Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 10, 2014

adakah aku ini anak yang soleh?


Assalamualaikum

Sabar. Sabar. Mohon bersabar ye semua. Aku tahu korang semua tak sabar nak baca entri aku kan? Ececeh. Geleng kepala tak mahu mengaku pulak. Malu la tu. Huhu. Aku nak cerita kat korang satu benda ni. Dah sekian lama aku menghilangkan diri. Bukan sebab merajuk. Bukan sebab tak ada idea tapi aku sebenarnya pergi bertapa. Aku pergi menuntut ilmu. Aku harap ilmu itu dapat bagi manfaat kat aku dan korang yang baca blog ini. Ye la. Sekali-sekala aku kena jugak buat entri berguna. Apa korang ingat tengok Tok Adi dalam cerita Tanah Kubur je baru nak insaf? Kemon bebeh. Baca blog pun boleh buat orang insaf jugak kamu tahu.

Okeh mari kita menginsafkan diri.
Tarif nafas panjang-panjang.
Dalam-dalam.



Dan sekarang letakkan kedudukan korang sebagai seorang anak kepada ibu bapa yang sangat menyayangi korang. Yang sangat-sangat menyayangi korang sejak sebelum hadirnya korang di muka bumi ini. Korang ingat sini baik-baik. Kalau mak bapak tak sayangkan anak dah lama dorang humban korang siap-siap dalam lubang jamban. Ingat tahu. Ingat. Ibu bapa korang sangat sayangkan korang. Sangat-sangat sayang. Namun adakala mereka tak mampu nak tunjukkan kasih sayang tu atas sebab kekangan yang tertentu. Huhu.

Ibu bapa adalah aset untuk kita masuk ke syurga. Aset yang tak ada galang gantinya. Sekali mak ayah korang tersinggung dengan perbuatan korang nescaya benda macam tu akan membuatkan Allah murka. Mungkin pada korang ia adalah benda biasa-biasa, alah setakat body language, jeling-jeling mata. Benda kecik je pun. Tapi hakikatnya kalau mak ayah kita tersinggung akan murka lah Allah Taala diatas perbuatan kita.

Hubungan antara korang dengan mak ayah tak akan terputus oleh masa. Walau macam mana keadaan masa sekalipun yang korang tempuh, kamu tetap anak kepada mak ayah kamu. Mak ayah kamu tetap mempunyai anak iaitu kamu. Korang pergilah terbang sampai setinggi tujuh petala langit. Berlari sampai tembus tujuh petala bumi. Hubungan itu tetap ada. Sampai bila-bila. Sampai hilangnya dunia.



Kalau korang pandang wajah mak dan ayah sebenarnya itu adalah ibadah. Senang kan nak dapat pahala? Tengok muka je dapat bonus pahala. Tapi kalau tengok muka girlfriend, uiii geram. Terus dapat dosa. Huhu. Keji sangat kalau ada perasaan macam tu. Tak boleh dibuat laki langsung. Kalau korang buat sesuatu benda yang mak ayah korang rasa happy itu jugak ibadah. Kadang-kadang bukan susah pun nak buat. Kalau perempuan rajin-rajin lah tolong mak kat dapur. Cakap macam ni, mak-mak hari ni mak tak payah masak. Mak rehat je. Hari ni kita makan kat luar. Eh. Padahal anak perempuan malas masak jugak sebenarnya. Tapi pahala tetap nak ada, jadi kita belanjalah makan. Hihu. Bijak tak.

Tutur kata yang baik dengan mak ayah jugak adalah ibadah. Kalau tak dapat cakap depan-depan apa kata korang telepon je. Sebab telepon pun boleh dapat pahala tahu. Cakap yang memuliakan. Ayat yang baik-baik yang dorang suka. Yang lemah lembut. Nanti kalau korang telepon cuba cakap macam ni, hello boleh saya bercakap dengan puan (nama mak) yang cantik ayu jelita? Nanti nescaya mesti mak korang akan jawab, tu nak pinjam duit la tu. Bhaha. Gurau-gurau okei. Jangan serius. Tak seronok hidup ni kalau serius.


Korang perasan tak, kalau korang dah lama tak balik mesti mak bapak korang akan berbual-bual dengan korang. Kadang-kadang tu berbual topik biasa-biasa je. Tak ada yang spesifik pun. Tapi dorang punya fokus tu kemain nampak macam serius sangat. Itu tandanya dorang sangat rindukan korang. Mak ayah kalau rindu dorang jarang tunjuk. Sebab dorang tak mahu anak dorang risau atau rasa terbeban dengan perasaan rindu dorang tu. Korang pulak dah besar. Jadi kalau korang dah besar pandai-pandai lah guna kaedah yang bersesuaian untuk mengesan tahap kerinduan mak ayah korang tu. Jadilah pendengar yang setia. Lagi satu dorang suka cakap berkias. Bercakap-cakap, eh eh ada kona-kona rupanya. Hah. Yang tang kona tulah sebenarnya hasrat yang terpendam dalam sanubari dan jiwanya.

Korang dengar sini baik-baik.

Orang yang ibunya dah meninggal dunia maka tiadak akan ada lagi doa seorang ibu untuknya. Doa ibu ada doa yang sangat mustajab. Doa yang dimakbulkan oleh Allah. Senang cerita contoh terdekat macam ni lah, wujudnya kita adalah hasil daripada doa ibu bapa kita suatu masa dahulu. Ibu bapa berdoa dan berdoa dan akhirnya dapat kamu. You see, awal-awal Allah dah buktikan sejak sebelum wujudnya kamu dibumi ini. Dan kamu adalah hasil daripada doanya.


Kalau mak ayah saya dah tak ada saya nak berbakti macam mana? Tak boleh dah la nak dapat pahala.

Kalau mak ayah korang dah tak ada korang boleh buat sedekah kat orang yang paling mak ayah korang sayang. Bagi duit dekat dia ikhlas macam mana kita bagi duit dekat mak ayah kita. insyaAllah ganjaran pahala itu tetap akan ada. Pahala untuk mak ayah. Pahala untuk kamu jugak. Sama seperti mak ayah kita ada di dunia.

Apa yang pasti korang kena yakin setiap yang kita buat akan Allah turunkan pada anak-anak kita.

Lepas baca entri ni marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada ibu bapa kita. Sebab aku pasti ibu bapa kita pun mengharap yang sesuatu sama dari kita semua. Iaitu jadi anak soleh yang boleh memimpin mereka ke syurga kelak. Tempat indah yang akan kekal abadi selamanya.




1 comment :