Assalamualaikum
Selamat pagi
yang dalam masa 25minit lagi akan masuk ke tengah hari. Eh. Eh. Kenapa korang duduk
jauh sangat tu? Meh la duduk dekat sikit. Rapatkan muka dengan skrin tu. Hah. Barulah
nampak macam saling sayang-menyayang. Tak gitu?
Ye. Aku tahu. Aku
dah lama sangat tinggalkan dunia blog ni. Bukan apa. Aku sebenarnya tak ada
idea. Tambahan pulak aku sangat penat bila berdepan dengan masalah dunia orang
dewasa yang semakin sulit lagi rumit. Huhu.
Jap. Aku nak
pebetul kerusi jap.
Okeh. Aku sekarang
ada kat opis. Tapi korang jangan buat spekulasi cakap aku ngulat pulak. Aku bukan
ngulat-ngulat. Aku taip-taip je. Huhu. Nak tengok tv kat opis, aku tak pandai
nak tekan remote. Ha la. Tv canggih kata kau. Nak dibandingkan dengan tv kat
rumah aku tu, manusia zaman Parameswara je yang pakai. Remote pun tak ada.
Selalu aku baring depan tv lepas tu pakat tekan guna hujung jari kaki je. Huhu.
Marhaen sangat kan aku ni?
Korang kalau
tengok aku dah lama tak update blog ni, rajin-rajinlah jenguk sekali dua. Ooo. Kalau
blog Fatin Liyana Asri tu dah lama tak update sampai berbulan-bulan boleh pulak
korang jenguk hari-hari kan? Even tak ada sebarang perubahan isi dan entri.
Kalau blog aku, bukan takat nak jenguk. Nak ingat pun korang tak mahu.
Ye. Ye. Aku tahu.
Aku ni insan marhaen. Tak cantik macam Irine Nadia Marcello. Tak comel macam
Hazanis. Kerja pun biasa-biasa je. Okehlah. Aku pergi dulu. Korang jangan gatal-gatal jari tu nak tanya kemana aku nak pergi. Gigit kang baru tau. Huhuhu.
Sedih.
aku rasa tv mcm xbrapa elok dijadikan ukuran tahap kemarhaenan sseorang, mcmna klu sseorang tu xde tv kat rmh? atau mgkn xde rmh langsung? bg aku tv lebih elok djadikn pngukur tahap kematangan bfikir dn kbijaksanaan sseorang, sbab bg aku mnonton tv hanyalah mnonton kiub bcahaya yg penuh dgn iklan, drama jiwang mleleh, drama auta xmasuk akal, nyanyian dn tarian malalaikan dn bmacam lg, kita adalah generasi tv, sejak kecit kita dihadapkn ddepan tv, kita sndiri bole mbezakn pbezaan kita dgn mkbapak kita yg xpnah tngok tv msa kecit, tu blm dbandingkn lg dgn anak2 kita yg dgelar generasi fesbuk, wecat nth apalagi, tntu lg besar pbezaan mereka dgn kita.
ReplyDeleteaku pnggil generasi dlm dunia sendiri, zaman2 aku remaja dlu klu kluar ngn kkwn ada aje bnda nk borak, dduk kat kdai mmak msti kecoh dgn gelak ktawa dn main2 mata ngn ank dara org, tp bbdk zmn skrg mcm lengong, msing2 mnghadap skrin, xde seri.
hehe.
zaman budak dulu lebih lagend dari budak sekarang. huhu.
Delete