Assalamualaikum
Hai guys. Rindu aku?
Kalau rindu angguklah laju-laju. Huhu. Aku tak tahu nak update apa. Isi kandungan
semua dah ada dah. Cumanya bila aku nak bubuh dalam blog ni, aku tak berapa nak
ada idea untuk diperkembangkan dengan lebih padu, padat dan jitu. Dulu aku
sangat kreatif. Sampaikan ayat-ayat dalam blog ni boleh menyebabkan aku jadi
syok sendiri lalu ketawa tersipu-sipu malu. Aku apa peduli dengan kata-kata
dari orang lain. Janji aku rasa best aku bantai gelak sorang-sorang.
Tapi itu dulu. Sekarang
ni dah tak macam dulu. Aku tak tahu kenapa. Aku kadang-kadang agak busy. Eh. Bukan
agak busy. Tapi memang busy. Nak nak pulak sekarang ni komitment aku untuk
menguruskan kilang sendiri semakin tinggi. Yeah. Kamu orang ingat senang ke nak
uruskan kilang taik mata ni. Kalau time hujung minggu permintaan nak
menyahtinja taik mata makin menjadi-jadi. So aku tak boleh nak melengahkan
masa.
Okeilah. Kepada cik
adik manis, kakak-kakak jelita dan abang-abang tegap sekalian. Aku akan cuba
buat yang terbaik untuk entri yang akan datang. Tapi aku tak janji tau.
Hahaha.
salams mar, hehheheheh tergelak akak tau...semoga sentiasa sihat selalu ya....:)
ReplyDeletehehehe. salam kak mieja. terima kasih. ^^
Delete