini. Huhu. Mesti korang menyampah kan? Tak baik tahu menyampah kat aku. Tuhan tak suka.


Aku tak tahu la aku ni sebenarnya semakin tua ke atau semakin meningkat dewasa. Aku tak paham kenapa aku dah tak boleh nak buat entri yang macam dulu-dulu. Yang boleh buat aku gelak-gelak. Yang boleh buat aku hepi. Walaupun hakikatnya tak ada isi menarik pun. Dan macam biasa ayat semua macam bangang je bila baca. Huhu.

Tak apa lah. Aku tengah cuba nak sedut aura kegemilangan aku dulu.
Slruuppppp!




Thursday, December 18, 2014

aku kerja biasa-biasa. hina sangat ke aku ni?


Assalamualaikum.

Wei. Tu sampah tu. Tak nampak ke?

Mata dikerling dengan tajam. Dengan mimik muka yang angkuh. Nak tak nak terpaksa juga manusia yang dihina itu menjalankan tugas hakiki. Membersihkan sisa sampah yang dinyahkan oleh manusia durjana. Sampah dicelah kaki. Senyum sinis dilemparkan sambil dihenyak sampah itu ke tanah rapat-rapat.

Celaka betul manusia ini. Apa hina sangat ke kerja aku?


Cerita tamat.




Wednesday, December 17, 2014

rindu zaman dulu : jiran cina


Assalamualaikum

Nama jiran aku Ah Siang. Kakak dia nama Ah San. Mak dia nama Anya. Bapak dia nama Uncle. Ah Siang adalah jiran aku yang tak berubah kedudukan koordinat rumah dia sejak 30tahun dahulu. Muka dia ada iras Nobita. Waktu aku kecik-kecik dulu aku ingat Ah Siang ni adalah kelahiran seorang Nobita in real life.

Tapi bila dah besar persepsi aku berubah. Seiring dengan perubahan fizikal barangkali. Tapi kali ini muka dia lebih iras kepada Sunyo versi pakai kaca mata. Hahaha. Walaubagaimana pun dia pandai. Tak macam aku. Pandai makan tidor, makan tidor lepas tu berak. Huh. Apa pun tak boleh. 

Jiran-jiran aku semua berbangsa Cina. Famili aku satu-satunya generasi Melayu tunggal yang ada kat situ. Tak berubah. Tetap sama hingga sekarang. Sejak mama dan abah berpindah pada awal tahun 1980an. Kecik-kecik dulu kawan aku cakap muka aku macam cina. Aku nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tak berasas tu. Aku cakap aku bukan cina. Muka aku muka jepun. Sejak dari tu kawan aku dah tak kawan dengan aku. Hahaha. Terkejut barangkali.



Aku ingat lagi. Waktu darjah dua. Subjek bahasa melayu. Cikgu aku perempuan. Comel gila. Lawa pulak tu. You see. Darjah dua pun aku dah pandai menilai kecantikan dan kecomelan seorang wanita. Bijak macam sang kancil kan aku ni? Tapi aku konpius. Kenapa dia ada misai. Aku tanya dalam hati je la. Aku pendam, peram dan simpan persoalan tu sampailah umur aku masuk 20an. Dan akhirnya persoalan itu terjawab. Huhu.

Korang tahu tak, dulu aku kena buat karangan tajuk "jiran saya". Lepas buat karangan, student naif macam aku kena baca kat depan. Cis. Malu kamu tahu. Aku tengok kawan-kawan aku jiran dorang semua melayu. Masing-masing nama Ahmad dan Abu. Pelik betul aku. Dorang ni semua berjiran yang sama ke. Ahmad dan Abu rumah di tengah-tengah. Maka kawan-kawan aku rumah dorang disekeliling rumah Ahmad dan Abu barangkali. Aku kena ejek sebab jiran aku nama Ah Siang. Aku cakap Ah Siang ni melayu. Huhuhu. 

Kat rumah aku bekawan dengan adik beradik je. Dan dengan jiran aku Ah Siang dan Ah San. Tu je la komuniti muhibbah yang wujud sejak dari kecik. Dorang pun tak bekawan dengan orang lain. Time tengahari dorang datang rumah. Main nyurok-nyurok dalam almari mama aku. Mama redha.

Okei. Cerita aku bosan kan?
Aku stop dulu. 
Huh.





Tuesday, December 16, 2014

malu jadi pemalu


Assalamualaikum

Selamat petang. Sekarang jam menunjukkan tepat pukul1 petang. Masa untuk cari tempat bagi membina sebuah mahligai berbentuk sarang bagi tempoh 60 minit ke hadapan. Hai gadis-gadis comel. Gadis comel akan bertambah comel kalau ada sifat malu. Bagi kakak-kakak jelita, kejelitaan itu makin menjadi-jadi tatkala korang selang-selikan dengan sifat malu-malu. Dan untuk abang-abang tegap, malu untuk kategori lelaki seperti anda boleh menyebabkan hati bakal ibu mentua akan cair. Oh ya. Tapi ingat. Malu pun haruslah disertakan dengan kepulan duit. Baru nampak seiring. Segak, gagah, tegap, malu-malu dan kaya. Wah. Perfect sangat!

Malu. Malu itu apa?

Malu itu adalah perasaan. Kalau korang tak malu maknanya korang tak ada perasaan. Malu sangat penting untuk manusia. Dan dah memang jadi naluri setiap manusia untuk ada perasaan malu. Suatu anugerah dari Tuhan.


Kadang-kadang tahap malu itu dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Di pengaruhi dengan cara bagaimana kita dibesarkan. Ada setengah orang dia rasa sangat-sangat malu. Terutamanya kalau dia terpaksa berhadapan dengan orang ramai. Orang macam ni dia berasakan keadaan sekeliling memerhatikan setiap gerak gerinya. Padahal tak ada siapa pun tengok dia. Huhu. Orang macam ni sebenarnya bukan pemalu tapi dia boleh dikategorikan sebagai orang yang perasan lebih-lebih. Buat relek buat peace sudahlah kan? Baru hidup aman tanpa was was.

Nak rasa malu boleh tapi perlulah kena dengan gaya, tempat, mutu dan keunggulannya. Ni kalau nak order makan pun tersipu-sipu malu. Jadah napenya? Baik pergi masak je kat rumah. Ramai lagi orang tunggu turn kot. Hoih.




Monday, December 15, 2014

maybank #ilove campaign


Assalamualaikum

Selamat berhujung tahun. Hujung tahun macam ni biasanya macam-macam agenda menarik yang dirancang. Dan antara benda yang paling sinonim dengan manusia bila nak tiba hujung tahun ini adalah berkaitan dengan azam. Kalau tanya aku tiap tahun azam aku nak cari pewaris kecomelan. Rasanya dah empat tahun kot aku duk renew azam yang sama tanpa rasa jemu tanpa rasa malu. Hihu. Dan alhamdulillah pewaris kecomelan tu ada dalam perut ni. Yeah. Senyum lebar-lebar.

Dan untuk korang yang nak kan kelainan apa kata korang datang ke maybank. Sekarang ni maybank ada buat kempen i love maybank. Mana tahu kot rezeki korang kan. Kempen ni ada enam bahagian. Iaitu I Love Polo Sedans, I Love 100% Cash Back, I Love 100 M2CCash Back, I Love Balance Transfer, I Love Bonus Airmiles dan I Love My NewHome.



Menarik kan? Jadi jom la beramai-ramai memeriahkan suasana pertandingan. Mana tahu kot boleh menang sebijik Polo Sedan. Lepas tu boleh tayang depan rumah bakal mentua. Huhuhu.

Okei. Terima kasih Maybank selaku bank rimau sebab sudi menaja blog ini. Semoga Harimau Malaya menang Piala AFF 2014. Dengan harapan nanti kami warga malaysia ni bolehlah bercuti. Huhu.




Friday, December 12, 2014

hikayat baby dari masa depan : baby dah sebesar epal


Assalamualaikum

Ini adalah surat untuk baby dari masa depan. Baby yang sekian lama mama tunggu sejak sebelum mama kamu ni kawen lagi. Nampak macam mama ni gatal kan? Hahaha. Eh. Baby jangan berperangsaka senget kat mama pulak. Mama bukan gatal. Tapi naluri ibu barangkali. Kalau tak percaya nanti baby tanya abah baby nanti. Abah baby pun sama. Belum kawen lagi dah berangan nak bawak baby meronda. Heh.

Okei. Baby. Sebelum apa-apa, mama nak kasik tahu kat baby satu rahsia ni. Baby jangan terkejut pulak. Sebenarnya mama nak berterus terang. Baby sebenarnya dah ada abang. Abang baby sekarang dah masuk empat tahun umur dia. Nama abang baby adalah Blog. Haha. Suspend tak? Lawak kan? Apa? Tak lawak? Ye. Mama tahu mama tak pandai melawak. Tapi mama kamu comel. Huhuhu. Eh. Tetibe puji diri sendiri pulak.


Baby anak mama yang tersayang.

Hari ni hari jumaat dan dengan izin Allah baby dah berumur 16 minggu atau nak lebih cepat lagi dikira sebagai 4 bulan. Yeah. Mengikut kepada Islam, Allah dah tentukan segala perjalanan hidup baby. Bila baby lahir ke dunia nanti. Macam mana rezeki baby. Siapa jodoh baby. Ujian hidup baby. Anak-anak baby berapa orang. Dan macam-macam lagi. Oh ya. Pastikan baby bagi cucu yang comel-comel kat mama nanti ya. Hehe. Futuristik sangat angan-angan mama kamu ni kan? Kemain. Berangan lebih-lebih pulak dah napenya. Huhu.

Dear you. My sweet little candy. My gula-gula manis.

Kalau ikut kepada perkiraan, baby waktu ni dah sebesar buah epal. Wah. Canggih kamu. Ukur pakai epal. Buah-buahan antarabangsa sangat. Tapi itu perkiraan biasa. Kalau ikut kepada gen mama yang comel ni, dokter cakap baby lagi kecik. Ala. Tapi baby jangan risau. Mama dulu pun kecik jugak. Waktu lahir dulu mama tidor dalam kotak mancis je kamu tahu. Punya la jimat Wan dengan Opah membela. Nak ke mana-mana bubuh ke dalam poket je. Hahaha. Baby percaya tak? Kalau tak percaya baguslah. Itu maknanya baby mama ni bijak.

Okeilah baby. Nanti mama sambung lagi cerita hikayat baby dalam perut mama ya.
I love youhhh.

Muahhh! Cikedd.




Tuesday, December 9, 2014

sembilan disember 2014


Assalamualaikum

Hai guys. Rindu aku? Kalau rindu angguklah laju-laju. Huhu. Aku tak tahu nak update apa. Isi kandungan semua dah ada dah. Cumanya bila aku nak bubuh dalam blog ni, aku tak berapa nak ada idea untuk diperkembangkan dengan lebih padu, padat dan jitu. Dulu aku sangat kreatif. Sampaikan ayat-ayat dalam blog ni boleh menyebabkan aku jadi syok sendiri lalu ketawa tersipu-sipu malu. Aku apa peduli dengan kata-kata dari orang lain. Janji aku rasa best aku bantai gelak sorang-sorang.


Tapi itu dulu. Sekarang ni dah tak macam dulu. Aku tak tahu kenapa. Aku kadang-kadang agak busy. Eh. Bukan agak busy. Tapi memang busy. Nak nak pulak sekarang ni komitment aku untuk menguruskan kilang sendiri semakin tinggi. Yeah. Kamu orang ingat senang ke nak uruskan kilang taik mata ni. Kalau time hujung minggu permintaan nak menyahtinja taik mata makin menjadi-jadi. So aku tak boleh nak melengahkan masa.

Okeilah. Kepada cik adik manis, kakak-kakak jelita dan abang-abang tegap sekalian. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk entri yang akan datang. Tapi aku tak janji tau.

Hahaha.




Friday, December 5, 2014

produk review : resepi MARIGOLD


Assalamualaikum

Selamat petang. Tudia. Mata bengkak sebab tidor overdose. Lepas tu datang opis buat-buat muka macam comel pulak Mardiana ni. Hok!

Hai gadis-gadis semasa terkini hiburan sensasi. Zaman sekarang ni, sebagai gadis yang hidup dalam dunia yang penuh dengan kemodenan orang selalu pandang senget kat gadis-gadis sebab wujudnya persepsi bahawa sesungguhnya barang siapa yang lahir pada zaman wawasan 20sen20sen maka secara otomatiklnya golongan itu tidaklah pandai memasak. Asyik makan tido melaram. Oh mai. Aku tahu. Ini semua mesti konspirasi yang diwujudkan oleh kaum lelaki untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti orang perempuan kan? Cis! Berani anda!


Tapi untuk gadis-gadis, anda jangan bimbang dengan tomahan yang tidak berasas itu. Sekarang ni kan zaman teknologi. Kalau tak pandai masak apa ada hal. Google je resepi. Keluarlah macam-macam agenda masakan. Bukan berdosa pun kalau tak pandai masak. Apa yang penting rajin. Ye dak? Yeah.

Aku pun tak pandai masak jugak. Jujur kan aku. Tapi tak pandai tu aku cover dengan rajin. Haha. Untuk korang yang buntu, aku syorkan korang pergi masak guna produk MARIGOLD UH. Korang jangan ingat MARIGOLD ni susu untuk minum je. Korang boleh masak macam-macam benda. Dan kalau rajin bolehlah prektis memasak untuk mak metua. Hihu.

Terima kasih MARIGOLD UH sebab menaja blog ini. Love you lah.
Muaahh cikeeddd.




blogger cantik menawan : Kemn Azmaili


Assalamualaikum

Wah. Tajuk kemain kan? Haha. Mesti korang pelik kenapa aku cakap blogger Kemn Azmaili sebagai seorang blogger yang cantik menawan. Oh mai. Kalau korang nak tahu. Dia ni bukan biasa-biasa punya orang. Siap pernah masuk megazine dan newspaper lagi. Blogger ni adalah antara follower yang terawal untuk blog aku. Okei. Meh sini meh. Duduk atas riba aku. Eh. Silap. Aku ajak-ajak ayam je.

Aku nak cerita serba sedikit tentang blogger yang awesome ini. Kemn Azmaili ni adalah seorang blogger yang rajin bagi macam-macam informasi dalam pelbagai sudut. Blog dia tu ada macam-macam ilmu kamu tahu. Ilmu rumah tangga. Ilmu anak-anak. Ilmu kerjaya. Ilmu hias rumah. Ilmu memasak. Ilmu makeup. Ilmu hikayat merong mahawangsa super saiya. Semua ada.


Aku cakap dia cantik menawan sebab dia memang cantik pun. Kalau korang tengok face to face muka dia ala-ala Normala Samsuddin. Lemah-lembut dan berpengaruh. Waha. Ayat aku tak boleh blah. Tapi sungguh. Aku tak tipu. Maksud aku penuh dengan keyakinan. Bukan macam aku. Muka semedang je macam nak nangis. Padahal muka aku bukan muka nak nangis. Muka aku jenis muka manja. Tapi orang je tak faham. Huhuhu.

Lepas tu kan, dia jugak seorang yang serba serbi berbakat dan kerja pulak bukan biasa-biasa. Beliau adalah sorang yang bijak macam sang kancil. Aktif bersukan lagi kamu tahu. Menyanyi pulak usah cakap la. Suara dia mak aihh. Kalau korang dengar komfem korang akan cakap, “retis ke apa ni?”. Memang sedap. Aktif join mcam-macam event pulak tu. Kalau nak banding dengan aku ni, sumpah beza sampai tujuh kali tiang letrik. Haoih.

Blogger Kemn Azmaili adalah seorang ibu kepada hemsem boy bernama Muhaamad Hadif Akhtar. Pada aku dia adalah seorang manusia yang mempunyai kehidupan yang hampir sempurna. Ada kerjaya. Ada anak. Ada famili. Dan yang paling penting untuk korang tahu beliau adalah seorang usahawan. Kalau korang rajin bolehlah pergi ke butik beliau. Dan untuk korang yang nak makeup pun boleh jugak. Hasil tangan dia memang gojes. Serius tak tipu.


Wah. Panjang pulak review aku kan. Maklumlah. Beliau ni roomate kat Universiti Utara Malaysia dulu. Haruslah ditulis panjang-panjang. Dan yang sebenarnya aku nak bagi tahu. Aku sangat rindukan dia. Rindukan zaman dahulu. Dan kawan-kawan yang lain. Entah bila boleh jumpa aku pun tak tahu.

T_T




Friday, November 28, 2014

Petua dapat anak : minum air kacang hijau


Assalamualaikum

Selamat petang. Mengantuk tahap gaban mata aku ni. Tapi demi sesuap entri aku gigihkan jugak menaip. Hari ni aku nak bagi korang baca tentang sesuatu yang bermafaat. Selalu sangat aku bagi korang baca benda yang tak berguna kan? Huhu.

Petua nak dapat anak. Aku mintak maaf sebab petua ni petua murahan. Huhu. Bukan apa. Aku tengok ubat nak dapat baby mahal-mahal belaka. Aku ni dah la rakyat marhaen tak berduit, jadi sebagai alternatif aku pun cuba jugaklah cara murah dan sesuai dengan status aku yang serba-serbi kekurangan ini. Tapi Alhamdulillah. Aku cuba sekali je menjadi. Wewewe. Korang cubalah tau. Aku doakan semoga kita semua murah rezeki. Amin.

Okei. Mari kita mulakan. 


Bahan-bahan dia KACANG HIJAU dan air. Okeh. Meh sini aku nak bagitahu korang caranya dengan lebih padat, padu dan jitu.

Dua hari sebelum korang habeh period mohon untuk ambik segengam kacang hijau dan lemaskan dia dalam air selama dua hari dua malam. Dalam tempoh dua hari tu kacang hijau akan membentuk jadi baby taugeh. Buat dua bekas. Setiap bekas segengam kacang hijau. Aku suruh buat dua bekas sebab untuk korang standby memandangkan kacang hijau nak jadi baby taugeh ni kena ambik masa sekurang-kurang dua hari lamanya.

Lepas tu bila period korang habis, korang cuci baby taugeh dan buang sarung kacang hijau yang bentuk dia dah rupe helmet tu. Dah bersih korang bubuh dalam periok dan masukkan secawan air dan rebus sampai air jadi separuh. Sejukkan dan minum dengan penuh pasrah lagi redha. Huhu. Dalam hari yang sama buat rendaman kacang hijau yang baru.

Bekas yang seterusnya tu standby untuk hari esok dan lusa. Makna kata setiap hari korang akan dapat baby taugeh yang baru. Ulang perbuatan dengan penuh tawaduk dan istiqomah dan minum sampai lah tibanya waktu subur. Jangan skip okei.


Hah. Part ini antara yang terpenting iaitu macam mana nak tahu waktu subur dengan lebih tajam dan tepat. Aku syorkan korang pegi beli ovulation predictor kit. Start dari hari ke 10 atau 11 korang ujilah tahap kesuburan tu sampai lah alat ujian tu tunjuk hari subur. Selagi tak tiba hari subur selagi tu korang kena minum air kacang hijau dan selagi itulah korang uji hari subur. Ketepatan hari subur sangat penting ya puan-puan, sebab telur yang dilepaskan biasanya hidup dalam tempoh 36jam saja. Kalau korang telepas waktu maka telur itu akan mati. Dalam tempoh 24jam waktu subur itulah korang dah boleh buat baby. Huhuhu.

Aku tahu, mesti ada antara korang cakap, hokaloh benda macam ni pun nak cerita. Benda macam ni pun nak bagitahu. Tak malu ke? Jawapan aku mudah je. Lantak koranglah nak kata apa pun. Kesah pulak aku.

Hahaha.




Wednesday, November 26, 2014

dua puluh enam november 2014


Assalamualaikum

Selamat pagi yang dalam masa 25minit lagi akan masuk ke tengah hari. Eh. Eh. Kenapa korang duduk jauh sangat tu? Meh la duduk dekat sikit. Rapatkan muka dengan skrin tu. Hah. Barulah nampak macam saling sayang-menyayang. Tak gitu?

Ye. Aku tahu. Aku dah lama sangat tinggalkan dunia blog ni. Bukan apa. Aku sebenarnya tak ada idea. Tambahan pulak aku sangat penat bila berdepan dengan masalah dunia orang dewasa yang semakin sulit lagi rumit. Huhu.

Jap. Aku nak pebetul kerusi jap.


Okeh. Aku sekarang ada kat opis. Tapi korang jangan buat spekulasi cakap aku ngulat pulak. Aku bukan ngulat-ngulat. Aku taip-taip je. Huhu. Nak tengok tv kat opis, aku tak pandai nak tekan remote. Ha la. Tv canggih kata kau. Nak dibandingkan dengan tv kat rumah aku tu, manusia zaman Parameswara je yang pakai. Remote pun tak ada. Selalu aku baring depan tv lepas tu pakat tekan guna hujung jari kaki je. Huhu. Marhaen sangat kan aku ni?

Korang kalau tengok aku dah lama tak update blog ni, rajin-rajinlah jenguk sekali dua. Ooo. Kalau blog Fatin Liyana Asri tu dah lama tak update sampai berbulan-bulan boleh pulak korang jenguk hari-hari kan? Even tak ada sebarang perubahan isi dan entri. Kalau blog aku, bukan takat nak jenguk. Nak ingat pun korang tak mahu.

Ye. Ye. Aku tahu. Aku ni insan marhaen. Tak cantik macam Irine Nadia Marcello. Tak comel macam Hazanis. Kerja pun biasa-biasa je. Okehlah. Aku pergi dulu. Korang jangan gatal-gatal jari tu nak tanya kemana aku nak pergi. Gigit kang baru tau. Huhuhu.


Sedih.




Monday, November 10, 2014

berdoa bertemu jodoh katanya


Assalamualaikum

Maaf. Entri ni masa bulan ramadhan yang dah lepas, lepas dan lepas aku buat. Baru hari ni berkesempatan nak bubuh dalam blog. Maklumlah buat draft dalam hempon je. Hempon pulak koma. Ni pun aku baru lepas buat CPR. Bernyawa jugak akhirnya. Lagi pun entri tak menarik haruslah diperam lama-lama. Bila dah tak cukup idea baru bawak keluar. Huhu.

Hai gadis-gadis comel yang tak lepaskan peluang berdoa di bulan ramadhan. Berdoa semoga dipertemukan dengan jodoh. Lalu terus menjadi isteri dan ibu mithali. Woaha. Syoknya. Sepanjang bulan ramadhan adalah waktu yang sangat terbaik untuk menadah tangan lalu berdoa semoga apa yang dipinta diperkenankan.



Macam tu jugak dengan aku. Aku berdoa semoga apa yang aku hajati diperkenankan oleh Allah Taala. Pada zaman dahulu kala, waktu aku belum bertemu dengan jodoh aku, jujurnya aku ada berdoa supaya aku bertemu jodoh dengan crush. Aku dulu nak kawen dengan anak S.M Nasaruddin. Tapi jodoh dia kuat dengan Marion Caunter pulak. Haih.

Kadang-kadang bila kita berdoa bersungguh-sungguh supaya bertemu jodoh dengan orang yang kita dah jatuh sayang, tapi akhirnya orang yang korang sayang tu kawen dengan orang lain pulak itu menunjukkan bahawa sesungguhnyajodoh korang sangat  kuat untuk berpihak kat orang lain. Jangan khuatir. Jodoh itu ada. kalau bukan dengan dia InsyaAllah dengan orang yang dah ditakdirkan untuk kita.

Yakin. Dan teruskan berdoa.




adakah aku ini anak yang soleh?


Assalamualaikum

Sabar. Sabar. Mohon bersabar ye semua. Aku tahu korang semua tak sabar nak baca entri aku kan? Ececeh. Geleng kepala tak mahu mengaku pulak. Malu la tu. Huhu. Aku nak cerita kat korang satu benda ni. Dah sekian lama aku menghilangkan diri. Bukan sebab merajuk. Bukan sebab tak ada idea tapi aku sebenarnya pergi bertapa. Aku pergi menuntut ilmu. Aku harap ilmu itu dapat bagi manfaat kat aku dan korang yang baca blog ini. Ye la. Sekali-sekala aku kena jugak buat entri berguna. Apa korang ingat tengok Tok Adi dalam cerita Tanah Kubur je baru nak insaf? Kemon bebeh. Baca blog pun boleh buat orang insaf jugak kamu tahu.

Okeh mari kita menginsafkan diri.
Tarif nafas panjang-panjang.
Dalam-dalam.



Dan sekarang letakkan kedudukan korang sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang sangat menyayangi korang. Yang sangat-sangat menyayangi korang sejak sebelum hadirnya korang di muka bumi ini. Korang ingat sini baik-baik. Kalau mak bapak tak sayangkan anak dah lama dorang humban korang siap-siap dalam lubang jamban. Ingat tahu. Ingat. Ibu bapa korang sangat sayangkan korang. Sangat-sangat sayang. Namun adakala mereka tak mampu nak tunjukkan kasih sayang tu atas sebab kekangan yang tertentu. Huhu.

Ibu bapa adalah aset untuk kita masuk ke syurga. Aset yang tak ada galang gantinya. Sekali mak ayah korang tersinggung dengan perbuatan korang nescaya benda macam tu akan membuatkan Allah murka. Mungkin pada korang ia adalah benda biasa-biasa, alah setakat body language, jeling-jeling mata. Benda kecik je pun. Tapi hakikatnya kalau mak ayah kita tersinggung akan murka lah Allah Taala diatas perbuatan kita.

Hubungan antara korang dengan mak ayah tak akan terputus oleh masa. Walau macam mana keadaan masa sekalipun yang korang tempuh, kamu tetap anak kepada mak ayah kamu. Mak ayah kamu tetap mempunyai anak iaitu kamu. Korang pergilah terbang sampai setinggi tujuh petala langit. Berlari sampai tembus tujuh petala bumi. Hubungan itu tetap ada. Sampai bila-bila. Sampai hilangnya dunia.



Kalau korang pandang wajah mak dan ayah sebenarnya itu adalah ibadah. Senang kan nak dapat pahala? Tengok muka je dapat bonus pahala. Tapi kalau tengok muka girlfriend, uiii geram. Terus dapat dosa. Huhu. Keji sangat kalau ada perasaan macam tu. Tak boleh dibuat laki langsung. Kalau korang buat sesuatu benda yang mak ayah korang rasa happy itu jugak ibadah. Kadang-kadang bukan susah pun nak buat. Kalau perempuan rajin-rajin lah tolong mak kat dapur. Cakap macam ni, mak-mak hari ni mak tak payah masak. Mak rehat je. Hari ni kita makan kat luar. Eh. Padahal anak perempuan malas masak jugak sebenarnya. Tapi pahala tetap nak ada, jadi kita belanjalah makan. Hihu. Bijak tak.

Tutur kata yang baik dengan mak ayah jugak adalah ibadah. Kalau tak dapat cakap depan-depan apa kata korang telepon je. Sebab telepon pun boleh dapat pahala tahu. Cakap yang memuliakan. Ayat yang baik-baik yang dorang suka. Yang lemah lembut. Nanti kalau korang telepon cuba cakap macam ni, hello boleh saya bercakap dengan puan (nama mak) yang cantik ayu jelita? Nanti nescaya mesti mak korang akan jawab, tu nak pinjam duit la tu. Bhaha. Gurau-gurau okei. Jangan serius. Tak seronok hidup ni kalau serius.


Korang perasan tak, kalau korang dah lama tak balik mesti mak bapak korang akan berbual-bual dengan korang. Kadang-kadang tu berbual topik biasa-biasa je. Tak ada yang spesifik pun. Tapi dorang punya fokus tu kemain nampak macam serius sangat. Itu tandanya dorang sangat rindukan korang. Mak ayah kalau rindu dorang jarang tunjuk. Sebab dorang tak mahu anak dorang risau atau rasa terbeban dengan perasaan rindu dorang tu. Korang pulak dah besar. Jadi kalau korang dah besar pandai-pandai lah guna kaedah yang bersesuaian untuk mengesan tahap kerinduan mak ayah korang tu. Jadilah pendengar yang setia. Lagi satu dorang suka cakap berkias. Bercakap-cakap, eh eh ada kona-kona rupanya. Hah. Yang tang kona tulah sebenarnya hasrat yang terpendam dalam sanubari dan jiwanya.

Korang dengar sini baik-baik.

Orang yang ibunya dah meninggal dunia maka tiadak akan ada lagi doa seorang ibu untuknya. Doa ibu ada doa yang sangat mustajab. Doa yang dimakbulkan oleh Allah. Senang cerita contoh terdekat macam ni lah, wujudnya kita adalah hasil daripada doa ibu bapa kita suatu masa dahulu. Ibu bapa berdoa dan berdoa dan akhirnya dapat kamu. You see, awal-awal Allah dah buktikan sejak sebelum wujudnya kamu dibumi ini. Dan kamu adalah hasil daripada doanya.


Kalau mak ayah saya dah tak ada saya nak berbakti macam mana? Tak boleh dah la nak dapat pahala.

Kalau mak ayah korang dah tak ada korang boleh buat sedekah kat orang yang paling mak ayah korang sayang. Bagi duit dekat dia ikhlas macam mana kita bagi duit dekat mak ayah kita. insyaAllah ganjaran pahala itu tetap akan ada. Pahala untuk mak ayah. Pahala untuk kamu jugak. Sama seperti mak ayah kita ada di dunia.

Apa yang pasti korang kena yakin setiap yang kita buat akan Allah turunkan pada anak-anak kita.

Lepas baca entri ni marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu bapa kita. Sebab aku pasti ibu bapa kita pun mengharap yang sesuatu sama dari kita semua. Iaitu jadi anak soleh yang boleh memimpin mereka ke syurga kelak. Tempat indah yang akan kekal abadi selamanya.




Wednesday, November 5, 2014

blogger santai-santai releks : Cik Nadz


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah masuk ke waktu maghrib. Hujan lebat pulak tu. Hoih. Syok kalau dapat tidor. Hai gadis-gadis comel yang suka bersantai-santai. Bersenang-lenang. Bergumbira-gumbiri. Hari ni aku nak buat review sikit. Tentang follower aku yang ke 78. Cik Nadz nama diberi.

Clap! Clap! Clap!


Terima kasih kepada beliau sebab sudi follow blog yang serba marhaen ini. Terharu sangat. Rasa macam ada yang caring. Ada yang ambik tahu. Ada yang bagi perhatian. Eh. Suka sangat mardiana ni ya. Haha. Mahu tak suka bila ada orang follow rasa gembira sangat kamu tahu. Yela. Kalau tengok pada blog aku ni dah la entri semua tak berguna. Ayat pun bangang-bangang je. Background pun ala-ala macam negro dah ha. Nak tukar jadi cantik tak masa. Nak upah orang tak ada duit. Berbanding dengan blog Cik Nadz ni putih gebu. Entri dia pun best. Rasa santai-santai gitu. Baca blog Cik Nadz sambil makan keropok lagi bertambah enak rasanya.


Nampak macam nakal-nakal je picture dia. Hihu. Terima kasih ye Cik Nadz. Semoga blog anda lebih suksess macam blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello dan blog perempuan-perempuan cantik yang wujud di alam maya.

Muah. Muah. Lah.
Terima kasih bebanyak.




Sunday, October 26, 2014

dua puluh enam oktober 2014


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel. Kakak-kakak gagah. Dan abang-abang tegap sekalian. Apa khabar anda semua? Sihat? Wah. Baguslah kalau korang sihat. Kalau tak sihat tak baguslah. Eh. Nanti aku update entri ya. Sebab minggu ni agak busy. Busy layan perasaan sendiri. Woaha. Padahal malas. Haha.

Okei cantik-cantik dan hemsem-hemsem sekalian. Nanti aku akan buat sambung entri untuk seterusnya. Tata. Aku nak study ni sebab minggu depan ada exam.

Jumpa lagi. 




Tuesday, October 21, 2014

love language : perempuan suka kalau luangkan masa bersama


Assalamualaikum

Hah. Korang tengok ni. Korang tengok. Kan aku dah cakap aku akan update entri seterusnya tentang cerita bahasa cinta. Nampak sangat aku ni jenis janji ditepati. Jangan berani nak dicapati. Bak kata pepatah popular zaman sekarang “Entri didahulukan Pembaca diutamakan”. Terasa diri ini patriotic sangat. Terima kasih kepada Perdana Menteri tersohor negara Najib Tun Razak. Tanpa perumpamaan ciptaan beliau maka siapalah aku sebagai rakyat serba naïf lagi berstatus marhaen ini. Hidup Najib. Yeaahh! Yeaahh! *sila sebut ikut nada bandi amuk*

Okeh. Jangan nak merapu sangat. Orang perempuan kalau kuat merapu nanti tak akan jadi idaman bakal ibu-ibu mentua. Kamu tak akan jadi rebutan kamu tahu. Hai gadis-gadis comel sekalian. Yang ternanti-nanti akan update entri yang seterusnya. Kalau korang tak ternanti makna kata korang tak comel. Aku puji untuk orang yang baca blog aku je. Haha. Gelak kejam.


Dah jadi lumrah manusia yang mempunyai jiwa inginkan kepada adanya hidup berteman. Bila cakap pasal hidup berteman maksudnya orang tersebut bukan sahaja akan berkongsi serba serbi baju, seluar, bantal, periok mahupun pinggan dengan korang. Masa jugak akan jadi sebahagian daripada perkara utama yang harus untuk dikongsikan.

Awak, tengok ni. Cantik tak baju yang saya pakai ni?
Cantik.
Pandang sekejap dan kemudian focus kembali kepada televisyen.

Perempuan perlukan masa untuk diluangkan bersama.


Kalau kita bercakap tentang masa biasanya benda yang hinggap dalam minda adalah berapa lama masa yang perlu aku luangkan untuk dia? Tak cukup ke masa aku dengan dia selama ini? Aku kan sentiasa ada bersama dia? Jadi masa apa yang dia perlu kan lagi? Hah? Hah?

Kadang-kadang kita tengok orang tu ada je dekat kita tapi sebenarnya kepala otak dia ntah melayang-layang ntah ke mana. Bak kata pepatah jasad didepan mata, namun hatimu tidak dapatku tawan jua. Cewah. Gatai sangat bunyinya pepatah yang aku cipta. Puitis kan aku ni. Dah la puitis manis pulak tu.

Ada orang perempuan yang anggap masa adalah sesuatu yang sangat penting dalam hubungannnya. Kadang-kadang masa yang dorang nak tu bukan ambik masa sampai berjam-jam lamanya. Apa yang dorang nak adalah perhatian. Contoh ya. Aku bagi contoh. Kalau perempuan tu bersembang dengan korang, maknanya korang kena bersedia untuk bagi perhatian terhadap apa yang nak di kata. Ala bukan susah pun. Just korang bagi respond sepatah dua kata dan benda tu akan akan jadi sesuatu yang sangat berbaloi untuk dia. Perempuan jenis ni dia suka kalau korang bagi sepenuh tumpuan kat dorang. Dorang rasa macam ada orang ambik berat. Rasa macam baby-baby gitu. Manja kan orang perempuan ni? Perempuan manja la best. Korang apa tahu. Huhuhu.

Orang jenis macam ni kan, hati dia mudah terguris andai kata korang tak tepati janji. Tak baik tak tepati janji tau. Bukan saja hati akan terluka malah Najib pun tak suka.

Okeilah. Sampai disini je. Aku dah tak tahu nak buat ayat macam mana lagi dah. Cumanya aku nak bagitahu sesuatu. Kalau pasangan korang ajak luangkan masa bersama maka cubalah sedaya upaya untuk luangkan masa dengan segagah yang mungkin. Tu kira okeilah tu dia ajak berborak, bergurau senda. Kalau di buatnya dia mintak emas berkarung guni tak ke naya.

Jadi bolehlah korang buat sujud syukur kalau dapat isteri macam ni ya.


Hihu.  




love language : perempuan suka dengan sentuhan


Assalamualaikum

Selamat petang yang hujan-hujan. Masa ini adalah masa yang paling sesuai nak bergulung dalam selimut. Baring. Berangan sambil pejam mata. Perasaan yang sangat syurga kamu tahu. Hai gadis-gadis comel yang nampak je diam. Tapi diam bukan sebarang diam. Diam-diam berapi nama diberi. Dan holla kepada encik-encik hemsem. Yang dah la hemsem, jadi pujaan ramai perempuan seluruh antero Malaya pulak tu. Kalau orang tengok memang pakat berangan nak becinta punya tahap kekacakan dan kehemseman yang ada.

Dalam keadaan mood sejuk-sejuk ni aku nak cerita kat korang tentang cinta. Wah. Asyik-asyik cinta. Cinta je asyik mardiana ni. Eh. Korang jangan silap. Aku bukan saja-saja ja nak cerita pasal cinta ni tahu. Aku buat ni sebab dengan harapan agar korang boleh menyemarakkan kehangatan api cinta yang sedia ada. Bak kata peribahasa yang baru dicipta sempena bulan merdeka hari tu, disini lahirnya sebuah cinta. You see. Merdeka pun nak semai-semai cinta apatah lagi sesama kita. Haruslah hendaknya kita bercinta selalu dengan harapan moga-moga akan suburlah perasaan murni itu. Woohaa. Mood berkobar-kobar pulak tetiba.


Okeh. Meh sini duduk rapat sikit dengan skrin. Korang baca senyap-senyap. Faham dalam-dalam. Kalau faham maka aku nak korang anguk pelahan-lahan sambil buat muka serius. Cerita cinta yang aku nak bagitahu kat korang ni adalah tentang bahasa cinta. Korang tahu apa itu bahasa cinta? Apa? Ngorat sambil buat bunyi tikus berdecit-decit? Oh man. Itu waktu zaman pemerintahan Parameswara je ngorat macam tu. Sekarang ni zaman Najib Tun Razak kamu tahu. Zaman yang berteknologi sangat. Meh sini duduk lagi dekat dengan skrin. Aku nak start cerita dah ni. Bahasa cinta ada lima. Dan untuk korang yang nak memantapkan lagi kehangatan cinta yang ada aku sangat sarankan kat korang agar belajar lima perkara sebelum terlambat tentang lima perkara. Eh. Eh. Tak ada kena mengena pun sebenarnya.

Sentuhan fizikal. Perempuan suka dengan sentuhan.

Ini untuk orang dah kawen. Untuk yang belum kawen jangan berani-berani nak sentuh. Kalau korang nak sentuh jugak silap-silap boleh hinggap tapak kaki kat tengah belakang. Okeh. Orang lelaki cakap dorang susah nak faham apa kehendak perempuan. Kadang-kadang tu apa yang dibuat tak kena. Padahal kalau diikutkan semua benda yang dia nak semua dah bagi dah.

Yeah. Satu benda yang lelaki kena ingat. Ada perempuan suka dengan sentuhan. Tapi korang jangan salah sangka pulak tau. Sentuhan tu bukan maksud sentuh lalu rebah. Huhu. Tapi ia adalah sentuhan yang biasa-biasa yang memberikan makna yang luar biasa kepada sipenerima. Aku bagi satu contoh kat korang, kalau korang jalan-jalan akan jadi tabiat orang perempuan suka pegang tangan pasangannya. Sentuhan itu pada mereka adalah suatu sifat penyayang. Korang mungkin akan rasa rimas tapi tidak kepada siperempuan.


Selain tu pegang tangan jugak melambangkan perasaan hak kepunyaan. Tu sebab kalau korang tengok mana-mana perempuan yang jalan sambil pegang tangan muka dorang semacam je gayanya. Muka macam kembang-kembang. Seolah-olah nak beritahu satu shopping mall tu lelaki ni aku yang punya. Kalau korang berani sangat nak ngorat aku tapak muka korang. Haha. Tapi ini serius. Itulah perasaan orang perempuan yang sebenarnya.

Selain tu kalau korang cuit-cuit pipi dorang pun benda ini akan turut mempengaruhi emosi perempuan. Menyentuh tangan mahu pun bahu. Mereka rasa disayangi, ada orang ambik berat dan dilindungi. Tapi untuk perempuan macam ni aku nak pesan satu benda. Sila hati-hati dengan tingkah-laku ya. Sekali perempuan tu rasa dikasari maka otomatik dia akan set dalam minda, dia sudah tidak disayangi. Let’s say ya pasangan korang nak pegang tangan and then korang tepis. Perbuatan tu korang nampak kecik. Tapi ia boleh bagi kesan yang mendalam sampai bila-bila. Ini pesanan khidmat masyarakat yang sangat serius.

Untuk itu saja bahasa cinta bagi entri kali ini. Bahasa cinta seterusnya aku tulis kat entri satu lagi. Aku bukan apa, kalau aku taip panjang-panjang kang korang bukan nak baca. Aku tahu sangat la perangai korang ni. Entri yang ni pun belum tentu korang baca. Kan? Kan? Hoh.

Okeh lah.
Dah habis baca entri ni korang try la sentuh-sentuh pipi isteri korang tu sambil sebut i love you. Pergghh. Yang belum kawen, mohon jerit kuat-kuat dan sebut mak! saya nak kawen la ni jugak. 

Yeahaaaa. Aku nak berangan jap.





Monday, October 20, 2014

tarik nafas dalam-dalam. alhamdulillah.


Assalamualaikum

Selamat malam. Malam yang dah masuk ke waktu maghrib. Sejak ada manusia kecil dalam perut ni otak duk fikir macam-macam. Fikir tentang kehidupan alam bayi di dalam Rahim terutamanya. Fikir tentang tanggungjawab yang semakin banyak. Fikir tentang banyak benda yang berlaku diluar jangka. Tapi. Syukur Alhamdulillah. Harap semuanya berjalan dengan kool and steady.

Okeilah. Dah maghrib ni. Nak bawak baby dalam perut ni pergi solat. Nak ajar dia kenal dengan ayat-ayat suci dari Tuhannya. Aku percaya apa yang aku ajar sejak dari usia dia 8minggu dalam perut ini akan memberikan sesuatu yang bermakna buat dia suatu hari kelak.



Baby, mama harap baby sihat sempurna. Dan boleh jadi penyuluh untuk bawak mama dan abah kamu ke syurga. Cewah.

Wohooi. Ayat aku kali ni sopan berbudi bahasa bertatasusila sangat kan? Aku bukan apa kadang-kadang aku terfikir jugak, kalaulah anak aku baca entri-entri aku mesti dia akan cakap, “tu dia, apa mak aku ayat macam gitu gayanya? Muka comel dah.”

Heh. Okei. Selamat solat maghrib. Nanti aku sambung lagi.




Tuesday, October 14, 2014

eh. kurang ajarnya kau ni


Assalamualaikum

Lengan baju ditarik ke atas.
Kain disentengkan agak tinggi.
Senang nak bertindak dengan lebih dramatik barangkali.

Orang perempuan kalau bertumbuk memang buruk. Sungguh tak tipu. Kalau tarik tudung sampai keluar jambul pun dah boleh menampakkan kurangnya tatasusila dalam diri apatah lagi kalau sampai berguling atas tanah, atas jalan, atas lantai.

Orang lelaki pun sama jugak sebenarnya. Nampak macam kurang ajar je dorang kan? Yeah. Ayat kurang ajar tu nampak kasar. Menggambarkan betapa kurang adabnya seseorang manusia tu sampai nak pakai ayat berlapik apatah lagi berlemah lembut pun rasa tak layak.


Perkataan kurang ajar ni sama dengan maksudnya biadap. Tidak berbudi bahasa. Dan jugak tak berbudi pekerti. Kalau tak sopan jugak boleh dikira sebagai kurang ajar. Macam tu jugak dengan tak tahu malu. Lebih kurang sama maksudnya dengan istilah kurang ajar.

Kalau kita cakap tentang kurang ajar, mesti dalam kepala terlintas orang muda bersikap kurang adab dengan orang tua. Tapi hakikatnya sekarang ni orang tua pun ada yang bertindak kurang ajar dengan orang muda. Bukan nak cakap orang tua perlu tunduk kepada orang muda, tapi maksudnya disini perlunya untuk ada perasaan hormat antara kita semua. Lebih muda dari kita. Lebih muda dari kamu. Dari dia. Dari mereka semua.

Eh. Dia budak mentah. Apa yang dia tahu?
Buat apa nak hormat.

Mentah. Muda. Tak tahu apa-apa bukan tiket untuk orang yang lebih tua untuk berlagak sambil menunjukkan ketuaan yang ada. Tidak ya. Itu suatu kesilapan yang besar sebenarnya. Begitu jugak dengan pangkat. Pangkat yang bertingkat-tingkat sampai tujuh petala langit tak bermaksud kita boleh berjalan sambil mendongak tanpa perlu lihat ke bumi. Bercakap dengan menggunakan perkataan yang kurang ajar bagi menampakkan orang yang pangkatnya hanya dilapisan nipis bumi sebagai seorang yang bodoh yang selayaknya hidup untuk menerima hinaan.

Semua itu kesalahan yang terang lagi nyata sebenarnya.




empat belas oktober 2014


Assalamualaikum

Fuhhh.. fuhhh..
Mintak-mintak la dorang rindu..
Mintak-mintak la kamu orang rindu...
Fuhhhhhhhh...

Aku sedang berdoa. Berdoa semoga korang merindui aku. Berdoa semoga korang tertanya-tanya tentang blog aku. Berharap lah sangat kamu ni mardiana. Huhu.

Nanti bila aku rajin aku update tau. Aku bukan tak rajin apatah lagi malas. Tapi aku sekarang ni asyik nak tidur ja. Tapi aku ulang, bukan sebab malas tau. Sebab aku mengantuk je. Kalau aku tak mengantuk memang aku dah update macam-macam dah entri tak berguna untuk tatapan korang.

Okeilah. Nak pejam mata dalam hati jap. Kalau pejam betul-betul kang tak pasal-pasal hinggap fail kat atas kepala aku ni. Huhu. Aku ni dah la comel cantik jelita. Mana layak fail hinggap sesuka hati di kepala.

Huhuhu. Tata.




Friday, October 3, 2014

tiga oktober 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Hari ni ofis lengang. Lengang ya bukan lenggang. Ye la. Kan hari ni hari jumaat. Korang jangan buat-buat tak tahu pulak, hari jumaat adalah hari paling heaven sekali sebab waktu itulah waktu yang paling afdal untuk campak segala fail dan dokumen jauh-jauh ke tepi. Apa yang penting adalah fikiran kita waktu tu fokus kepada satu perkara yang sangat membahagiakan iaitu cuti. Aku suka cuti. Sebab bila cuti aku boleh tidor. Huhu.

Semenjak dua menjak ni aku bukan je kuat tidor tapi aku jugak malas serba-serbi. Boleh tak aku nak cakap ini semua adalah sebab dari pembawakan budak? Eh. Budak pulak disalahkan padahal hakikatnya aku memang malas nak membanting tulang ini. Huhu lagi.


Tapi malas aku bukan malas biasa-biasa tau. Aku sebenarnya malas nak buat benda tertentu je sebenarnya. Contohnya aku malas nak pam tayar. Bila aku nak pam tayar aku rasa malu sangat. Aku rasa macam seolah-olah ada je mata-mata orang hemsem yang memerhatikan diri ini. Eh. Eh. Tetibe. Padahal aku tak reti nak mengepam sebenarnya. Aku takut bila pam aku pulak yang terpelanting ke belakang sebab tekanan angin kan kuat. Korang tak kesian ke kat aku. Dah la kecik. Terpelanting-pelanting pulak tu. Tak terpeliharalah keayuan aku nanti.

Aku ada cita-cita tau. Buat masa ni cita-cita aku nak orang pandang aku sebagai orang dewasa. Maksud aku hormat kat aku. Hari tu aku nak beli langsir. Lepas tu dari satu kedai ke satu kedai tak ada siapa pun nak layan aku dengan baik. Sambil cari langsir sambil tu aku menangis dalam hati. Bila aku buat muka macam gabenor bank negara, tahu pulak dorang takut ya. Cis. Tak guna betul lah manusia zaman sekarang ni. 

Okei lah. Nanti aku sambung lagi. Selamat menyambut hari raya korban.




Tuesday, September 30, 2014

dunia dewasa yang semakin rumit


Assalamualaikum

Selamat petang. Selamat datang ke alam Wawasan 20sen20sen. Alam menuju ke arah era globalisasi. Dunia tanpa sempadan. Dunia tanpa batasan. Dunia yang tiada halangan. Hai gadis-gadis comel yang bercita-cita tinggi. Yang nak hidup senang lenang. Bersama dengan kekasih hati yang duitnya boleh buat kenduri tujuh hari tujuh malam tanpa perlu untuk berkeluh-kesah. Yeah. Nak berangan bolehlah. Haha. Dan holla kepada encik-encik hemsem lagi segak bergaya. Yang bukan saja ada rupa tapi poket pun mempunyai kadar pengembangan yang sejajar dengan kedudukan ekonomi semasa.

Dunia sekarang adalah dunia yang sangat rumit. Rumit dengan masalah ekonomi. Ekonomi sendiri. Ekonomi negara. Memang, orang cakap buat apa nak ambik tahu tentang hal ehwal ekonomi negara. Tumpu pada poket sendiri, lepas tu diam-diam sudah. Tapi itu dulu. Sekarang dah tak boleh nak buat macam tu dah. Sebab bila ekonomi negara tak stabil maka nescaya ekonomi poket sendiri jugak akan turut bergelora. Huhu.


Lepas tu kan, bila ekonomi tak stabil dan tak tentu hala, maka dengan itu rakyat marhaen akan cuba bangkit untuk menuntut segala hak. Hak dari segenap sudut aspek kehidupan. Hak daripada janji-janji yang telah ditaburkan. Dan secara automatik akan wujudnya cacing dan parasit yang akan memainkan peranan dari belakang.

Lepas tu kan, bila ada unsur tak puashati maka akan berlaku unsur-unsur pergolakan. Dan ketidakpuasan hati  manusia. Rakyat marhaen akan menuntut bela. Cacing dan parasit akan memainkan peranan dengan lebih padu dan jitu. Agar agenda tersendiri tercapai. Agar matlamat menepati sasaran yang telah ditetapkan.

Lepas tu kan...

Lepas tu kan...

Lepas tu kan...

Korang fikirlah sendiri apa akan berlaku pada masa depan. Aku dah penat. Huhuhu.