Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 17, 2014

rindu zaman dulu : jiran cina


Assalamualaikum

Nama jiran aku Ah Siang. Kakak dia nama Ah San. Mak dia nama Anya. Bapak dia nama Uncle. Ah Siang adalah jiran aku yang tak berubah kedudukan koordinat rumah dia sejak 30tahun dahulu. Muka dia ada iras Nobita. Waktu aku kecik-kecik dulu aku ingat Ah Siang ni adalah kelahiran seorang Nobita in real life.

Tapi bila dah besar persepsi aku berubah. Seiring dengan perubahan fizikal barangkali. Tapi kali ini muka dia lebih iras kepada Sunyo versi pakai kaca mata. Hahaha. Walaubagaimana pun dia pandai. Tak macam aku. Pandai makan tidor, makan tidor lepas tu berak. Huh. Apa pun tak boleh. 

Jiran-jiran aku semua berbangsa Cina. Famili aku satu-satunya generasi Melayu tunggal yang ada kat situ. Tak berubah. Tetap sama hingga sekarang. Sejak mama dan abah berpindah pada awal tahun 1980an. Kecik-kecik dulu kawan aku cakap muka aku macam cina. Aku nafikan sekeras-kerasnya dakwaan tak berasas tu. Aku cakap aku bukan cina. Muka aku muka jepun. Sejak dari tu kawan aku dah tak kawan dengan aku. Hahaha. Terkejut barangkali.



Aku ingat lagi. Waktu darjah dua. Subjek bahasa melayu. Cikgu aku perempuan. Comel gila. Lawa pulak tu. You see. Darjah dua pun aku dah pandai menilai kecantikan dan kecomelan seorang wanita. Bijak macam sang kancil kan aku ni? Tapi aku konpius. Kenapa dia ada misai. Aku tanya dalam hati je la. Aku pendam, peram dan simpan persoalan tu sampailah umur aku masuk 20an. Dan akhirnya persoalan itu terjawab. Huhu.

Korang tahu tak, dulu aku kena buat karangan tajuk "jiran saya". Lepas buat karangan, student naif macam aku kena baca kat depan. Cis. Malu kamu tahu. Aku tengok kawan-kawan aku jiran dorang semua melayu. Masing-masing nama Ahmad dan Abu. Pelik betul aku. Dorang ni semua berjiran yang sama ke. Ahmad dan Abu rumah di tengah-tengah. Maka kawan-kawan aku rumah dorang disekeliling rumah Ahmad dan Abu barangkali. Aku kena ejek sebab jiran aku nama Ah Siang. Aku cakap Ah Siang ni melayu. Huhuhu. 

Kat rumah aku bekawan dengan adik beradik je. Dan dengan jiran aku Ah Siang dan Ah San. Tu je la komuniti muhibbah yang wujud sejak dari kecik. Dorang pun tak bekawan dengan orang lain. Time tengahari dorang datang rumah. Main nyurok-nyurok dalam almari mama aku. Mama redha.

Okei. Cerita aku bosan kan?
Aku stop dulu. 
Huh.





2 comments :

  1. salams mar,

    baca kisah mar macam kisah dalam buku...tergelak akak baca.....
    paling tak tahan rupa mcm sunyo.......hehehehhehehe

    ReplyDelete